Amalan-amalan Sunat Berpuasa
- Menyegerakan berbuka puasa apabila telah yakin waktu berbuka.
Rasulullah s.a.w. bersabda:
Bermaksud: “Allah berfiman: Hambaku yang lebih Aku cintai adalah mereka yang menyegerakan berbuka”. - Makan sahur walaupun sedikit.
Rasulullah s.a.w. bersabda:
Bermaksud: “Makan sahur itu berkat, oleh kerana itu jangan kamu tinggalkan, walau hanya sekadar meneguk seteguk air, kerana Allah merahmati orang-orang yang makan sahur dan malaikat mendoakannya”. - Melambatkan makan sahur iaitu lepas daripada tengah malam dan sebelum waktu imsak.
- Berbuka dengan buah kurma atau benda-benda yang manis.
- Memperbanyakkan membaca Al-Quran.
- Memperbanyakkan sedekah.
- Beriktikaf siang hari dalam masjid.
- Menghadiri majlis-majlis ilmu.
- Menyediakan makanan untuk berbuka untuk orang-orang berpuasa.
- Jangan bersugi setelah tergelincir matahari ke arah barat sehingga terbenamnya matahari kerana boleh memakruhkan puasa.
Seja o primeiro a comentar
Post a Comment