Asalamualaikum kepada semua pengunjung blog ini.. semoga blog ini sedikit sebanyak mmberi manfaat kepada anda.. Insyaallah.

Wednesday, May 21, 2008

Mari bermunajat selamatkan Pulau Batu Putih

PARIT BUNTAR, 22 Mei:- Esok adalah tarikh penting bagi seluruh rakyat Malaysia, dimana status Pulau Batu Putih akan ditentukan oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) berhubung tuntutan bertindih Pulau Batu Putih, Middle Rocks dan South Ledge adakah milik Malaysia atau Singapura.
Satu kenyataan rasmi telah dikeluarkan oleh Timbalan Yang Di Pertua PAS kawasan Parit Buntar, yang juga ADUN Titi Serong, YB Drs. Khalil Idham Lim supaya semua cawangan PAS di Parit Buntar mengadakan Zikir Munajat dan Majlis Bacaan Yassin bagi memohon daripada Allah supaya kedaulatan Pulau Batu Putih memihak kepada Malaysia.

Sehubungan dengan itu, ADUN Titi Serong juga berharap program yang sama dilakukan oleh seluruh peringkat parti di seluruh Malaysia.

"Sungai Nil Patuh Kepada Umar Al-Khattab R.A."

Kisah ini merupakan suatu perkara yang benar-benar berlaku di zaman pemerintahan Saiyidina Umar al-Khattab r.a. Beliau adalah seorang mukmin yang sejati, teguh iman dan amat taqwa kepada Allah SWT. Justeru kerana kekuatan imannya kepada Allah SWT, maka doanya sentiasa diperkenankan oleh Allah SWT.

Semasa pemirintahan Khalifah ke-2 ini, empayar Islam telah berkembang bukan setakat Semenanjung Arab sahaja malah Rom dan Parsi juga telah dapat dibebaskan dari kezaliman pemerintah mereka kepada keadilan dan keamanan yang dibawa oleh pemerintahan Islam.

Kisah ini berlaku di Mesir, ketika itu Umar al-Khattab r.a. telah melantik seorang pahlawan Islam yang gagah perkasa iaitu Amru al-As r.a. sebagai Gabenor di Mesir. Penduduk Mesir ketika itu baru sahaja menganut agama Islam, penduduk asalnya berbangsa Qibti. Sesetengah mereka menganut agama Islam dan sesetengah dari mereka masih dengan agama asal nenek-moyang mereka, ini kerana tiada paksaan dalam Islam, mereka bebas sama ada mahu menerima Islam atau tidak.

Suatu peristiwa ganjil dan aneh berlaku semasa Amru al-As r.a. menjadi Gabenor Mesir. Sungai Nil kelihatan mulai surut airnya, airnya tidak melimpah-limpah seperti biasa. Sungai Nil amat penting kepada penduduk kerana ia adalah nadi kehidupan di sana, sungai Nil digunkan untuk menyiram kawasan pertanian dan sebagai sumber air untuk kehidupan mereka. Peristiwa ini amat mencemaskan penduduk Mesir.

Sebelum memeluk Islam, sebahagian besar orang Mesir adalah penyembah matahari. Di antara adat mereka semasa jahiliyyah ialah mengorbankan seorang anak dara pada waktu-waktu tertentu sebagai persembahan kepada Dewa Sungai Nil supaya air sungai Nil sentiasa mengalir.
Dalam keadaan cemas, penduduk berjumpa dengan Gabenor Mesir dan mendesak Amru al-As r.a. supaya melakukan adat jahiliyyah tersebut bagi mengatasi masalah sungai Nil ini, walaupun mereka telah memeluk Islam tetapi masih tertanam kepercayaan jahiliyyah yang telah diamalkan turun-temurun.Amru al-As r.a. keberatan menunaikan permintaan mereka kerana adat ini khurafat dan syirik kerana menyembah selain dari Allah SWT. Gabenor meminta tangguh dahulu kerana ingin bertanyakan kepada Khalifah Umar al-Khattab r.a. bagi menyelesaikan masalah ini bagi memuaskan hati penduduk Mesir.

Amru al-As menulis sepucuk surat kepada Khalifah menceritakan dengan jelas masalah yang dihadapinya, semoga khalifah dapat memberikan pandangan bagi menyelesaikan masalah tersebut demi kepentingan raklyat.

Khalifah Umar al-Khattab r.a. menerima surat tersebut, apabila dibaca, air muka Umar al-Khattab r.a. berubah kerana marah dengan sikap penduduk Mesir. Katanya “ adat ini terang sekali syirik hukumnya. Terang sekali bertentangan dengan ajaran agama kita yang suci. Bukankah Allah SWT yang sebenarnya patut disembah kerana Dialah Yang Maha Kuasa, Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Demi Allah, aku tidak sekali akan membenarkan penduduk Mesir melakuakan adat yang kejam dan bodoh ini”.

Setelah itu, Umar al-Khattab r.a. mengambil sehelai kertas dan menulis sepucuk surat sebagai balasan kepada Gabenor Mesir.Beberapa hari kemudian surat tersebut pun sampai. Ketika itu sungai Nil semakin surut dan mulai kering, penduduk bertambah gelisah dan cemas.

Amru al-As r.a. sangat gembira lalu membuka surat dari khalifah, alangkah terkejutnya beliau kerana surat itu bukan ditujukan kepadanya sebaliknya Umar al-Khattab menujukan surat itu kepada sungai Nil. Setelah membacanya Amru al-As r.a. terus mencampakkan surat itu ke dalam sungai Nil. Dengan kuasa Allah SWT setelah surat itu jatuh ke dalam sungai Nil dalam sekejap masa air Sungai Nil mulai naik dan akhirnya melimpah-ruah ke kawasan tanah disekelilingnya. Kejadian yang anih ini disaksikan sendiri oleh penduduk Mesir. Semenjak hari itu iman mereka mula teguh dan mereka tidak mengamalkan adat jahiliyyah tersebut.

Surat khalifah Umar al-Khattab itu berbunyi antara lain maksudnya ”Surat ini dikirimkan oleh Umar, Amirul Mukminin kepada Sungai Nil, kalaulah air yang mengalir pada tubuhmu itu bukan dari kuasa Allah maka kami tidak sekali memerlukan engkau! Tetapi kami percaya Allah itu Maha Kuasa dan kepadaNyalah kami bermohon supaya engkau mengalir seperti sediakala”.

Wallahu a’lam…."

Rujukan: Khalifah Yang Agung Saiyidina Umar Ibnul Khattab r.a., Bismi Publisher 1986, Luqman Hakim.

Monday, May 19, 2008

Universiti Malaya cemerlang

Menurut satu berita yang terpampang di dada-dada akhbar baru-baru ini, Universiti Malaya yang amat kita cintai ini muncul satu-satunya universiti yang berjaya memperoleh skor cemerlang daripada 17 universiti yang dinilai menerusi Sistem Penarafan Institusi Pengajian Tinggi Awam (Setara) bagi tahun 2007.


Yang mana, UM yang dinilai dalam kategori universiti yang berintensifkan penyelidikan mendapat skor cemerlang. Manakala UPM dan UKM mendapat skor sangat baik manakala USM mendapat skor baik.
Skor terbabit adalah mengikut turutan iaitu terbilang, cemerlang, sangat baik, baik, memuaskan dan lemah berdasarkan enam domain utama merangkumi reputasi staf akademik, kepilihan pelajar, penyelidikan, program akademik, sumber dan pengurusan.
Menurut Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, semua universiti awam yang dinilai itu dibahagikan kepada tiga kategori iaitu universiti berintensifkan penyelidikan, universiti umum dan universiti khusus.
Untuk kategori universiti umum pula,UIAM dan UiTM mendapat skor sangat baik sementara Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) memperoleh skor baik.
Sementara daripada sembilan universiti yang dinilai bagi kategori khusus, hanya UTM memperoleh skor baik manakala lapan universiti lain hanya mendapat skor memuaskan.
Cemerlang! Satu-satunya universiti.
Maka, mari kita koreksi diri kita selaku warga UM amnya dan API khususnya, adakah kita tetap mendapat skor yang sama jika kritiria yang bersandarkan ayat al-Quran di bawah digunapakai.
"Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma'ruf, dan mencegah dari yang munkar, "
Mari kita rujuk pula hadis ini untuk melihat sejauh mana pencapaian kita. Yang mana mafhumnya, “Jika kamu melihat kemungkaran, maka cegahlah dengan tanganmu, jika kamu tidak mampu maka cegahlah dengan lidahmu, jika kamu tidak mampu maka cegahlah dengan hati kamu. Itulah selemah-lemah iman.”
Masih cemerlang? Atau sekadar lulus-lulus sahaja?

Sunday, May 18, 2008

Ratapan dan air mata keluarga mangsa gempa bumi China

CHINA, 18 Mei :-Sehingga pukul 2.00 petang tadi, jumlah korban dalam gempa bumi Sichuan mencatat 28,881 orang manakala kecederaan mencecah 200 ribu.


Presiden China, Hu Jintao dan Perdana Menteri, Wen Jiabao mengarahkan mangsa-mangsa dalam gempa bumi Sichuan mesti segera diselamatkan. Pasukan penyelamat sedang melakukan usaha gigih untuk menyelamatkan mereka yang terperangkap.

Seramai 110 ribu orang askar dan polis terlibat dalam kerja-kerja menyelamat di 58 buah kampung yang mengalami kesan kemusnahan yang agak teruk di Sichuan. 163 orang berjaya diselamatkan. Sehingga pukul 8.00 malam semalam, 110 ribu orang mendapat rawatan di hospital.

Pegawai dari Jabatan Pelancongan Jiuzhaigou, Sichuan menyatakan, kira-kira sepuluh ribu orang pelawat yang terkandas selamat dibawa keluar dari destinasi pelancongan Jiuzhaigou. Kemudahan di kawasan itu tidak terjejas.

Tiada wabak penyakit atau peristiwa kecemasan kesihatan dilaporkan. Sehingga semalam, bekalan air dipulihkan di 70% kawasan di Sichuan, tetapi, masih terdapat 1.4 juta orang menghadapi kekurangan air minuman, manakala sebanyak 2.6 juta buah khemah diperlukan.

Berdasarkan statistik Kementerian Hal Ehwal Awam, sehingga pukul 1.00 tengah hari tadi, derma daripada pelbagai lapisan masyarakat dalam dan luar negara melebihi RMB 6 bilion .
Ibu dan bapa Bai Yuman, pelajar perempuan Sekolah Menengah Muyu, saling berpelukan dan menangis melihat mayat anak mereka.
Sumber dipetik : Cina Islam Blog

PMAPIUM ©Template Blogger Green by Dicas Blogger.

TOPO