Asalamualaikum kepada semua pengunjung blog ini.. semoga blog ini sedikit sebanyak mmberi manfaat kepada anda.. Insyaallah.

Tuesday, February 8, 2011

Tahniah "Dr. Ruzman Disahkan Pengarah Baru APIUM"

Dr. Ruzman Mohd Noor (Kini)

Januari 25, Universiti Malaya : Datuk Naib Canselor UM, Prof Datuk Dr. Ghauth Jasmon semalam mengesahkan pelantikan Dr. Ruzman Mohd Noor (atas) sebagai Pengarah baru Akademi Pengajian Islam UM (APIUM) berkuatkuasa serta-merta.

Pensyarah Jabatan Syariah dan Undang-Undang itu dilantik bagi menggantikan Prof. Dr. Ahmad Hidayat bin Buang yang telah tamat tempoh perkhidmatannya.

Prof. Dr. Ahmad Hidayat bin Buang (sesi sebelum ini)

Dr. Ruzman sebelum ni menamatkan pengajiannya dalam Master (HONS) di Universiti Malaya dan menyambung pendidikan di peringkat PhD di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Dr Ruzman pernah menghasilkan beberapa buah buku antaranya Penulisan Teks Penghakiman Mahkamah Syariah di Malaysia (Written Judgement at Shariah Courts in Malaysia), Kuala Lumpur dan juga Pembuktian Di Mahkamah Syariah (Siri Penerangan Undang-undang Islam), Jabatan Syariah Dan Undang-undang.

Dr. Ruzman juga aktif dalam menghasilkan jurnal dan kenyataan dalam seminar serta pernah beberapa kali dijemput untuk menyertai bengkel.

Antaranya Ahli Panel Bengkel Pembinaan Kriteria dan Standard Pengajian Islam, Fasilitator Bengkel Penulisan Pangkalan Data dan Analisi Kendiri, Peserta dan Ahli Mesyuarat Jawatankuasa Penubuhan Majlis Pelancaran Komuniti Syariah dan Wacana Ilmiah Anjuran Seksyen syariah, Bahagian Penasihat, Jabatan Peguam Negara Hotel Legend.

Sementara itu, Presiden Persatuan Mahasiswa Akademi Pengajian Islam UM (PMAPIUM), Saudara Mohd Syahid Mohd Zaini dalam kenyataannya mengucapkan tahniah di atas amanah yang bakal dipikul oleh Pengarah baru APIUM.

"Saya terlebih dahulu mewakili semua pimpinan PMAPIUM dan mahasiswa APIUM mengucapkan ribuan terima kasih kepada mantan Pengarah, Prof Dr. Ahmad Hidayat Buang yang telah berkhidmat dengan baik di sini.”

“Dan sekalung tahniah dikalamkan kepada Dr.Ruzman Mohd Noor atas pelantikan sebagai Pengarah baru APIUM.”

“Saya doakan segala urusan Tuan Pengarah selepas akan lebih dipermudahkan dan dapat menjadikan APIUM lebih baik selepas ini.”

Pengesahan itu dibuat setelah minggu lalu terdapat desas-desus menyatakan Datuk Dr. Zulkifli Yusof telah menggantikan Prof. Dr. Ahmad Hidayat Buang sebagai Pengarah baru APIUM.
– UMtoday.


Sunday, February 6, 2011

M'sia guna 12 pesawat pindah pelajar ke Jeddah


Sebanyak 12 pesawat akan digunakan bagi mempercepatkan proses pemindahan pelajar Malaysia di Mesir ke Jeddah dalam operasi 24 jam hari ini, kata Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN) Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab.

Beliau berkata antara pesawat yang akan digunakan itu adalah Boeing 747 Malaysia Airlines (MAS) dan Air Bus AirAsia selain Angkatan Tentera Malaysia. "AirAsia telah membuat keputusan untuk menambah lagi penerbangannya, jadi saya rasa perkara ini akan dapat dicapai," katanya kepada pemberita di Kaherah Sabtu.

Menurutnya proses pemindahan itu dilakukan dalam tempoh 24 jam berikutan ada penerbangan sebelum ini yang tergendala akibat beberapa masalah. "Kita nak kejar masa sebenarnya dan oleh itu, bagi mempercepatkan proses pemindahan pelajar ini, kita akan buat operasi selama 24 jam," katanya.

Beliau berkata seramai 4,000 pelajar akan dipindahkan ke Jeddah hari ini dengan menggunakan pesawat milik ATM, AirAsia dan MAS. Mohamed Thajudeen berkata kapal Tentera Laut Diraja Malaysia Bunga Mas 5, yang telah tiba di Pelabuhan Kaherah, diletakkan dalam keadaan bersiap sedia dan akan digunakan bila perlu.

- Bernama

PMAPIUM ©Template Blogger Green by Dicas Blogger.

TOPO