Asalamualaikum kepada semua pengunjung blog ini.. semoga blog ini sedikit sebanyak mmberi manfaat kepada anda.. Insyaallah.

Sunday, August 14, 2011

14 Ramadhan : Perbanyakkan Berdoa


Doa merupakan senjata bagi orang mukmin.. Cara seseorang mukmin itu berdoa melambangkan kesungguhannya memohon kepada Allah S.W.T.



Pada telapak tangan kita, terdapat banyak tanda-tanda kebesaran dan kemuliaan Allah S.W.T.: antaranya termasuklah urat-urat tangan yang membentuk angka 18 di tangan kanan dan angka 81 di tangan kiri dalam tulisan Jawi yang apabila ditambah berjumlah 99, yakni merujuk kepada salah satu keagungan-Nya: 99 Nama Allah.



Doa seorang muslim untuk saudaranya secara diam-diam adalah doa yang mustajab…..
(HR. Muslim)



Sedekat-dekat hamba kepada Allah adalah pada`waktu sujud.Maka, perbanyaklah doa tatkala engkau sujud (HR.Muslim)



Dengan berdoa memohon keampunan dan dipermudahkan segala urusan akan banyak pengaruhnya bagi kehidupan khsusnya dalam sedaya upaya menuju kehidupan yang Islami. Secara psikologi kita akan tenang di dalam mengharungi kehidupan di dunia.Kita juga dapat merasakan kekuasaannya, kebesarannya, keadilannya,serta dengan hamba-hambanya yang selalu mendekatkan diri kepdaNya seraya berdoa kepadaNya.




Dialah tempat meminta segala sesuatu, tempat berlindung dari segala bencana, tempat mengadu segala macam persoalan dan kesulitan hidup. Oleh kerana itu, dengan berdoa dapat memuhasabah diri kita sendiri, menyaderkan kita tentang kedudukan kita sebagai hamba Allah S.W.T yang mempunyai pelbagai kelemahan dan keterbatasan dalam mengharungi kehidupan didunia ini.



Doa dapat menyedarkan kita bahawa kebaikan itu hanyalah datang dari Allah S.W.T saja dan kebahagiaan serta kesejahteraan itu hanya dapat tercapai dengan mematuhi peraturan Allah yang terdapat di dalam Al Quran. Dengan berdoa bererti kita menyakini bahwa manusia adalah hambanya yang lemah, yang tidak mempunyai kemampuan serta pengetahuan untuk menetapkan apa yang akan berlaku pada hari ini ataupun esok. Oleh kerana itu setelah kita berusaha sebaik mungkin dalam berbagai urusan dunia serta berdoa dengan penuh ikhlas dan khusyuk maka sebagai orang yang beriman, adalah wajib bagi seorang muslim itu meyakini akan segala ketentuan dan ketetapan Allah iaitu Qada' dan QadarNya...



Oleh itu, berdoalah bersungguh-sungguh dengan penuh pengharapan. Moga doa yang dipohon diterima Allah dan dimakbulkan. Insya Allah.Dan seandainya kita telah berusaha, berdoa dan bertawakkal kepada-Nya dan masih tidak memperoleh hajat, maka percayalah bahawa Allah mendengar permintaan kita dan masih mempunyai perancangan untuk kita. Janganlah kita berputus asa daripada rahmat Allah. Bersabarlah kerana sesungguhnya Allah sentiasa bersama dengan orang-orang yang bersabar.

Friday, August 12, 2011

13 Ramadhan : Sebuah Keikhlasan




Asslammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh....

Setiap hamba Allah memiliki kemampuan dan kemahuan dalam beribadah . Sedangkan nilai ibadah seorang hamba di hadapan Allah ditunjukkan dengan ikhlasnya dalam beramal. Tanpa keikhlasan takkan bererti segala amalan seorang hamba. Tidak akan ada nilainya di sisi Allah jika tidak ikhlas dalam beramal.


Niat adalah pengikat amal. Keikhlasan seseorang benar-benar menjadi sangat penting dan akan membuat hidup ini menjadi lebih mudah, indah dan jauh lebih bermakna.

Balasan yang dinikmati oleh hamba Allah yang ikhlas adalah akan memperoleh pahala amal, walaupun amalan tersebut belum dilakukan. Disamping itu akan merasakan ketenteraman jiwa, ketenangan batin.

Dengan itu,kita hendaklah menghidupkan bulan Ramadhan yang mulia ini dengan amalan yang bermanfaat,menghayati puasa , berpuasa dengan penuh keimanan dan keikhlasan .Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:


"Barangsiapa berpuasa di Bulan Ramadhan dengan penuh iman dan ikhlas,maka diampuni dosanya yang telah lalu."


Sabda Rasulullah s.a.w maksudnya:

"Tidak ada sesuatu yang paling disukai Allah SWT selain daripada dua titisan dan dua kesan. Dua titisan itu ialah titisan air mata yang keluar kerana takutkan Allah SWT dan titisan darah yang tumpah di dalam perjuangan di jalan Allah. Manakala dua kesan ialah kesan berjuang di jalan Allah SWT dan kesan kerana menunaikan kefardhuan yang telah difardhukan oleh Allah".

(At-Tirmidzi)

Sesungguhnya semua amal tergantung pada niat dan amal yang sedikit tetapi dikerjakan dengan ikhlas (dan berterusan)Â adalah lebih baik daripada amal yang banyak tetapi tidak ikhlas (dan tidak konsisten). Bagaimanapun, jangan salah faham, kerana tidak ikhlas tinggalkan yang fardhu (wajib) pula, kerana fahaman itu bertentangan dengan ajaran al-Quran & as-Sunnah.


Sifat taqwa merupakan benteng yang menjadikan seseorang itu merasa dekat dengan Tuhannya tanpa mengira situasi apapun ia berada sama ada di dalam kelompok orang ramai atau bersendirian. Setiap perlakuannya dipersembahkan kerana Allah. Untuk sampai ke tahap taqwa, memerlukan ilmu & mujahadah yang berterusan.



Seorang ahli hikmah berkata: Contoh orang yang beramal dengan riyaa’ atausum’ah itu adalah bagaikan orang yang keluar ke pasar dan mengisi poketnya dengan batu, sehinggakan semua orang yang melihat poketnya berasa kagum dan berkata: “Alangkah banyaknya wang orang itu.”, tetapi sebenarnya dia sama sekali tidak berwang kerana tidak dapat membeli apa-apa dengan batu tersebut tetapi hanya sekadar mendapat pujian orang semata. Demikian juga orang yang beramal dengan riyaa’ sum’ah, tidak ada pahalanya di akhirat kelak.



Ali bin Abi Talib r.a. berkata: “Tanda orang yang riyaa’ itu ada empat iaitu malas jika bersendirian, dan tangkas jika di hadapan orang, dan menambah amalnya jika dipuji, dan menguranginya jika dicela."



Tanda-tanda keikhlasan iman kepada Allah itu banyak. Di antaranya ialah seseorang itu akan menangis kerana menyesali dosa-dosa yang telah dilakukannya dan menangis kerana takutkan siksaan Allah. Dan seseorang itu akan berani dalam berjihad menegakkan agama Allah hingga sanggup menghadapi kecederaan malah menempuh syahid kerana Allah dan seseorang itu akan sabar dan tekun (khusyuk) dalam menjalankan ketaatan kepada Allah hingga terdapat kesan-kesan di dahi dan anggota badannya.


Semua ini merupakan ciri-ciri orang yang benar-benar beriman di mana ganjaran daripada perbuatan tersebut amat besar pahalanya di sisi Allah SWT dan diberi ganjaran di hari akhirat kelak.




PMAPIUM ©Template Blogger Green by Dicas Blogger.

TOPO