Asalamualaikum kepada semua pengunjung blog ini.. semoga blog ini sedikit sebanyak mmberi manfaat kepada anda.. Insyaallah.

Saturday, January 29, 2011

Kesan ETP kepada anak remaja


Kesan ETP kepada anak remaja

Usaha kerajaan melancarkan Program Transformasi Ekonomi (ETP) sebagai strategi bagi meningkatkan pendapatan Negara adalah suatu usaha yang amat progresif. Di samping itu, pertambahan peluang pekerjaan adalah antara kesan baik apabila projek ini menjanjikan 3.3 juta pekerjaan baru menjelang tahun 2020.

Namun, kelab Rakan Siswa Islah Malaysia (KARISMA) melahirkan rasa bimbang terhadap usaha transformasi ekonomi melalui industri pelancongan. EPP ke-8 dalam Aktiviti Ekonomi Utama Nasional (NKEA) Pelancongan menyasarkan penubuhan enam kelab malam baru yang bakal menampung 900 pengunjung menjelang awal tahun 2012. Dua lagi akan beroperasi pada tahun 2013 dan 2014. Menjelang tahun 2014, disasarkan sekurang-kurangnya 10 kelab malam akan beroperasi di zon hiburan baru hasil daripada projek ini.

Meskipun RM0.7 bilion pendapatan Negara kasar (GNI) akan diperoleh serta 5600 peluang pekerjaan akan ditawarkan menjelang tahun 2020, ia dilihat suatu yang bertentangan dengan cita-cita Wawasan 2020 yang ingin menjadikan Malaysia maju dengan gaya dan acuan tersendiri. Sebagai sebuah Negara Islam dan mejoriti rakyat beragama Islam, usaha menambahkan lagi pusat-pusat hiburan ini tidak dilihat selari dengan amalan dan nilai budaya Negara ini.

KARISMA menggesa agar kerajaan melihat dengan teliti kesan sosial yang bakal berlaku apabila pusat-pusat hiburan sebegini ditambah. Dari sudut ekonomi, ia mungkin menguntungkan Negara, tetapi dari sudut sosial, tiada yang dapat menafikan bahawa kebejatan sosial juga pasti bertambah. Suasana hiburan melampau hari ini dan kesannya kepada masyarakat seharusnya sudah cukup membimbangkan kita semua apabila kes rempit, rogol, dadah , ragut, samun , perkosa dan lain-lain tidak menunjukkan penurunan.

KARISMA mendesak agar kerajaan membuktikan sumbangan langsung kepada pembangunan Negara yang diperoleh daripada pembukaan kelab-kelab malam selain dari sudut ekonomi dan peluang pekerjaan.

Pelbagai industri yang bertentangan dengan nilai moral dan agama juga mendapat keuntungan hasil pembukaan hab hiburan dan kelab malam ini. Selama ini kerajaan berusaha bersungguh-sungguh membendung budaya-budaya negatif, namun sebaliknya, ruang yang disediakan cukup luas untuk masalah ini berkembang. Siapakah yang dapat menjamin bahawa pembukaan hab hiburan baru dan pertambahan kelab malam ini akan menjadikan rakyat Malaysia sebuah masyarakat lebih berakhlak mulia?

Adalah lebih baik sekiranya wang ringgit untuk zon hiburan ini dilaburkan pada ruang yang lebih sihat seperti memajukan lokasi-lokasi yang melambangkan budaya Negara Malaysia bersesuaian dengan tuntutan agama. Nilai positif dan berakhlak harus diterapkan dalam memajukan sektor pelancongan Negara sesuai dengan budaya tinur yang terlah sekian lama diamalkan. Pendekatan holistik dan bersepadu juga harus dilaksanakan oleh kerajaan dalam membina sebuah Negara yang maju baik dari aspek material mahupun moral masyarakat.

Ayat Al-Quran dalam surah Saba’ ayat ke-15 yang menyebut : “Negara yang baik dan Tuhan Yang Maha Pengampun”.

Kita mahukan Negara yang baik di sisi Allah yang akhirnya memberikan keampunan buat rakyatnya. Hanya dengan keredhaan Tuhan sahaja akan menjadikan Negara ini sentiasa sejahtera dan makmur.

Abdullah Omar Muhamad Fuad
Presiden KARISMA NASIONAL 2010

ulasan di majalah SOLUSI (Bahagian Respon, Isu. no 27)


Risalah IQRA Edisi Ke-2



















































































Oleh sebab itu, kaedah memanjangkan umur adalah dengan memanjangkan amal, ilmu dan jasa. harta misalnya, boleh memanjangkan umur jika disedekahkan atau diwakafkan. Maka jadilah harta itu amal jariyah. Pahalanya berterusan. Akhlak juga boleh panjangkan Umur, yakni dengan menyambung tali silaturrahim.

wallah hu'alam

Wednesday, January 26, 2011

Aduan Mahasiswa : Pindahkan Klinik Kesihatan KK12 Ke KPS

Jan 25, Universiti Malaya : UMtoday menerima satu e-mail daripada seorang siswi yang merupakan salah seorang penghuni Kolej Kediaman Ketiga (Tunku Kurshiah) yang mencadangkan pemindahan tempat Klinik Kesihatan UM.

Klinik kesihatan UM sekarang ditempatkan di Kolej Kediaman Ke-12 dan siswi terbabit yang mewakili mahasiswa UM mempertikai jarak yang amat jauh untuk ke sana.


Cadangan yang diutarakan oleh siswi terbabit yang hanya mahu dikenali Noor Adlin adalah memindahkan klinik berkenaan di suatu tempat di Kompleks Perdana Siswa.


“Saya rasa klinik tersebut seharusnya dipindahkan ke Kompleks Perdana Siswa(KPS). Saya bercadang sedemikain kerana pada saya Kolej Kediaman Ke-12 terlalu jauh.


“Lagi-lagi saya dan mahasiswa yang lain yang berada di Kolej Kediaman Ke-3, Ke-4 dan Ke-7.”


“KPS pula terletak di tengah-tengah dimana saya rasa ianya adil kepada semua jika klinik tersebut dibuka di situ.”


“Jadi tidak perlulah kami yang menetap di kolej kediaman yang berjauhan dengan kolej-12 ke sana dengan menaiki bas sedangkan kami boleh sahaja ke KPS dengan berjalan kaki. ”


“Saya harap agar cadangan saya diberi maklum balas dari pihak Universiti, MPMUM dan semua pihak yang terbabit. Ini adalah untuk kemudahan semua warga kampus juga.”, jelas beliau dalam e-mail tersebut.
– UMtoday

http://umtoday.blog.com/2011/01/25/aduan-mahasiswa-pindahkan-klinik-kesihatan-kk12-ke-kps/

6,000 nyamuk GM dilepaskan di Bentong

Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) telah melepaskan 6,000 nyamuk Aedes Aegypti jantan bebas kuman jenis OX513A yang diubah suai secara genetik (GM) di satu kawasan hutan tanpa penghuni berhampiran Bentong pada 21 Dis lalu untuk tujuan penyelidikan.

IMR berkata langkah itu yang bertujuan mengkaji penyebaran dan tempoh hayat nyamuk berkenaan di lapangan juga melibatkan nyamuk serupa daripada jenis liar dilepaskan di kawasan itu untuk tujuan perbandingan.

"Uji kaji itu selesai pada 5 Jan. Proses pengasapan dibuat pada 6 Jan untuk membasmi semua nyamuk berkenaan dan pemantauan akan diterus dibuat hingga dua bulan jika perlu," kata institut itu dalam satu kenyataan.

IMR berkata pelepasan nyamuk itu ditunda dari jadual asalnya kerana keadaan cuaca yang tidak mengizinkan.

dengue malaria mosquito outbreak fogging 290905Ia juga berkata tiada pelepasan baru dirancang sehinggalah tempoh pemantaun pasca percubaan selesai dilaksanakan mengikut garis panduan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar.

Hasilnya dibuat analisis dan disiarkan dalam jurnal sains serta mesyuarat untuk diulas oleh pihak berkepentingan.

Uji kaji itu dijalankan selepas penilaian secara menyeluruh dibuat tentang nyamuk berkenaan di makmal IMR dan penelitian ketat dilakukan terhadap aplikasi yang digunakan.

malaysiakini
http://www.malaysiakini.com/news/154572


Monday, January 24, 2011

Mahasiswa Perlu Dapatkan Kad ‘Touch n Go’ Naik Bas

Jan 25, Universiti Malaya : Isu bas semakin mendapat perhatian masyarakat kampus.

Minggu lalu, warga Universiti Malaya digemparkan dengan berita kemungkinan caj perkhidmatan sebanyak RM 0.50 akan dikenakan setiap kali ingin menaiki bas universiti.


Sumber daripada pemandu bas memaklumkan caj RM 0.50 tidak akan dilaksanakan tetapi tetap akan ada pembaharuan dalam perkhidmatan bas universiti.


“Kad bas akan diaktifkan kembali. Semua dikehendaki berurusan di Pejabat Bendahari untuk mendapatkan kad tersebut mulai September nanti.”, ujar seorang pemandu bas.


“Saya tidak berapa pasti kadar dalam kad tu, mungkin penggunaannya sama macam ‘Touch n Go’.”


“Saya rasa kadarnya sama dengan jumlah hari kuliah. Namun, memang sebelum ini kad ini pernah digunakan dahulu.”


Menurut sumber, jadual dan tempat perhentian bas universiti juga dijangka akan berubah.


Sementara itu, pihak universiti diberitakan akan berusaha mendapatkan bas baru universiti berikutan beberapa buah bas telah rosak dan tidak sesuai digunakan lagi.


Menurut salah seorang staf di pejabat Hal Ehwal Pelajar, peruntukan untuk mendapatkan bas tersebut mencecah bilion ringgit Malaysia.


Dijangkakan pihak universiti akan membeli lima hingga tujuh buah bas baru yang berteknologi terkini demi kelesaan pengguna. – UMtoday

PMAPIUM ©Template Blogger Green by Dicas Blogger.

TOPO