Asalamualaikum kepada semua pengunjung blog ini.. semoga blog ini sedikit sebanyak mmberi manfaat kepada anda.. Insyaallah.
Showing posts with label Kampus Universiti Malaya. Show all posts
Showing posts with label Kampus Universiti Malaya. Show all posts

Wednesday, January 26, 2011

Aduan Mahasiswa : Pindahkan Klinik Kesihatan KK12 Ke KPS

Jan 25, Universiti Malaya : UMtoday menerima satu e-mail daripada seorang siswi yang merupakan salah seorang penghuni Kolej Kediaman Ketiga (Tunku Kurshiah) yang mencadangkan pemindahan tempat Klinik Kesihatan UM.

Klinik kesihatan UM sekarang ditempatkan di Kolej Kediaman Ke-12 dan siswi terbabit yang mewakili mahasiswa UM mempertikai jarak yang amat jauh untuk ke sana.


Cadangan yang diutarakan oleh siswi terbabit yang hanya mahu dikenali Noor Adlin adalah memindahkan klinik berkenaan di suatu tempat di Kompleks Perdana Siswa.


“Saya rasa klinik tersebut seharusnya dipindahkan ke Kompleks Perdana Siswa(KPS). Saya bercadang sedemikain kerana pada saya Kolej Kediaman Ke-12 terlalu jauh.
”


“Lagi-lagi saya dan mahasiswa yang lain yang berada di Kolej Kediaman Ke-3, Ke-4 dan Ke-7.”


“KPS pula terletak di tengah-tengah dimana saya rasa ianya adil kepada semua jika klinik tersebut dibuka di situ.”


“Jadi tidak perlulah kami yang menetap di kolej kediaman yang berjauhan dengan kolej-12 ke sana dengan menaiki bas sedangkan kami boleh sahaja ke KPS dengan berjalan kaki. ”


“Saya harap agar cadangan saya diberi maklum balas dari pihak Universiti, MPMUM dan semua pihak yang terbabit. Ini adalah untuk kemudahan semua warga kampus juga.”, jelas beliau dalam e-mail tersebut.
– UMtoday

http://umtoday.blog.com/2011/01/25/aduan-mahasiswa-pindahkan-klinik-kesihatan-kk12-ke-kps/

Monday, January 24, 2011

Mahasiswa Perlu Dapatkan Kad ‘Touch n Go’ Naik Bas

Jan 25, Universiti Malaya : Isu bas semakin mendapat perhatian masyarakat kampus.

Minggu lalu, warga Universiti Malaya digemparkan dengan berita kemungkinan caj perkhidmatan sebanyak RM 0.50 akan dikenakan setiap kali ingin menaiki bas universiti.


Sumber daripada pemandu bas memaklumkan caj RM 0.50 tidak akan dilaksanakan tetapi tetap akan ada pembaharuan dalam perkhidmatan bas universiti.


“Kad bas akan diaktifkan kembali. Semua dikehendaki berurusan di Pejabat Bendahari untuk mendapatkan kad tersebut mulai September nanti.”, ujar seorang pemandu bas.


“Saya tidak berapa pasti kadar dalam kad tu, mungkin penggunaannya sama macam ‘Touch n Go’.”


“Saya rasa kadarnya sama dengan jumlah hari kuliah. Namun, memang sebelum ini kad ini pernah digunakan dahulu.”


Menurut sumber, jadual dan tempat perhentian bas universiti juga dijangka akan berubah.


Sementara itu, pihak universiti diberitakan akan berusaha mendapatkan bas baru universiti berikutan beberapa buah bas telah rosak dan tidak sesuai digunakan lagi.


Menurut salah seorang staf di pejabat Hal Ehwal Pelajar, peruntukan untuk mendapatkan bas tersebut mencecah bilion ringgit Malaysia.


Dijangkakan pihak universiti akan membeli lima hingga tujuh buah bas baru yang berteknologi terkini demi kelesaan pengguna. – UMtoday

Thursday, January 13, 2011

Demokrasi Yang Mati


oleh: Mohd Syahid Mohd Zaini (YDP PMAPIUM 2010/2011)


Amat susah untuk kita memperkatakan mengenai jangkahayat demokrasi di Malaysia ini. Mana tidaknya disuatu pihak (rakyat) amat menyanjung tinggi demokrasi berperlembagaan yang mengikut lunas-lunas yang ditetapkan oleh undang-undang dan perlembangaan namun disuatu pihak lagi (penguasa) nampaknya bersungguh-sungguh bersiap siaga melacurkan demokrasi demi kepentingan tembolok dan kuasa yang ada.

Rakyat Malaysia telah lama dimomokkan dengan isu perbalahan kaum, malah boleh dikatakan senantiasa diperbaharui idea-idea perbalahan kaum itu oleh media-media yang dikuasai oleh pemerintah. Tidak cukup dengan isu perbalahan kaum, malah beberapa akta serta ordinan yang termaktub dalam undang-undang negara digunakan untuk memulas telinga rakyat.

Adanya Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Akta Hasutan, Akta Rahsia Rasmi, Akta Polis dan pelbagai akta-akta lain digunapakai demi untuk menyekat maklumat daripada sampai kepada pengetahuan rakyat marhaen. Ianya diguna demi untuk menyelamatkan pemerintah daripada digulingkan oleh rakyat setelah rakyat mendapati bahawa pemerintah telah menyalahgunakan kuasa.

Bagi rakyat Malaysia, apa yang mampu dilakukan hanyalah membebel diwarung-warung tepi jalan, kedai kopi, kantin pejabat mahupun dialam siber. Tapi didalam keadaan yang mencemaskan ini, telinga-telinga dan mata pemerintah ada dimana-mana. Anda (rakyat Malaysia) boleh saja ditangkap pada bila-bila masa dibawah mana-mana akta yang saya sebutkan diatas. Jika anda berborak (lebih dari lima orang) membincangkan pelbagai penyelewengan yang dilakukan oleh Kerajaan Barisan Nasional, kemungkinan untuk anda diangkut oleh pihak polis adalah tinggi sama ada dibawah Akta Hasutan mahupun Akta Polis.

Jika sekiranya anda meluahkan isi hati anda yang secara langsung mengkritik kerajaan dan barisan pimpinan negara di alam siber (internet), kemungkinan pada bila-bila masa anda boleh di jemput oleh Cawangan Jenayah Siber ataupun Cawangan Khas (SB) dibawah Akta Hasutan, Akta Multimedia malah tidak mustahil anda boleh ditahan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Sesebuah negara akan menjadi makmur dan teratur perjalanannya bilamana kritik yang di buat oleh mana-mana pihak di ambil perhatian dan diperbaiki oleh pihak pemerintah. Namun ini tidak menjadi kenyataan di Malaysia. Jika anda mengkritik dasar-dasar serta tindakan Kerajaan dan barisan pimpinan negara kini yang anda rasa bercanggah dengan kehendak rakyat, anda pastinya bersedia untuk “disenyapkan”.

Setelah lebih 50 tahun Malaysia merdeka, tidak ada walau sekalipun Kerajaan yang memerintah membenarkan rakyat mengkritik dasar-dasar dan tindakan yang di buat secara langsung. Setiap kritik itu pastinya dibalas dengan cara ditangkap di bawah beberapa akta “Draconian” yang bagi sesetengah pihak ianya adalah amat bersesuaian.

Malah yang lebih menyedihkan media perdana hanya menceritakan kebaikan sebelah pihak dan mengkritik serta menghina sebelah pihak yang lain.Inikah yang di panggil keadilan?

Datuk Seri Najib Tun Razak nampaknya telah mengorak langkah cemerlang dalam tempoh kurang 100 hari menjawat jawatan Perdana Menteri Malaysia dengan “mengikat mana-mana mulut” yang celupar mengkritik beliau. Itulah kehebatan seseorang bila berkuasa.

Apa yang ada pada rakyat kini cuma “doa” yang InsyaAllah pastinya akan dikabulkan oleh Allah S.W.T yang akhirnya akan mengembalikan Malaysia ke arah demokrasi yang sebenarnya.



Friday, August 8, 2008

Isu Yuran Tambahan: Bendahari PMIUM Bersuara

KUALA LUMPUR 6 Ogos - Rentetan pendedahan isu yuran tambahan Kolej Kediaman Zaaba, Bendahari Agung PMIUM saudara Mohd Hasbie Muda pula tampil mendedahkan bukti berkaitan yuran tambahan seratus ringgit yang dikenakan itu.

Beliau yang juga merupakan ahli Majlis Tertinggi MPMUM mendedahkan bukti sekeping resit yang tercatat tujuan yuran tersebut dikenakan.No siri dan nama pembayar terpaksa dikaburkan bagi mengelakkan intimidasi terhadap pengadu tersebut.

“Yuran tambahan yang dikenakan ini kononnya bertujuan untuk caj cenderamata, namun saya difahamkan bahawa cenderamata yang dimaksudkan itu hanyalah sehelai cadar sahaja. Istimewa sangatkah cadar di kolej Zaaba sehingga mencecah ratusan ringgit?”

“Pihak HEP di dalam buku panduan telah menetapkan bahawa yuran penginapan bagi kolej yang menyediakan makanan adalah sepuluh ringgit sehari, namun jika yuran-yuran tambahan sebegini tetap dikenakan kepada mahasiswa tahun satu, maka apa erti panduan itu?Panduan yang membantu atau menipu?”

“Oleh itu, saya menggesa agar Dr. Salleh Aman tampil memberikan penjelasan.Pelbagai medium boleh digunakan untuk beliau membuat penjelasan. Paling mudah gunakan medium emel perdana”ujar beliau ringkas.

Sumber dipetik dari -mahasiswakini -.

Monday, August 4, 2008

FESKUM Kembali Lagi...

Festival Konvokesyen Universiti Malaya (FESKUM '08) kembali lagi menemui warga kampus UM dan masayarakat luar. Pembukaan FESKUM '08 kali ini di adakan pada 4/8/08 ( Isnin ) di Dewan Tunku Canselor (DTC) dan program ini berterusan sehingga 9/8/08.

Program ini menjanjikan aktiviti atau pengisian yang menarik antaranya ialah jualan gerai-gerai makanan, pameran agensi-agensi, syarikat-syarikat swasta dan sebagainya. Semua warga UM dan orang ramai sudah pastinya tidak akan melepaskan peluang untuk merasai kehangatan program terbesar universiti ini.

Apa yang diharapkan semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung akan mendapat manfaat dari program yang dianjurkan ini. Bagi pelajar yang bergraduasi pada sesi kali ini diucapkan setinggi-tingi tahniah dan syabas kerana berjaya menamatkan pengajian dalam bidang masing-masing. Semoga anda semua berbakti kepada ummah, bangsa dan negara.

Sala Perjuangan Mahasiswa!!!
Exco Ekonomi Dan Keusahawanan
Persatuan Mahasiswa Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya

Friday, August 1, 2008

100 Mahasiswa GAMIS Berhimpun Kutuk Kehadiran Tony Blair

Hampir kira-kira 100 orang mahasiswa dari GAMIS berhimpun secara aman di hadapan Hotel Mandarin, Kuala Lumpur 3 petang tadi kerana membantah tindakan UM menjemput bekas Perdana Menteri Britain, Tony Blair untuk memberikan ceramah berkenaan undang-undang. Turut sama hadir dan memberikan ucapan adalah rakan-rakan mahasiswa dari PKPIM dan NGO Teras Pengupayaan Melayu (TERAS).

GAMIS telah diwakili oleh salah seorang ahli Majlis Tertingginya, saudara Hafizudin Abirirah yang mempertikai rasional pihak penganjur menjemput Tony Blair untuk bercakap tentang undang-undang sedangkan beliau sendiri melanggar undang-undang keamanan dunia apabila membantu AS melakukan jenayah berat paling berat di Iraq.
Ahmad Zulfadhli

Monday, May 19, 2008

Universiti Malaya cemerlang

Menurut satu berita yang terpampang di dada-dada akhbar baru-baru ini, Universiti Malaya yang amat kita cintai ini muncul satu-satunya universiti yang berjaya memperoleh skor cemerlang daripada 17 universiti yang dinilai menerusi Sistem Penarafan Institusi Pengajian Tinggi Awam (Setara) bagi tahun 2007.


Yang mana, UM yang dinilai dalam kategori universiti yang berintensifkan penyelidikan mendapat skor cemerlang. Manakala UPM dan UKM mendapat skor sangat baik manakala USM mendapat skor baik.
Skor terbabit adalah mengikut turutan iaitu terbilang, cemerlang, sangat baik, baik, memuaskan dan lemah berdasarkan enam domain utama merangkumi reputasi staf akademik, kepilihan pelajar, penyelidikan, program akademik, sumber dan pengurusan.
Menurut Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, semua universiti awam yang dinilai itu dibahagikan kepada tiga kategori iaitu universiti berintensifkan penyelidikan, universiti umum dan universiti khusus.
Untuk kategori universiti umum pula,UIAM dan UiTM mendapat skor sangat baik sementara Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) memperoleh skor baik.
Sementara daripada sembilan universiti yang dinilai bagi kategori khusus, hanya UTM memperoleh skor baik manakala lapan universiti lain hanya mendapat skor memuaskan.
Cemerlang! Satu-satunya universiti.
Maka, mari kita koreksi diri kita selaku warga UM amnya dan API khususnya, adakah kita tetap mendapat skor yang sama jika kritiria yang bersandarkan ayat al-Quran di bawah digunapakai.
"Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma'ruf, dan mencegah dari yang munkar, "
Mari kita rujuk pula hadis ini untuk melihat sejauh mana pencapaian kita. Yang mana mafhumnya, “Jika kamu melihat kemungkaran, maka cegahlah dengan tanganmu, jika kamu tidak mampu maka cegahlah dengan lidahmu, jika kamu tidak mampu maka cegahlah dengan hati kamu. Itulah selemah-lemah iman.”
Masih cemerlang? Atau sekadar lulus-lulus sahaja?

PMAPIUM ©Template Blogger Green by Dicas Blogger.

TOPO