Sunday, November 27, 2011

”PERUBAHAN BUKAN SUATU PILIHAN TAPI SUATU KEMESTIAN”






Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum dan salam maal hijrah buat semua warga APIUM yang dikasihi kerana Allah. Saya mulakan bicara dengan sabda Rasulullah s.a.w ketika baginda menggali Parit Khandaq:

“Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenternya adalah sebaik-baik tentera…”
(riwayat Imam Amad)

‘Perubahan’ realitinya akan mengalami kesusahan dan memerlukan tadhiyah (pengorbanan). Namun, segelintir manusia kini lebih senang memilih jalan untuk terus hidup susah berbanding memilih jalan untuk melakukan perubahan agar nikmat kesenangan akan dirasai kelak.

Di dalam sejarah ada merekodkan, hijrah Rasulullah s.a.w dan umat Islam ke Madinah merupakan ‘turning point’ dalam mengajar kita erti perubahan. Yang mana, berubah daripada Islam yang direndah,dihina kepada Islam yang dihormati dan disanjungi. Namun, di dalam realiti Rasulullah dan para sahabat mengangkat tinggi Islam, tidak lari daripada kesusahan dan cabaran.

Ketika para sahabat dan umat Islam sakit dan penat dalam menghadapi ancaman kafir Quraish, lahir di bibir Rasulullah hadis yang saya bawakan di permulaan bicara tadi. Nabi Muhammad s.a.w memotivasikan para sahabat dan umat Islam dengan cara membawa janji yang pada pemikiran umat ketika itu adalah mustahil. Hal ini kerana, pada ketika itu umat Islam sedikit dan lemah. Mana mungkin negara sebesar Constantinopel itu berjaya ditakluk. Namun, janji Allah dan rasulNya tidak pernah berbohong. Pada tanggal 29 OGOS 1521M, Constantinopel akhir jatuh ke tangan umat Islam yang mana nabi Muhammad s.a.w ada menyebut ketuanya adalah sebaik-baik ketua dan tenteranya sebaik-baik tentera,selepas melalui banyak kali kegagalan. Bukan satu atau dua tahun, malah 800 tahun kemudian barulah kita dapat melihat janji nabi itu tertunai.

Begitu juga realiti kita sebagai mahasiswa, jangan takut dalam melakukan perubahan. Berubah menjadi mahasiswa yang lebih bermotivasi tinggi di dalam akademiknya, mahasiswa yang bangun dalam membawa agenda dakwah dan mahasiswa yang peka dalam mendepani realiti semasa. Tapi perlu diingat, sesuatu kejayaan memerlukan keazaman yang tinggi dan keyakinan yang kuat kepada Allah. Menyingkap kepada kisah kejayaan Sultan Muhammad Al-Fateh dan tenteranya dalam agenda menawan Constantinopel, kejayaan yang diperoleh adalah hasil pembelajaran daripada kegagalan-kegagalan sebelum itu. Maka, tidak mustahil bagi kita sebagai mahasiswa untuk mencapai kejayaan. Pacakkan azam dan semangat, luruskan niat, insyaallah kejayaan pasti akan dimilki.

Akhir kalam, marilah kita sama-sama melakukan perubahan dan mentransformasikan diri kepada yang lebih baik. Waallaula'lam...



MOHD AFIFI BIN ISMAIL
YDP PERSATUAN AKADEMI PENGAJIAN ISLAM UNIVERSITI MALAYA (PMAPIUM)

Ayuh bersama kami dlm 'MINGGU PENGHAYATAN ILMU'




Friday, November 18, 2011

KULIAH TAFAQQUH FIDDEEN




Rasulullah bersabda : "من يرد الله به خيراً يُفقهه في الدين"
Barangsiapa yang Allah kehendaki kebaikannya, maka Allah akan membuatnya pandai dalam agamanya (HR. Bukhari dan Muslim)


Ayuh sahabat! kita top up ilmu kita dengan mendengar kuliah-kuliah ilmu dari pensyarah kita..

:: Pengajian Kitab - Akidah

Oleh : Ust Azmil Zainal Abidin

Hari : Isnin

Tempat : Bilik Seminar (BS 7), API

Masa : 4.45 petang



:: Pengajian Kitab al-Sirah an-Nabawiyyah al-Sohihah

(Karangan Dr Akram Dhiya)

Oleh : Ust Faisal Ahmad Shah

Hari : Selasa

Tempat : Bilik Seminar (BS 7), API

Masa : 5.00 petang



:: Pengajian Kitab Al-Fawaid ( Ibn Al-Qayyim) ::


Oleh : Ust Asyraf Isyraqi b Jamil

Hari : Rabu

Tempat : Bilik Seminar (BS 7), API

Masa : 5.00 petang



~ Jemput Hadir, Semoga Bermanfaat ~

Tuesday, September 27, 2011

INTERAKSI PMA 2011



INTERAKSI PMAPIUM 2011

Tarikh: 30.9.2011 (Jumaat)

Masa : 2.30 petang

Tempat : Balai Ilmu API

Buat semua sahabat PMAPIUM, anda dijemput hadir bg memeriahkan lagi hari INTERAKSI PMA ini.. Pelbagai aktiviti menarik menanti anda di sana..

Mari bersama kita rapatkan Ukhwah Islamiyah ini kerana Allah...


Thursday, September 8, 2011

PMAPIUM : Selamat Menempuh Alam Kampus Sesi 2011/2012


Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...

Alhamdulillah setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan rahmatNya kita masih dapat bernafas dan menjalankan ibadah di atas muka bumi Allah yang luas ini.

Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada semua calon yang telah dipilih untuk memasuki IPTA di seluruh dunia khususnya di Universiti Malaya.Di kesempatan ini,warga PMAPIUM mengucapkan selamat datang kepada mahasiswa baru Akademi Pengajian Islam Sesi 2011/2012 yang akan menjejakkan kaki ke alam kampus. Mudah-mudahan sedikit-sebanyak dapat dijadikan panduan kepada kalian dalam menempuh hari-hari mendatang dan menyesuaikan diri dengan suasana baru yang berbeza dengan zaman sekolah kita dahulu, InsyaAllah.


Seperti yang kita sedia maklum, acara yang wajib dilakukan kepada mahasiswa baru adalah Minggu Haluan Siswa (MHS) yang menjadi tapak permulaan kepada mereka untuk mengenali suasana dan realiti alam kampus yang penuh dengan onak dan cabaran.


Sudah pasti di medan ini adalah yang paling sesuai untuk membentuk mahasiswa yang berintelek dan juga merealisasikan misi universiti untuk berjaya kelak.



Alam kampus yang baru bermula akan serta-merta mengubah cara kehidupan dan pembelajaran kepada mahasiswa yang baru dalam mencapai cita-cita masing-masing untuk berjaya dalam pengajian kelak Setinggi pengharapan dan doa dari kedua orang tua untuk menjadikan kita anak yang lebih berguna untuk masa hadapan dan menjadi contoh kepada anak bangsa dan negara.Justeru itu, kita sebagai mahasiswa mestilah bijak mengambil peluang untuk bersaing secara sihat demi mencapai cita-cita yang diimpikan.



Masyarakat mahasiswa hari ini perlu dicelikkan semula kepada kepentingan ilmu-ilmu dan amalan-amalan berlandaskan al-Qur’an dan Sunnah yang sejahtera. Ini kerana bukan sahaja akhlak dan amalan sahih Islami yang semakin menghilang, malahan prinsip aqidah Islamiyah juga semakin pudar dari dalam jiwa mahasiswa.



Di dalam Al-Qur-an terkadang Allah Ta’ala menyebutkan ilmu pada kedudukan yang terpuji, yaitu ilmu yang bermanfaat. Dan terkadang Dia menyebutkan ilmu pada kedudukan yang tercela, yaitu ilmu yang tidak bermanfaat.

Adapun firman Allah Ta’ala,

“… Katakanlah: ‘Apakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?’…” [Az-Zumar: 9]



Firman Allah Ta’ala,

“Allah menyatakan bahwasanya tidak ada ilah (yang berhak diibadahi dengan benar) melainkan Dia, Yang menegakkan keadilan. Para Malaikat dan orang-orang yang berilmu (juga menyatakan yang demikian itu). Tidak ada ilah (yang berhak diibadahi dengan benar) melainkan Dia, Yang Mahaperkasa lagi Mahabijaksana.” [Ali ‘Imran: 18]



Ilmu itu adalah tunggak kepada iman atau percaya. Ilmu dan para ilmuan mendapat tempat yang amat tinggi di sisi agama. Tanpa ilmu yang membawa kepada kebenaran, seseorang itu dianggap jahil. Maka para ilmuan harus disanjung dan dihormati dan dijadikan model untuk, diturut dan segi sikap, nilai dan kelakuan. Tetapi, sebaliknya, mahasiswa dan juga mahaguru di universiti jarang-jarang mengamalkan ilmu yang mereka pelajari, khususnya dan segi sikap, nilai dan kelakuan mi.



Masyarakat berilmu dilaungkan semula pada masa ini kerana ilmu itu juga boleh membawa kepada kecemerlangan. Laungan ini dibuat kerana maklumat yang begitu banyak dapat dihasilkan oleh teknologi komputer dalam masa yang singkat. Mereka yang mengetahui maklumat ini dahulu akan mempunyai kelebihan (advantage) dalam dunia yang sangat sengit persaingannya. Tetapi yang penting sebenarnya bukanlah setakat mengetahui maklumat dalam bentuk nombor yang dihasilkan oleh komputer. Yang lebih penting ialah mempunyai kemampuan memahami ilmu dari maklumat dalam bentuk nombor itu.



Maka apa yang perlu bagi mahasiswa ialah mempunyai ilmu yang bermanfaat yang mencerminkan keilmuan akademik dan sikap para ilmuan, serta kemampuan mendahului orang lain dalam menimba sebarang ilmu yang baru.




Semoga mahasiswa dapat memanfaatkan segala ilmu dan pengalaman di kampus dalam menyumbangkan tenaga dan meneruskan generasi yang akan datang dalam meningkatkan pembangunan negara ,bangsa dan agama.

PMAPIUM ©Template Blogger Green by Dicas Blogger.

TOPO