Asalamualaikum kepada semua pengunjung blog ini.. semoga blog ini sedikit sebanyak mmberi manfaat kepada anda.. Insyaallah.

Thursday, May 12, 2011

Tubuhkan Koperasi Bagi Mengatasi Masalah Kewangan di Maahad Tahfiz.

Maahad Tahfiz merupakan salah satu institusi pendidikan penting yang sudah lama bertapak di Malaysia. Ibarat tumbuh bagaikan cendawan selapas hujan, Itulah gambaran yang saya boleh berikan dek kerana berbilangnya institusi ini baik di kawasan pendalaman mahupun elit, itulah realitinya. Saya tidak nafikan bahawa ramai cendiakawan ulung yang lahir dari institusi ini. Itu adalah fakta yang tidak boleh dinafikan.



Saya merujuk kepada satu artikel terbitan Berita Harian bertarikh 10 Mei 2011 di ruangan surat pembaca iaitu berkaitan satu dakwaan supaya mengentikan kerahan tenaga pelajar tahfiz melalui jualan amal. Bila saya teliti isu ini, ada benarnya dakwaan tersebut iaitu berkaitan jualan amal mahupun kutipan derma yang dilakukan oleh segelintir pelajar-pelajar Maahad Tahfiz baik di stesen minyak ataupun di mesin ATM di kawasan bandar. Isu sekarang adalah apakah benar mereka dari kelompok pelajar-pelajar tahfiz ataupun sendiket yang cuba mengambil kesempatan terhadap sifat pemurah masyarakat kita yang menderma tanpa meneliti ke mana duit itu disalurkan?. Perkara ini perlu dikaji semula bagi membuktikan ketelusan penyaluran wang yang telah didermakan oleh mana-mana individu.



Bila saya membaca tulisan komentar dan keluhan yang telah dilontarkan, banyak sekali kritikan diberikan, malangnya tidak ada satu pun cadangan yang diutarakan untuk membaiki masalah ini. Cadangan saya kepada mana-mana pihak pengurusan Maahad Tahfiz yang ada supaya membentuk sebuah koperasi, premis perniagaan seperti Cyber Cafe, Kedai Dobi ataupun menyeluarkan produk-produk buatan sendiri milik pihak pentadbiran dan pengurusan Maahad Tahfiz di dalam kawasan masing-masing bagi menjana pendapatan sendiri melalui aktiviti perniagaan. Jika cadangan ini berjaya dilaksanakan, saya yakin isu ini mampu diselesaikan jika sekiranya pelajar-pelajar berkenaan adalah pelajar-pelajar daripada Maahad Tahfiz.



Rentetan daripada terlaksananya aktiviti perniagaan seperti ini, kita sendiri akan dapat melihat penjaaan pendapatan bulanan yang lebih konsisten lagi sistematik yang akan diterima oleh pihak pengurusan Maahad Tahfiz sehingga berkembangnya peniagaan mereka pada tahun-tahun berikutnya. Inilah aktiviti sihat yang perlu difikirkan oleh pihak pengurusan mereka. Nah! bukan sahaja pendapatan dapat dijana oleh pihak pentadbiran Tahfiz al-Quran malahan pendidikan keusahawan turut diberikan secara tidak langsung dengan menggalakan aktiviti perniagaan kepada para pelajar.



Harapan saya supaya isu ini dapat diselesaikan dan cadangan ini mendapatan perhatian daripada pihak pengurusan Maahad Tahfiz. Sekadar pandangan dan lontaran idea peribadi yang mampu saya kongsikan bersama demi membangunkan institusi Maahad Tahfiz pada masa akan datang. InsyaAllah.



Mohd Afifi bin Ismail


Yang Dipertua


Persatuan Mahasiswa Akademi Pengajian Islam (PMAPIUM)


Universiti Malaya


Sesi 2011/2012

PMAPIUM ©Template Blogger Green by Dicas Blogger.

TOPO