Asalamualaikum kepada semua pengunjung blog ini.. semoga blog ini sedikit sebanyak mmberi manfaat kepada anda.. Insyaallah.

Sunday, June 29, 2008

Ucapan MHS

Ucapan yang di tulis di dlam buku panduan mhs, untuk sambut pelajar-pelajar baru APIUM yang akan masuk pada hari ini 29hb...

UCAPAN ALU-ALUAN DARI YANG DI PERTUA PERSATUAN MAHASISWA AKADEMI PENGAJIAN ISLAM UNIVERSITI MALAYA SESI 2008/2009

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورهمة الله وبركاته

Bismillahirrahmanirrahim, selawat dan salam ke atas junjungan mulia nabi Muhammad S.A.W, para sahabat seterusnya penyambung risalah Allah sepanjang zaman. Bersyukur ke hadrat Allah dengan rahmat dan ’inayahNya dikurniakan kepada kita nikmat iman dan Islam yang tidak ternilai harganya.

Rakaman jutaan terima kasih kepada pihak pentadbiran Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya ( APIUM )kerana memberi ruang kepada saya merakamkan sepatah dua kata selaku Yang Di Pertua Persatuan Mahasiswa Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (PMAPIUM ).Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada mahasiswa/i sekalian lantaran berjaya menjejakkan kaki ke Uni Perdana ini. Sudah barang pasti kehadiran kalian membawa sinar harapan, bak kata pepatah “Kecil tapak tangan nyiru kami tadahkan”.kepada kami PMAPIUM khasnya dan APIUM amnya.

Menempuh alam kampus menuntut kita supaya beramanah dengan ilmu yang dituntut. Lantaran Rasulullah SAW bersabda : 'Berilah nasihat pada ilmu, Sesungguhnya khianat seseorang daripada kamu terhadap ilmu adalah lebih dahsyat daripada khianatnya terhadap hartanya, Dan sesungguhnya Allah akan bertanya kepada kamu pada hari kiamat.' - Riwayat Attabarani. Kerana perlulah diingatkan bahawa “semakin tinggi ilmu, semakin besar tanggungjawab”.

Cabaran dunia kampus pasti bermanfaat jika kalian bijak memilih halatujunya. Justeru kami berbesar hati mengajak kalian untuk seiring bersama kami di PMAPIUM. Buat lepasan STPM, STAM ,Diploma dan Nilam Puri sekalian, ayuh kita bersatu bersama membina kegemilangan Akademi Pengajian Islam sebagai sumber rujukan utama dalam aspek keagamaan juga menjadi jurubicara ummah.

Kami juga mengharapkan sokongan kalian untuk saling berkerjasama dengan PMAPIUM dalam menjayakan sebarang aktiviti dan program di APIUM.

Akhir kalam selamat menempuh alam kampus dan menjalani kehidupan sebagai mahasisiwa islam yang menjunjung kedaulatan Islam bersama. Selamat berjuang, kuatkan tekad,teruskan usaha, kejayaan pasti dalam gengaman.

Wassalamulaikum warahmatullah.

“ SEIRING bersama PMAPIUM”
.
IZZAT AMIN MOHD NASIR
Yang Di Pertua Persatuan Mahasiswa Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya

PMAPIUM ©Template Blogger Green by Dicas Blogger.

TOPO