MAHASISWA PENGAJIAN ISLAM PERLU TINGKATKAN KEMAHIRAN KOMUNIKASI DAN POTENSI DIRI
Dianggarkan lebih 50,000 pengunjung hadir pada hari pertama penganjuran Karnival Kerjaya dan Keusahawanan Graduan 2009 yang dianjurkan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) baru-baru ini. Karnival tersebut yang dianjurkan selama tiga hari bermula 15 hingga 17 Mei lalu disertai oleh lebih 600 buah syarikat yang menawarkan kira-kira 13,000 peluang pekerjaan untuk direbut graduan. pada hari ini, dianggarkan terdapat lambakan lebih 60,000 graduan yang sekurang-kurangnya memiliki ijazah dan diploma yang masih belum mempunyai sebarang pekerjaan selepas tamat pengajian. Angka-angka ini jelas membuktikan bahawa kadar pengangguran dalam kalangan graduan di negara ini masih berada pada tahap membimbangkan dan perlu diberi perhatian yang serius oleh semua pihak. Fenomena yang disebutkan di atas juga turut melibatkan sebahagian daripada para graduan yang mengambil jurusan dalam bidang pengajian Islam. Persoalan yang timbul di sini ialah mampu kah para graduan ini bersaing untuk menempatkan diri dalam pasaran kerja yang semakin terhad pada hari ini? Dan apakah segulung ijazah yang diperoleh selepas berhempas pulas selama beberapa tahun di universiti masih belum dapat menjanjikan pekerjaan kepada mereka?.
Realitinya, fenomena ijazah susut nilai sudah tidak dapat disangkal lagi. Sesebuah organisasi dan majikan sama ada dari sektor kerajaan atau swasta pada hari ini bukan sahaja melihat kepada pencapaian akademik yang cemerlang sahaja, tetapi mereka lebih menitikberatkan kepada
Selain itu, PMAPIUM juga berpendapat sudah sampai masanya sistem pengajian di peringkat universiti malah mungkin di peringkat sekolah dikaji semula supaya prosesnya tidak hanya terlalu berorientasikan kepada kecemerlangan akademik, sebaliknya menitikberatkan soal kemahiran dan pembentukan nilai sahsiah yang tinggi dalam kalangan pelajar. Sudah sampai masanya para mahasiswa di universiti diberikan lebih peluang kepada mereka untuk terlibat dalam kancah masyarakat tanpa sebarang gangguan sama ada melalui ugutan pihak pentadbiran universiti ataupun akta yang sebelum ini dilihat sebagai batu menghalang daripada lahirnya pelajar yang mempunyai nilai personaliti yang mantap dan mempunyai ‘ critical thinking’ dan ‘maturity of thought’ yang amat diperlukan pada hari ini.
Kesimpulannya, pengangguran dan fenomena ijazah susut nilai dapat dielakkan sekiranya para graduan sendiri dapat meningkatkan nilai tambah dalam diri mereka.
Zulkefly bin Said
Exco akademik dan intelektual
Persatuan Mahasiswa Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya
Seja o primeiro a comentar
Post a Comment