Asalamualaikum kepada semua pengunjung blog ini.. semoga blog ini sedikit sebanyak mmberi manfaat kepada anda.. Insyaallah.

Saturday, November 20, 2010

Imtihan, Exam, Peperiksaan


Assalamualaikum W.B T.

Salam Imtihan untuk semua, yakinlah bahasa, setiap usaha yang dilaburkan pasti membawa kelebihan, iringilah setiap Ilmu yang dipelajari dengan pemahaman dan aplikasi andai ia boleh dizahirkan...

Kejayaan pasti datang,.... pasti datang.... dan pasti tiba, jika kejayaan di peroleh hasil usaha sendiri. Dilakukan dengan "Step by step" . Dengan Usaha, Doa, Tawakal dan Redho.
Biarlah kita harunginya dengan usaha kita, bantuan kawan, Ibu bapa, pensyarah, tenaga pengajar dan doa-doa yang tanpa kita sedari. dan Juangkanlah ketika menjawab soalan di dewan peperiksaan dengan Amanah, jujur dan bersungguh.



Manusia tidak merancang untuk gagal, mereka gagal untuk merancang.
- William J. Siegel

Kejayaan tidak datang kepada manusia yang leka.
- Charles Cahier

Jika anda mahu membuat sesuatu, anda akan cari jalan. Jika anda tidak mahu membuat sesuatu, anda akan cari alasan.
- Peribahasa Arab


Resepi Kek Usaha Kejayaan

Bahan-bahannya;


250 gm Daya usaha


100 gm Kesabaran


100 gm Keimanan


190 gm Keinsafan


150 gm Pengorbanan


150 gm Campuran akhlak mulia

( boleh didapati dari didikan yang baik dan sempurna )


8 sudu the rasa tanggungjawab


200 gm senyum secukup rasa


Cara-cara membuatnya:


Pukul semangat hingga menjadi kembang dan kental. Masukkan usaha dan kesabaran, gaul sehingga sebati. Masukkan keinsafan sedikit demi sedikit . Biarkan adunan menjadi lembut. Setelah itu campurkan keimanan , rasa tanggungjawab dan campuran akhlak mulia. Ia perlulah dibungkus dengan kertas ingin tahu dan ingin mencuba. Masukkan adunan tersebut ke dalam mangkuk bertimbang rasa dan tolak ansur. Hiaslah dengan senyum yang menawan kemudian bakar dengan tenaga yang ada.


U/p : Untuk mendapatkan kek yang cantik dan elok, jauhilah ia dari air mata putus asa walaupun setitik. Oleh kerana kek kejayaan ini amat sukar unutk dibuat, syabas kepada sesiapa jua yang berjaya melaksanakan dengan baik.

Thursday, October 28, 2010

kalau Allah itu Maha Baik, kenapa buat Neraka?

Ini kisah benar.. Kisah seorang gadis Meayu, beragama Islam, tapi cetek pengetahuan tentang agama.

Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar 'Membangun Bersama Islam', kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.


Saya tidak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya mereka akan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan.


Lazimnya dalam setiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan.


Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam.


Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005, seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di sebuah pasaraya telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat.

Maka dia pun kena denda.

Setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, ustaz ni pun bagi la nasihat, "lepas ini diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan.

Peraturan ni bukan semata-mata peraturan Majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah. Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga.


Kalau derhaka tidak mematuhi perintahNya, takut nanti tidak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah.

Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tidak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka."


Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri, tiba-tiba membentak "Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka?

Kenapa tidak sediakan syurga sahaja? Macam itu ke Tuhan Maha Penyayang?" Mungkin dari tadi dia sudah panas telinga, tak tahan dengar nasihat ustaz. Sudah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung.


Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia.

Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab: "Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz.

Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam.

Hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga.

Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur.

Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak ada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga. Kan Tuhan tu baik?"


Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun jelaskan:

"Perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik, orang jahat, semua masuk syurga.

Maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan 'lulus' percuma.

Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga. Perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol di syurga.

Selepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak. Tak ada siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu 'baik'.


Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?" Tanya ustaz.

"Mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas macam tu je." Rungut si gadis.

Ustaz tersenyum dan menyoal lagi: "Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?"

Gadis tu terdiam.


Ustaz mengakhiri kata-katanya:

"Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil.

Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain.


Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji di atas dunia ni.

Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan hak kita untuk berpakaian sesuka hati kita.

Ingatlah, semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian.

Semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita juga."



sumber : I Love Islam

http://www.iluvislam.com/tazkirah/nasihat/1041-kalau-allah-itu-maha-baik-kenapa-buat-neraka.html

Monday, October 18, 2010

Minggu Media Islami


Assalamualaikum W.B.T,

Jabatan Dakwah Pembangunan Insan dengan Kerjasama Persatuan Mahasiswa Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya(PMAPIUM), akan mengadakan Minggu Media Islami,

Tema : Media Islami Pencetus Revolusi Ummah"
Tarikh : 23 - 28 Oktober 2010
Tempat : Akademi Pengajian Islam ,UM

Program ini julung - julung kali diadakan, tambahan pula pelbagai aktiviti menarik di sediakan, seperti, "Bagaimana untuk Deklamasi kan Puisi yang menyentuh", "Bengkel Penulisan yang Efaktif", "Penulisan Skrip Dokumentari Islami", "pengalaman dalam Industri perfileman", dan juga "Pertandingan menghasilkan Video"

Wah!!..
"Pertandingan Mencipta Video korporat APIUM"
Kepada pemenang bagi Video tersebut, Video empunya tuan, akan menjadi wadah utama dalam mempromosikan APIUM kepada Masyarakat Umum dan menjadi Aset berguna Oleh Pihak APIUM, ganjaran pahala berterusan kepada kalian.... mudah - mudahan, ameen



Bagaimana sih ingin turut serta...
Iye, hanya perlu luangkan masa sejenak...., masa sama adil diberikan, 24jam sehari, jika kita Insan yang baik dalam pengurusannya, kita akan berlumba - lumba dalam memanfaatkan peluang yang jelas mendatangkan kelebihan yang baik yang ada dihadapan kita...

"Dan untuk (memperolehi nikmat kesenangan) itu hendaknya berlumba-lumba mereka Yang ingin merebut kelebihan dan kesenangan"

(surah Al-Mutoffifin :26)

Mudah - mudahan, dengan Usaha yang sedikit ini, tetapi kita iringi dengan keIKHLASAN, moga kita terus mendapat Taufiq, rahmat, Hidayah dan Syafaat daripadanya..

Wednesday, October 13, 2010

Kenapa Mahasiswa Membantah Konsert “ADAM LAMBERT”

Buat pertama kalinya seorang artis “gay” Adam Lambert dijemput hadir ke Negara ini untuk mengadakan konsert sulung beliau “ADAM LAMBERT GLAM NATION TOUR LIVE IN MALAYSIA”. Amat Menyedihkan apabila kehadiran artis homoseksual ini disambut baik oleh Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL) yang meluluskan konsert artis tersebut ke sini.

Konsert yang bakal diadakan pada 14 Oktober (Khamis), esok, ini bertempat di Stadium Putra Bukit Jalil menimbulkan rasa tidak senang sebilangan masyarakat yang peka dengan masalah sosial yang semakin menuju kebejatan kini.

Agensi yang dinaungi oleh kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan seakan tidak peka dengan masalah keruntuhan moral yang berlaku sehingga masih ada ruang kepada menjemput artis yang penuh kontroversi.

Adam Lambert, adalah seorang artis yang dengan secara terbuka, bukan sahaja mengaku pengamal Homoseksual (seks sejenis), malah beliau tanpa segan silu turut mempamerkan aksi “gay” nya dengan mengucup dan mencium penari lelaki serta melakukan aksi lucah di atas pentas.

Adakah sudah tiada artis lain yang lebih baik yang boleh di bawa masuk ke Negara ini untuk menghibur jiwa rakyat?

Seharusnya kita selaku Umat Islam perlu rasa sensitive dan membantah tindakan penganjuran konsert yang secara tidak langsung membawa masuk artis yang mengamalkan budaya seks songsang kerana di takuti akan menyebabkan budaya “gay” ini menjadi pujian dan ikutan khususnya anak muda kita.

Justeru, Persatuan mahasiswa Akademi Pengajian Islam UM (APIUM) membantah sekaligus mendesak PUSPAL agar berpendirian tegas dalam menangani isu ini serta menarik semula kebenaran artis Adam Lambert meneruskan Konsertnya. Hal ini penting demi menjaga kemuliaan Islam serta mengekang menularnya gejala keruntuhan Akhlak yang semakin parah dalam masyarakat.

*Tengah hari tadi, jam 2.37 pm, sekumpulam Mahasiswa Malaysia menegaskan pendirian dihadapan bangunan PUSPAL, Sogo berkumpul secara aman,agar tindakan yang lebih baik perlu di ambil, disertakan sekali bersama MEMO

Monday, September 27, 2010

Isu Gabungan Puasa Sunat & Qadha


Assalamualaikum W.B.T,
Rasanya belum terlambat untuk pihak kami, barisan wakil Persatuan Mahasiswa Akademi Pengajian Islam(PMAPIUM) mengucapkan selamat kembali kepada Fitrah, selapas 1 bulan mendidik jiwa dengan Tarbiyah Ramadhan...

Nah..., mungkin kali ni, kita berkongsi sedikit Ilmu, berkaitan dengan amalan Ibadah kita, ayuh baca di bawah .. C:

Isu Gabung Puasa Sunat & Qadha

saya tertarik, untuk post kan artikal ini, bila mana masyarakat ramai yang mengetengahkan Isu: boleh ke nak gabungkan puasa qoda(tertinggal ketika puasa Ramadhan), digabungkan dengan puasa 6 dalam bulan syawal, mudah sikit nak buat...

baik..., ayuh membaca artikal di Bawah

Oleh:

Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

Isu menggabungkan puasa qadha dan syawal sememangnya amat popular, pandangan ringkas saya adalah seperti berikut :-

Tidak elok untuk menggabungkan kedua-duanya bagi mereka yang mampu (dari sudut kesihatan tubuh dan lain-lain) untuk memisahkannya. Ini kerana sepengetahuan saya tiada dalil yang spesifik membuktikan Nabi SAW pernah melakukannya atau menganjurkan kepada para sahabat untuk menggabungkannya.

Apabila Nabi, sahabat dan salaf soleh tidak melakukannya maka pastinya ia bukanlah amalan yang terpilih dan terbaik kerana pilihan Nabi SAW dan para sahabat selamanya adalah yang terbaik.

Malah terdapat juga hujjah-hujjah yang menyebabkan pandangan yang yang mengharuskan penggabungan ‘qadha dan ganti’ itu dipersoalkan, iaitu :-

1. Jika seseorang mengatakan boleh gabung puasa qadha (yang wajib) dengan puasa syawwal (yang sunat) maka sudah tentu selepas ini timbul pula individu yang cuba menggabungkan solat wajib dengan solat sunat, seperti gabungan solat isyak dengan terawih, atau subuh dengan ‘tahiyyatul masjid’ atau dengan solat sunat fajar, atau solat jumaat dengan solat sunat ‘tahiyyatul masjid’. Maka ini pasti menyebabkan masalah lain timbul dalam ibadah wajib termasuk rekaan-rekaan pelik seperti solat fardhu subuh campur istikharah dan lain-lain.

2. Menurut Prof. Dr Syeikh Abd Malik as-Sa’dy (ex-Lajnah Fatwa Iraq) dan Prof Dr Mohd ‘Uqlah el-Ibrahim (Jordan) mereka berpendapat bahawa amalan wajib tidak boleh digabungkan dengan apa-apa amalan wajib atau sunat lain, kerana amalan wajib memerlukan tumpuan khusus yang tidak berbelah bahagi semasa pelaksanaannya dan ia perlu bagi mengangkat tuntutan kewajibannya. Justeru, tindakan menggabungkan ini pasti mengurangkan kesempurnaan hamba dalam menunaikan tuntutan wajib mereka. Wallahu a’lam.

3. Tindakan A’isyah ra yang melewatkan Qadha pula boleh di jadikan hujjah bahawa beliau mengasingkan kedua-dua puasa Qadha dan Syawwal. Maka ini lah yang terpilih sepatutnya. (tidak gabungkan kerana aisyah tidak menggabungkannya) . Aisyah menyebut :

كأن يكون عليّ الصيام من شهر رمضان فما أقضيه حتى يجئ شعبان

Ertinya : Kewajiban ke atasku untuk puasa (Qadha) dari puasa Ramdhan, tidaklah aku menggantinya sehingga datang sya’ban” ( Riwayat Muslim, no 101)

4. Amalan wajib (qadha) memerlukan niat yang ‘jazam’ (tepat dan pasti) maka tindakan mengabungkan ia dengan niat puasa sunat mungkin boleh merosakkannya kepastiannya. Kerana itulah ulama yang mengizinkannya mencadangkan agar diniat puasa qadha sahaja, adapun syawwal itu dipendam sahaja dengan harapan Allah menerimanya.

Bagaimanapun, ulama yang mencadangkan ini jelas menyatakan bahawa tindakan menggabungkannya tetap mengurangkan pahala sunat syawwal ini kerana tidak diniat dan tidak dilakukan sepenuhnya (Hasyiah As-Syarqawi ‘ala al-Tahrir, Syeikh Zakaria Al-Ansary, 1/427; naqal dari Min Ahsanil Kalam Fil Fatawa, Atiyyah Saqr, 2/23)

5. Malah ada pula yang berhujjah bahawa amalan sunat tidak boleh ditunaikan sebelum amalan fardu. Demikian menurut Syeikh Abu Raghib al-Asfahani, Syeikh Ihsan Muhammad ‘Aayish al-’Utaibi dan juga di sebutkan oleh Dr Yusof Al-Qaradawi di dalam kitabnya Fiqh Awalwiyyat. Ini ada asasnya kerana berdasarkan hadith Nabi SAW

من صام رمضان ثم أتبعه ستاً من شوال فكأنما صام الدهر

Ertinya: “Barangsiapa telah berpuasa Ramadan kemudian diikuti dengan 6 hari dari dari Syawwal (puasa) maka ia adalah seperti (pahala) puasa ad-Dahr (setahun)” (Riwayat Al-Bukhari, no 6502).

6. Kita dapat melihat penggunaan ‘fe’il madhi’ iaitu ‘past tense’ bagi puasa Ramadan, mungkin sahaja boleh membawa makna sesiapa yang belum lengkap puasa Ramadannya perlulah melengkapkan dahulu, kemudian barulah mereka layak bagi mendapat peruntukan pahala sunat Syawwal.

7. Hujjah ulama yang mengharuskannya adalah hadith

” Sesungguhnya amalan itu berdasarkan kepada niat, dan bagi seseorang apa yang diniatkan.” (Riwayat Bukhari, no 1, 1/12)

Ia dilihat agak umum, memang benar apa yang diniatkan adalah penting, tetapi niat mempunyai kaedah dan cara-caranya bagi diterima, contohnya seperti niat solat yang di cadangkan di dalam mazhab Syafie dimulakan semasa lafaz takbiratul ihram di sebut, jika tidak niat itu tidak dikira. (Rujuk Al-umm, hlm 78, cet Baytul Afkar; Rawdhah At-Tolibin, An-Nawawi, cet Baytul Afkar, hlm 103).

Justeru, niat juga ada displinnya dan tidak boleh di buat sesuka hati di dalam ibadah.

Kesimpulan

Kesimpulan dalam yang mengutarakan perbincangan yang terbatas ini :

Elok sangat tidak digabungkan dan elok sangat didahulukan yang wajib (qadha) daripada sunat (syawwal);

Pandangan yang membolehkan saya anggap sebagai rukhsah “keringanan” bagi mereka yang mempunyai kesukaran kerana uzur dan tidak mampu untuk mengasingkannya. Antara ulama yang membolehkan untuk menggabungkannya adalah beberapa ulama dari mazhab Syafie (Mughni al-Muhtaj, 1/602), Assembly of Muslim Jurists in America (AMJA), Syeikh Atiyyah Saqar, panelis fiqh Islam online.net dan beberapa yang lain.

Sekian

_________

*Tambahan

  • (Mazhab Syafie)

Niat puasa enam tidak boleh disekalikan dengan puasa qadha.

Imam as-Syafie di dalam kitab muktabarnya al-Umm ketika mensyarahkan bab 'Innamal a'malu binniat (setiap amalan dengan niat) menyebut hendaklah dibezakan ibadah puasa ramadhan, puasa nazar, puasa kafarat, puasa qadha' dan puasa tatawwu' (sunat).

  • Imam Jalaluddin as Syuyuti di dalam kitab al Isybah juga berpendapat demikian hendaklah diasingkan puasa Ramadhan, atau nazar atau puasa sunnat.

  • MANAKALA jawapan [Fataawa al-Lajnah al-Daa’imah, 10/383] dalam masalah ini seperti berikut:

"Alhamdulillah. Tidak ada salahnya berpuasa Isnin-Khamis untuk mengqadha' puasa Ramadhan yang tertinggal, dengan syarat puasa dilakukan dengan niat mengqadha puasa...... Mudah-mudahan (moga2) anda mendapat 2 ganjaran sekali, ganjaran melakukan Qadha' dan ganjaran melakukan puasa sunat, dan fadhilat yang Allah berikan itu luas. Walaupun jika anda hanya mendapat ganjaran mengqadha' puasa, ia adalah memadai, kerana mengqadha' puasa adalah lebih mustahak dari melakukan puasa sunat. Akan tetapi jika kamu berniat melakukan puasa sunat dan tidak berniat melakukan qadha', maka kamu masih belum lagi memenuhi tuntutan kefarduan. Maka masih lagi wajib melakukan qadha' puasa Ramadhan. Wa Allahu 'alam dan selawat dan salam kepada Nabi Muhammad saw dan keluarganya."

  • AKAN TETAPI,

jika terdapat masa yang sangat pendek (takut tertinggal peluang menunaikan puasa 6), berbanding dengan puasa qadha' yang banyak; seperti didalam kes wanita yang panjang haidhnya, dibenarkan melakukan puasa enam hari didalam bulan Syawwal, dan kemudian mengqadha'nya sebelum menjelang Ramadhan yang akan datang. Syeikh Ibn Utsaimin mengatakan ini merupakan pandangan yang lebih kepada kebenaran.

[Sharh al-Mumthi' 6/448].

  • Berkenaan persoalan tentang mestikah puasa enam Syawwal itu BERTURUT-TURUT SELEPAS HARI RAYA ATAU TIDAK?

Jawapan Lajnah Fatwa Tetap Arab Saudi dalam persoalan ini seperti berikut:

“Tidak semestinya dia berpuasa terus selepas hari raya. Bahkan harus untuk dia memulakan sehari atau beberapa hari selepas hari raya. Samada dia hendak berpuasa bersambungan ataupun berpecah-pecah dalam bulan Syawwal. Ia berdasarkan apa yang mudah baginya. Perkara ini luas (pilihannya)”. (Fatawa al-Lajnah al-Daimah li al-Buhuth al-‘Ilmiyyah, 10/391).

Wallahualam.


PMAPIUM ©Template Blogger Green by Dicas Blogger.

TOPO