”PERUBAHAN BUKAN SUATU PILIHAN TAPI SUATU KEMESTIAN”

:: Pengajian Kitab - Akidah
Oleh : Ust Azmil Zainal Abidin
Hari : Isnin
Tempat : Bilik Seminar (BS 7), API
Masa : 4.45 petang
:: Pengajian Kitab al-Sirah an-Nabawiyyah al-Sohihah
(Karangan Dr Akram Dhiya)
Oleh : Ust Faisal Ahmad Shah
Hari : Selasa
Tempat : Bilik Seminar (BS 7), API
Masa : 5.00 petang
:: Pengajian Kitab Al-Fawaid ( Ibn Al-Qayyim) ::
Oleh : Ust Asyraf Isyraqi b Jamil
Hari : Rabu
Tempat : Bilik Seminar (BS 7), API
Masa : 5.00 petang
~ Jemput Hadir, Semoga Bermanfaat ~
Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...
Alhamdulillah setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan rahmatNya kita masih dapat bernafas dan menjalankan ibadah di atas muka bumi Allah yang luas ini.
Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada semua calon yang telah dipilih untuk memasuki IPTA di seluruh dunia khususnya di Universiti Malaya.Di kesempatan ini,warga PMAPIUM mengucapkan selamat datang kepada mahasiswa baru Akademi Pengajian Islam Sesi 2011/2012 yang akan menjejakkan kaki ke alam kampus. Mudah-mudahan sedikit-sebanyak dapat dijadikan panduan kepada kalian dalam menempuh hari-hari mendatang dan menyesuaikan diri dengan suasana baru yang berbeza dengan zaman sekolah kita dahulu, InsyaAllah.
Seperti yang kita sedia maklum, acara yang wajib dilakukan kepada mahasiswa baru adalah Minggu Haluan Siswa (MHS) yang menjadi tapak permulaan kepada mereka untuk mengenali suasana dan realiti alam kampus yang penuh dengan onak dan cabaran.
Sudah pasti di medan ini adalah yang paling sesuai untuk membentuk mahasiswa yang berintelek dan juga merealisasikan misi universiti untuk berjaya kelak.
Alam kampus yang baru bermula akan serta-merta mengubah cara kehidupan dan pembelajaran kepada mahasiswa yang baru dalam mencapai cita-cita masing-masing untuk berjaya dalam pengajian kelak Setinggi pengharapan dan doa dari kedua orang tua untuk menjadikan kita anak yang lebih berguna untuk masa hadapan dan menjadi contoh kepada anak bangsa dan negara.Justeru itu, kita sebagai mahasiswa mestilah bijak mengambil peluang untuk bersaing secara sihat demi mencapai cita-cita yang diimpikan.
Masyarakat mahasiswa hari ini perlu dicelikkan semula kepada kepentingan ilmu-ilmu dan amalan-amalan berlandaskan al-Qur’an dan Sunnah yang sejahtera. Ini kerana bukan sahaja akhlak dan amalan sahih Islami yang semakin menghilang, malahan prinsip aqidah Islamiyah juga semakin pudar dari dalam jiwa mahasiswa.
Di dalam Al-Qur-an terkadang Allah Ta’ala menyebutkan ilmu pada kedudukan yang terpuji, yaitu ilmu yang bermanfaat. Dan terkadang Dia menyebutkan ilmu pada kedudukan yang tercela, yaitu ilmu yang tidak bermanfaat.
Adapun firman Allah Ta’ala,
“… Katakanlah: ‘Apakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?’…” [Az-Zumar: 9]
Firman Allah Ta’ala,
“Allah menyatakan bahwasanya tidak ada ilah (yang berhak diibadahi dengan benar) melainkan Dia, Yang menegakkan keadilan. Para Malaikat dan orang-orang yang berilmu (juga menyatakan yang demikian itu). Tidak ada ilah (yang berhak diibadahi dengan benar) melainkan Dia, Yang Mahaperkasa lagi Mahabijaksana.” [Ali ‘Imran: 18]
Ilmu itu adalah tunggak kepada iman atau percaya. Ilmu dan para ilmuan mendapat tempat yang amat tinggi di sisi agama. Tanpa ilmu yang membawa kepada kebenaran, seseorang itu dianggap jahil. Maka para ilmuan harus disanjung dan dihormati dan dijadikan model untuk, diturut dan segi sikap, nilai dan kelakuan. Tetapi, sebaliknya, mahasiswa dan juga mahaguru di universiti jarang-jarang mengamalkan ilmu yang mereka pelajari, khususnya dan segi sikap, nilai dan kelakuan mi.
Masyarakat berilmu dilaungkan semula pada masa ini kerana ilmu itu juga boleh membawa kepada kecemerlangan. Laungan ini dibuat kerana maklumat yang begitu banyak dapat dihasilkan oleh teknologi komputer dalam masa yang singkat. Mereka yang mengetahui maklumat ini dahulu akan mempunyai kelebihan (advantage) dalam dunia yang sangat sengit persaingannya. Tetapi yang penting sebenarnya bukanlah setakat mengetahui maklumat dalam bentuk nombor yang dihasilkan oleh komputer. Yang lebih penting ialah mempunyai kemampuan memahami ilmu dari maklumat dalam bentuk nombor itu.
Maka apa yang perlu bagi mahasiswa ialah mempunyai ilmu yang bermanfaat yang mencerminkan keilmuan akademik dan sikap para ilmuan, serta kemampuan mendahului orang lain dalam menimba sebarang ilmu yang baru.
Semoga mahasiswa dapat memanfaatkan segala ilmu dan pengalaman di kampus dalam menyumbangkan tenaga dan meneruskan generasi yang akan datang dalam meningkatkan pembangunan negara ,bangsa dan agama.
.:Timb Yang Dipertua:.
HAWARI B ZAKARIA@AZAHARI
.:Naib Yang Dipertua:.
NUR HAZWANI BT ABDUL HAMID
.:Setiausaha:.
HALIMATON SAADIAH BT ISMAIL
.:Timb Setiausaha:.
NURUL FARHANA BT YUSOF
.:Bendahari:.
HASHIMAH BT HUSAINI
.:Timb Bendahari:.
MUHAMAD TALHAH B AJMAIN
.:: EXCO-EXCO ::.
.:Kerohanian dan Kepimpinan:.
Pengerusi : MOHD AKMAL B RAZALI
Timb Pengerusi : NOR SYUHADAH BT IBENI
.:Akademik dan Intelektual:.
Pengerusi : MUHAMMAD NOOR B HUSSIN
Timb Pengerusi : UMMI FARAHIN BT YASIN
.:Hal Ehwal Wanita:.
Pengerusi : FARHATUN ATMAM B JAMALUDIN
Timb Pengerusi : UMMU HANISAH BT NOR ZAMAN
.:Kebajikan:.
Pengerusi : MUHAMAD ASYRAF B ABDUL HALIM
Timb Pengerusi : NURUL ATIKAH BT NIZALUDIN
.:Ekonomi:.
Pengerusi : FAIZ HANAFI MOHD KHAIR JOHARI
Timb Pengerusi : NOR HANANI BT AHMAD
.:Sukan dan Rekreasi:.
Pengerusi : MIOR HAFIZ B MIOR DINAZHARI
Timb Pengerusi : NURUL AIN BT HASHIM
.:Kesenian dan Kebudayaan Islam:.
Pengerusi : MUHAMD FAHMI B ZAWAWI
Timb Pengerusi : NOR HAFIZAH BT NORDIN
.:Perhubungan Luar dan Pengantarabangsaan:.
Pengerusi : KEFRIMAN MANSUR
Timb Pengerusi : NITASNEEEM
.:Multimedia dan Penerangan:.
Pengerusi : NAIMAH BT SHAIDON
Timb Pengerusi : NUR AFZATUL AKMAM BT AHMAT
Kuala Lumpur |
|
16/09/2008 JAKIM | |
GMT | 8 |
Arah Kiblat | 292° 31′ 16″ |
Waktu Solat
|
|
Imsak | 5:33 |
Subuh | 5:43 |
Syuruk | 7:07 |
Zohor | 13:19 |
Asar | 16:45 |
Maghrib | 19:28 |
Isyak | 20:44 |
PMAPIUM ©Template Blogger Green by Dicas Blogger.