Asalamualaikum kepada semua pengunjung blog ini.. semoga blog ini sedikit sebanyak mmberi manfaat kepada anda.. Insyaallah.

Saturday, May 17, 2008

Kes Murtad Pertama Yang Dibenarkan?!

Sedarkah sahabat-sahabat dengan suatu kes yang baru sahaja selesai diputuskan pada bulan ini yang telah menggugat kedudukan Islam di Malaysia yang tercinta ini?


Atau sahabat-sahabat masih nyenyak dibuai mimpi atau dihanyut badai ‘enjoy’ selepas bertungkus-lumus menyelesaikan peperiksaan baru-baru ini?

Apapun, biarlah kronologinya dibentangkan sebagai jam loceng yang akan menyedarkan dari lena yang panjang ataupun sekadar taujihat di masa hadapan.

Kes ini agak berbeza situasinya dengan kes Lina Joy. Ia berkenaan seorang perempuan muallaf yang dahulunya memeluk Islam yang kemudiannya memohon pengisytiharan murtad daripada mahkamah syariah di Pulau Pinang.


Siti Fatimah ini telah memeluk Islam pada tahun 1998. Pada tahun 1999 beliau telah berkahwin dengan seorang lelaki Iran, Ferdoun Ashanian. Lelaki yang tidak bertanggungjawab ini dilaporkan telah meninggalkan Siti mengakibatkan beliau memohon untuk kembali ke agama asalnya. Walaupun telah memeluk Islam sejak 1998 Siti mendakwa tujuannya memeluk Islam semata-mata kerana mahu berkahwin dengan Ferdoun.

Pada 10 Julai 2006, wanita itu memfailkan permohonannya terhadap MAIPP selaku defendan. Menurut pernyataan tuntutannya, beliau tidak pernah yakin dengan ajaran Islam dan hanya memeluk agama itu sekadar untuk mencukupkan syarat bagi membolehkannya berkahwin dengan seorang lelaki warga negara Iran bernama Ferdoun Ashanian pada 16 September 2004.

Siti Fatimah, yang pernah bekerja sebagai tukang masak, memfailkan permohonan itu selepas ditinggalkan suaminya yang menghilangkan diri tanpa sebarang sebab.Dalam tuntutannya juga, beliau menyatakan bahawa sepanjang memeluk agama Islam, dia masih lagi menyembah berhala Tok Pek Kong, berhala Kuang Tin Ne dan berhala Ti Kong (Dewa Langit) mengikut ajaran agama asalnya, Buddha dan memakan daging khinzir.

Bekas Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang yang mendengar kes itu dahulu, Othman Ibrahim, yang kini merupakan Ketua Hakim Syarie Perlis, memutuskan demikian setelah mendapati plaintif tidak mengamalkan ajaran Islam sejak memeluk agama itu pada 25 Julai 1998.

Sehubungan itu, Hakim Othman memerintahkan Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) membatalkan sijil memeluk Islam wanita itu.Untuk menukar status dalam kad pengenalan, Siti Fatimah diminta menguruskannya dengan Jabatan Pendaftaran Negara kerana itu di luar bidang kuasa mahkamah syariah.Keputusan tersebut dilaksanakan menurut undang-undang yang mula terpakai sejak 1 Januari 2006 lanjutan kepada Seksyen 61(3)b(X) di bawah Enakmen Aturcara Mal 2004, Mahkamah Syariah Pulau Pinang.

Dalam kes ini, keputusan hakim dilihat khilaf langsung dengan pendapat para fuqaha’ yang bersepakat menyatakan bahawa murtad merupakan suatu kesalahan jenayah, kerana hakim seolah-olah mengatakan bahawa plaintif tidak bersalah untuk keluar daripada Islam.Mungkin hakim tersebut mempunyai pandangan dan hujah yang pada pandangannya amat menjurus kepada keputusan membenarkan permohonan murtad tersebut.

Bagaimanapun, kes ini sedang dalam proses dilanjutkan ke Mahkamah Rayuan Syariah, dan diharapkan sahabat-sahabat sekalian senantiasa berdoa dan bermohon kepada Allah supaya diberikan kemenangan kepada Islam.

Di kesempatan ini biarlah diterangkan seringkasnya berkenaan kekeliruan segelintir masyarakat berkenaan ayat 256 surah al Baqarah yang keseluruhan ayatnya bermaksud:

"Tidak ada paksaan dalam ugama, kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali ugama) yang teguh yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui." Ayat ini menjelaskan bahawa yang tidak dipaksa adalah memeluk mana-mana agama termasuk Islam, tetapi apabila seseorang telah Islam dan tiba-tiba ia mahu keluar, maka ia telah menolak sesuatu yang ia pada awalnya terima secara putus, lantas tindakannya itu tidak dibenarkan oleh Islam, kerana ia suatu penderhakaan besar terhadap Islam.

Dalam hal ini Islam akan bertindak merawat akidahnya tadi, diadakan kaunselling, dipujuk dan diberi peluang bertaubat, apa pun dia tidak boleh meninggalkan Islam.Seorang Muslim yang menerima Islam secara rela hati mengikrarkan penerimaannya itu bukan sekadar ketika bersyahadah dihari pertama Islamnya, tetapi diulang-ulang dalam solat hariannya:

"Katakanlah: "Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. Tiada sekutu bagiNya, dan dengan yang demikian sahaja aku diperintahkan, dan aku (di antara seluruh umatku) adalah orang Islam yang awal pertama - (yang berserah diri kepada Allah dan mematuhi perintahNya)".162-163 al An’aam

Monday, May 12, 2008

Dunia Ibarat Sebuah Kapal Layar


Dunia ini adalah ibarat sebuah kapal layar yang sedang menuju ke sebuah pelabuhan yang aman, iaitu akhirat. Kapal yang sedang dilayari ini tidak diketahui datangnya dari alam mana.

Ditengah-tengah pelayaran, kapal ini berhenti di sebuah pulau bernama "Dunia". Di sini penumpang-penumpangnya berehat sementara bagi mencukupkan sebarang keperluan kecil dalam pelayaran seterusnya ke pelabuhan bahagia.

Rumput-rumput di pulau persinggahan ini terlalu indah, pantainya putih bersih .

Kapten kapal mengizinkan para penumpangnya turun sebentar untuk beristirehat sambil melihat-lihat. Beliau berpesan, jangan ada daripada mereka yang lalai apabila terdengar isyarat kapal akan meneruskan pelayarannya.

aSebahagiannya patuh kepada peringatan kapten, tetapi sebahagiannya lalai dan terleka dan mendapati tempatnya dikapal itu telah diduduki orang. Sebahagian besarnya pula terus leka dan lalai bahawa pelayarannya masih jauh. Dia terpengaruh kerana terpesona dengan keindahan pulau yang disinggahinya itu, seolah-olah tiada tempat lain lagi seindah itu.

Berkali-kali loceng kapal dibunyikan memanggil penumpang naik ke kapal, tetapi dia membuat endah tak endah sahaja dengan panggilan itu. Akhirnya kapal membongkar sauhnya dan belayar menuju alam aman dan bahagia, sedangkan yang lain tinggal di pulau itu.

Apabila mereka telah berjalan dari pangkal ke hujung pulau itu, barulah disedari bahawa pulau itu bukan tempat sebenar yang dituju. Disitu dia dikeliling air, dia menyesal, tetapi penyesalan itu tidak berguna lagi. Kapal telah semakin jauh meninggalkannya. Dia menangis dan meraung meminta diambil semula.

Orang-orang tiada lagi yang jadi kawan, dan kapal lain tiada lagi yang datang. Sesal bertimpa-timpa, hari bertambah gelap, malam menyerkup suasana. Maka berkeliaranlah ular, kala, lipan dan binatang-binatang berbisa keluar dari sarangnya hendak menerkam dan menggigit. Makin lama makin bertambah banyak mengancam.

Dihantar oleh: M Hanafi B M Alias

Tujuh golongan akan dilindungi Allah di bawah bayanganNya di Akhirat


1. Pemerintah yang adil

2. Pemuda yang hidup dengan beribadah kepada Allah

3. Lelaki yang hatinya sentiasa terpaut dengan masjid-masjid

4. Dua orang yang berkasih sayang kerana Allah, bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah

5. Lelaki yang digoda oleh perempuan yang mempunyai kedudukan dan mempunyai rupa paras yang jelita (untuk melkukan zina) lantas ia berkata, "Aku takut kepada Allah."

6. Lelaki yang bersedekah dengan sesuatu sedekah lalu dia menyembunyikan perbuatannya itu hinggakan tangan kanannya tidak mengetahui apa yang diberikan oleh tangan kirinya (dlm setengaha riwayat: hinggakan tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberikan oleh tangan kanannya)

7. Lelaki yang mengingati Allah secara berseorangan hinggakan menitis air matanya

Hadith
Dihantar oleh: Ahmad Zulfadhli

Sunday, May 11, 2008

Menangis Bagi Seorang Muslim

Dua mata yang tidak akan terkena api neraka iaitu mata yang menangis kerana takut kepada Allah dan mata yang berjaga di jalan Allah

(HR. Ath Thabrani).


Menangis bagi manusia adalah perkara biasa. Lebih lebih menangisnya seorang anak kecil yang belum mampu menyuarakan keinginannya dengan kata kata. Atau. Namun yang luar biasa ialah menangisnya orang orang beriman kerana takut kepada Allah.

Mengapakah terjadi demikian? Salah satu alasannya adalah tidak semua orang mampu menangis kerana takut kepada Allah. Hanya orang orang tertentu saja yang mampu seperti itu. Tentunya, orang-orang yang telah dipilih Allah sahaja, iaitu orang-orang yang sentiasa bertafakkur mengingat dosa-dosanya seraya meminta ampunanNya. Sedangkan pada lapisan manusia yang bukan menjadi bukan pilihan Allah, banyak ditemui orang-orang yang beribadah, namun tidak khusyuk dan tidak ikhlas melakukannya. Selain itu juga yang paling malang didapati orang-orang yang hatinya tidak mahu mengingat Allah dan bahkan melakukan perbuatan perbuatan durhaka.

Menangis kerana takut kepada Allah akan mendapat ganjaran yang baik dari Allah, terutama di hari akhirat kelak. Sehingga diberikan ampunan dan pahala yang besar, serta diharamkan matanya disentuh api neraka. Bahkan, menurut riwayat, Rasulullah SAW sering menangis ketika mengingat Allah. Padahal beliau adalah seorang Rasul, suci dari dosa, dan sudah dijanjikan surga.

Siapalah kita yang tersangat sukar untuk menangis dihadapan Allah....
Oleh: Khalil Idham

PMAPIUM ©Template Blogger Green by Dicas Blogger.

TOPO