Asalamualaikum kepada semua pengunjung blog ini.. semoga blog ini sedikit sebanyak mmberi manfaat kepada anda.. Insyaallah.

Friday, October 24, 2008

Stress??

Anda stress apabila menjelang peperiksaan?? Disini kami ingin berkongsi petua bagaimana untuk mengawal tekanan perasaan (stress) :
Jangan tergila-gila belajar hanya 1 bulan hampir peperiksaan . Kegilaan yang tiba-tiba ini akan mendorong kamu menggunakan "pep pills" - ubat penahan mengantuk . Sedarlah bahawa ia merosakkan sistem saraf dan mengurangkan kecerdasan seseorang . Ia boleh membuat kamu pengsan di dewan peperiksaan kerana keletihan .

Sebaliknya , hendaklah kamu mula bersedia lebih awal , belajar dengan satu sistem seperti dinyatakan di atas . Rasa cemas tidak akan timbul sekiranya nota sudah lengkap , bersih dan diulang kaji sepanjang semester .

Jangan cuba menambah atau mendapatkan banyak butir-butir baru ketika hampir waktu peperiksaan ; sebab ini akan mendedahkan kekosongan pengetahuan kamu dan seterusnya menambahkan kebimbangan dan akhirnya membuat kamu panik . Hendaklah kamu menumpukan perhatian ke atas prinsip-prinsip dan konsep-konsep am daripada mempelajari segala detail yang begitu banyak .

Jangan terus membandingkan kamu dengan kawan-kawan lain yang nampaknya lebih tahu atau betapa kuatnya mereka belajar daripada diri kamu . Hendaklah kamu mengambil keputusan sendiri berapa lamakah sepatutnya kamu belajar tanpa memudaratkan kesihatan kamu sama ada jasmani atau mental .

Jangan membincangkan pelajaran dengan kawab-kawan ketika peperiksaan hampir dimulakan . Bila kamu dapati yang kamu cuma tahu sedikit sahaja jika dibandingkan dengan kawan-kawan kamu , ini mungkin menambah perasaan bimbang dan panik , yang mana adalah satu perkara yang terlalu mahal harganya untuk dibayar bagi butir-butir tambahan yang kamu boleh didapati . Rehatkan otak kamu dan bertenanglah buat beberapa ketika sebelum memasuki dewan peperiksaan .

Jangan berjaga terlalu lewat malam sebelum hari peperiksaan disebabkan kamu rasa masih banyak yang patut dipelajari . Hendaklah kamu cukup tidur kerana otak yang bekerja lebih dan badan yang penat amatlah memudahkan kamu berasa bimbang dan panik .

Kesenian dan Kreativiti

Thursday, October 23, 2008

PMAPIUM: MAHASISWA UM MEMBUAT LAPORAN POLIS

PMAPIUM: MAHASISWA UNIVERSITI MALAYA MEMBUAT
LAPORAN POLIS BERHUBUNG ISU SENSITIVITI ISLAM

23 Oktober 2008- Mahasiswa Universiti Malaya telah membuat laporan berkenaan dengan isu kesucian Agama Islam berhubung isu kenyataan pihak pegawai Hal Ehwal Pelajar UPM yang menyentuh sensitiviti agama Islam dengan melontarkan kata-kata “TIDAK GUNA SOLAT KALAU TIDAK BAYAR YURAN” kepada seorang aktivis pelajar Universiti Putra Malaysia.

Zulzaidi Bin Mahmod dan Ahmad Shahir Abdul Aziz daripada Persatuan Mahasiswa Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (PMAPIUM) telah membuat laporan polis di Balai Polis Pantai untuk memohon kerjasama pihak yang bertanggungjawab supaya meneliti perkara ini secara rasional mengikut lunas undang-undang. Laporan yang dibuat dikaitkan dengan menyatakan bahawa pihak terbabit sengaja mencabar dan mempermain-mainkan kesucian agama Islam yang menjadi teras agama rasmi Malaysia di bawah Artikel 3 Perlembagaan Persekutuan. Zulzaidi Bin Mahmod selaku Exco Akademik dan Intelektual PMAPIUM menyatakan bahawa kejadian sebegini sepatutnya tidak berlaku kerana isu ini boleh membangkitkan kemarahan segelintir pihak dan sepatutnya perkataan sebegini tidaklah patut dilontarkan kepada sesiapa sahaja walaupun perbuatan ini dilakukan oleh orang Islam sendiri. Pihak PMAPIUM mengharapkan agar perkara ini tidak berulang lagi dan memohon kepada pihak yang terbabit jika benar menyatakan perkataan sedemikian supaya memohon maaf secara terbuka kepada Umat Islam khususnya.

POLIS REPORT NO: PANTAI/010291/08

Zulzaidi Bin Mahmod
Exco Akademik Dan Intelektual
Persatuan Mahasiswa Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (PMAPIUM)

Wednesday, October 22, 2008

Demam peperikasaan


Peperiksaan semakin hampir, makin ramai yang menghidap demam peperiksaan yang merebak tanpa ada antibiotic yang boleh menghalangnya.

Mabuk demam peperiksaan ada baiknya untuk kamu . Ia akan mendorong ke arah kewaspadaan dan kerja kuat bagi menghadapi hari peperiksaan . Bersiap sedia . Ghairah dan tekun.

Demam peperiksaan , tidak perlu diubati . Kecuali jika membawa kepada gejala sakit kepala , tekanan dan gelisah yang keterlaluan , sehingga menjejaskan diri . Ubatnya ialah tidur sekejap , menarik nafas panjang , berjalan-jalan , minum air , mandi , membaca Al-Quran , bercakap dengan ibu bapa dan mengingati sesuatu yang indah yang pernah kamu alami. Dan lain-lain .

Sebaiknya , biarlah demam peperiksaan menghangatkan semangat juang kamu dan menguatkan azam untuk berjaya dengan baik . Untuk diri sendiri , ibu bapa dan keluarga.

Katakanlah "Aku datang . Aku tidak takut . Aku berhak untuk mencuba . Aku belajar dengan penuh insaf dan sedar bahawa tidak ada jalan mudah untuk berjaya . Aku tidak akan menyerah kalah , malah aku yakin bahawa kejayaan adalah milikku".

Ringkasnya , demam peperiksaan amat baik untuk semua . Ia menyedarkan yang lalai . Ia mendorong ke arah kerja kuat dan bersiap sedia .

Kesenian dan Kreativiti

Sunday, October 19, 2008

Warkah Buat Pejuang

Assalamualaikum...
Bismillahirrahmaanirrahiim...

Sahabat. Warkah ini saya coret buat semua yang sedang berjuang. Mungkin saya bukanlah begitu dikenali semua. Namun dengan kehadiran coretan saya yang penuh kekurangan ini menjadi renungan dan titik permulaan dalam membakar semangat kalian meneruskan atau memulakan perjuangan yang hampir terhenti ataupun yang masih di permulaan.

Teruskan perjuangan kalian jika perjuangan itu atas landasan iman dan ketakwaan demi Tuhan sekalian alam. Tidak kira bagaimanapun corak perjuangan kalian, asalkan apa yang dilakukan itu sedikit sebanyak memberi impak yang berkesan kepada umat.

Sahabat. Perjuangan itu bukan mudah. Segalanya menagih kekuatan iman dan kadang-kadang mengundang air mata. Ada ketikanya kita melangkah gagah tersenyum megah dan ada ketikanya kita jatuh tersungkur rebah menyembah. Tetapi semua itu adalah satu kemanisan bagi yang sentiasa tabah.

Sahabat. Kita semua adalah da'ie. Bila kita sedar kita bergelar da'ie, kita juga perlu sedar bahawa jiwa kita tidak boleh selamanya menjadi remaja. Bak kata Al-Banna tanggungjawab itu melebihi masa yang ada dan tarbiah yang bersalutkan ilmu dan cabaranlah yang dapat mendewasakan kita. Maka penuhilah ilmu di dada selagi ada ruang untuk kita.

Sahabat. Jangan takut dengan musuh-musuhmu. hadapilah mereka walau dirumu bersendirian. Kita ada Allah pemilik segala kekuatan. Jika ada sejuta orang sekalipun yang mahu membinasakanmu, mereka takkan mampu jika tidak diizinkan Tuhan. Mereka juga milik Tuhan.

Sahabat. Jangan takut dengan kekalahan. Allah tidak menilai kalah atau menang dalam perjuangan. Biar kita kalah asalkan perjuangan kita masih di landasan. Jangan kita menang tetapi kemenangan itu atas penyelewengan dan penindasan.

Sahabat. Mungkin diri ini tidak sehebat kalian. Diri ini tidak sekuat dan setabah kalian. Diri ini penuh dengan kekurangan. Tetapi ruang ini adalah perjuanganku dan aku sentiasa di belakang kalian. Cuma satu yang inginku pesan....jangan takut dan jangan bersedih....Kerana kita ada Allah.

Teruskanlah perjuangan

Kembara Hati
Penulis MYPMAPIUM Blog

Friday, October 10, 2008

Pilihan raya kampus: Mahasiswa bantah di Kementerian Pengajian Tinggi

PUTRAJAYA, 10 Okt (Hrkh) - Lebih 100 mahasiswa berhimpun di pekarangan bangunan Kementerian Pengajian Tinggi bagi menyampaikan tuntutan mereka khususnya mengenai Pilihan Raya Kampus (PRK) tidak lama lagi. Iklan

Antara fokus utama perhimpunan anjuran Solidariti Mahasiswa Malaysia(SMM) pada kali ini adalah untuk mendesak KPT mengumumkan segera tarikh PRK secara rasmi.

Dengan laungan 'student power' yang bergema di seluruh parcel E, Putrajaya tersebut cukup untuk menggambarkan amarah dan semangat anak-anak muda di menara gading yang menuntut pilihan raya kampus dijalankan dengan suasana demokrasi yang sebenar.

Hujan yang turun rintik-rintik pada peringkat permulaan perhimpunan tersebut sedikitpun tidak mematahkan semangat mereka dengan kain rentang dan poster yang berbunyi ' Jangan permainkan kami', 'Kami mahu pilihan raya kampus telus', PRK : Kami demokrasi mahasiswa tidak rela diperbudakkan',

Mereka juga menyuarakan rasa tidak puas hati berhubung pelaksanaan pengundian secara online menerusi sistem pengundian e-voting dalam PRK akan datang yang dipercayai merupakan taktik untuk mengaburi keputusan PRK sebenar.

"Kami percaya sistem e-voting digunakan untuk menipu mahasiswa kerana mahasiswa tidak dibenarkan untuk melihat pengiraan undi dijalankan sedangkan berdasarkan peraturan pilihan raya, agen tempat pengiraan undi yang dilantik seseorang calon berhak untuk melakukannya," kata wakil Gamis dalam ucapannya.


Mahasiswa juga katanya, meminta agarpihak KPT khususnya pihak yang menguruskan PRK agar memindahkan pusat pembuangan undi daripada kolej kepada fakulti sepertimana yang pernah dibuat suatu ketika dahulu.


Perubahan pusat pengundian adalah dipercayai berpunca daripada kesukaran mereka untuk mencipta 'ruang' bagi melakukan penipuan terutamanya proses pengiraan yang kelihatan lebih mudah untuk diselia -sekaligus memberikan kebaikan kepada pihak pro mahasiswa.

wakil Solidariti Mahasiswa Malaysia, Hafizudin Abireirah pula menyifatkan PRK yang dilaksanakan tidak ubah seperti pemilihan ketua kelas di sekolah dan tadika.

Sementara itu, menurut Koordinator Pendidikan Pengguna dan Masyarakat, Teras Pengupayaan Melayu, Zulzaidi Mahmud pula mahasiswa di kampus kini memerlukan keadilan dilaksanakan di dalam kampus tanpa perlu mengikut sahaja telunjuk pihak pentadbiran universiti.

"Mahasiswa perlu dibebaskan daripada kongkongan pentadbiran universti, bagi melaksanakan idealisme dan keadilan yang dituntut supaya dapat terlaksana sistem demokrasi tulen dalam masyarakat terpelajar.

"Ianya sekaligus menuntut agar perubahan dilakukan dalam sistem pemilihan pemimpin mahasiswa sperti mana yang berlaku dalam politik semasa tanah air pada masa sekarang," tegasnya.

Perhimpunan tersebut turut mengalami kekecohan selepas pihak keselamatan, anggota polis serta sebuah trak kecil anggota simpanan Persekutuan atau FRU bertindak ganas untuk menyuraikan mahasiswa terbabit.

Pegawai Polis berpakaian preman serta pegawai-pegawai KPT pula ligat menjalankan peranan untuk merakamkan setiap aksi dan wajah mahasiswa yang turun menyertai perhimpunan tersebut untuk tujuan dokumentasi dan tindakan susulan selepas ini.

Walau bagaimanapun, ianya dapat dikawal sepenuhnya apabila Pegawai Khas Menteri KPT, Mohd Arif Adenan turun bagi menerima memorandum setebal 20 mukasurat itu.


Ianya disampaikan oleh wakil-wakil mahasiswa yang hadir di lobi bangunan KPT sambil disaksikan menerusi pintu kaca oleh kumpulan mahasiswa daripada luar.

Setelah selesai memorandum tersebut dicop sebagai tanda penerimaan secara rasmi oleh KPT, Mohd Arif menyatakan komitmennya kepada Harakah untuk menyerahkannya terus kepada menteri KPT, Dato' Seri Khaled Nordin yang kini berada di Johor Bahru.

"Saya akan terus menyampaikannya kepada dato' menteri memandangkan saya mengira hal ini adalah serius apabila mahasiswa datang beramai-ramai ke KPT menuntut hal ini diselesaikan dengan seberapa segera," katanya.

Ditanya mengenai tempoh untuk KPT memberikan maklum balas tersebut, beliau enggan mengulas sebaliknya menasihati mahsiswa agar menumpuhkan perhatian kepada akademik daripada melibatkan diri dengan urusan pemilihan MPP.

Perhimpunan diakhiri dengan nyanyian lagu negaraku sebelum sidang media oleh Pro Mahasiswa.

Turut disertai Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysiaa (Gamis), Dema,Persatuan Bahasa Tionghua Universiti Putra Malaysia, JKMI, Teras Pengupayaan Melayu dan beberapa front mahasiswa yang lain.

Tarikh PRK kini menjadi suatu teka-teki apabila ianya hanya digembar-gemburkan oleh media tertentu serta kata-kata tidak rasmi beberapa pimpinan tertinggi pentadbiran beberapa universiti.

Maklumat yang diterima Harakah, bahawa PRK kali ini akan dilaksanakan pada 12 hingga 17 Oktober bagi IPTA Pantai Timur dan Universiti Perguruan Sultan Idris, manakala bagi IPTA yang terletak di Lembah Klang pula akan dilaksanakan pada bulan Januari.

Bantahan terhadap tindakan KPT yang melambatkan tarikh tersebut timbul memandangkan kebanyakan MPP telah dibubarkan setelah ianya telah cukup tempoh 'pemerintahannya' selama setahun daripda tarikh PRK sesi lalu.

Untuk itu, mahasiswa juga meminta KPT melantik Mafrel, Suhakam, SPR dan NGO bagi memantau perjalanan PRK akan datang bagi mengelakkan berlakunya campurtangan selain memastikan perjalanan PRK kali ini berlangsung dalam suasana yang telus dan demokratik. - mks. _

Wednesday, October 8, 2008

PMAPIUM MENYOKONG SAMBUTAN HARI GURU 2 KALI SETAHUN

Hari guru merupakan saat yang paling berharga bagi insan yang bergelar guru tatkala anak murid mengucapkan kata-kata memohon maaf, halalkan ilmu yang ditimba, mohon diberkatkan ilmu yang dipelajari, member sekalung bunga dan yang paling menggembirakan adalah ucapan terima kasih kepada guru. Menyingkap sajak Guru Oh Guru karya Allahyarham Usman Awang yang jelas menunjukkan bahawa segala profesion yang ada pada hari ini yang dipenuhi anak bangsa Malaysia adalah bermula dengan guru yang sabar tingkahnya.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa,
Jika hari ini seorang raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis, baca.

Hari guru di Malaysia yang disambut setiap tahun pada 16 Mei adalah suatu penghargaan yang paling berharga dan bernilai kepada mereka yang bergelar guru. Kedengaran bahawa hari guru akan disambut 2 kali setahun disambut baik oleh Persatuan Mahasiswa Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (PMAPIUM). Perbincangan yang masih dijalankan oleh persatuan-persatuan dan majlis berkaitan guru di negara in haruslah diteliti secara mendalam kerana sambutan ini bukanlah sambutan ulang tahun hari-hari biasa tetapi adalah sambutan meraikan guru yang sangat berjasa kepada tanah air. Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) telah mengistiharkan Hari Guru Sedunia pada 5 Nov setiap tahun merupakan suatu langkah bijak. Sememangnya harus kita mengerti bahawa hari guru disetiap Negara seluruh dunia disambut pada tarikh yang berbeza seperti Negara Albania pada 7 Mac, Negara China pada 10 September, Czech Republik pada 28 Mac, Negara Russia pada 5 Oktober, Negara Taiwan 28 September, Negara Thailand 16 Januari, Negara Vietnam pada 20 November dan sebagainya.

Langkah PBB untuk meraikan hari guru sedunia merupakan langkah bijak untuk menyatukan seluruh Negara dalam menyambut hari guru ini. Hari guru yang disambut adalah untuk menghargai jasa mereka membanting tulang dan keringat, pengorbanan dan keperitan mendidik rakyat. Peranan guru dalam masyarakat dunia bukanlah satu peranan kecil bahkan guru-guru inilah yang dapat mencipta gelombang keintelektualan anak bangsa supaya lebih berdaya saing dari semua sudut. Walaupun sememangnya hari guru ini adalah wajar disambut setiap hari tetapi langkah meraikan pada tarikh dan waktu tertentu merupakan penghargaan yang amat besar dalan karier ini. Azizi Haji Abdullah dalam karyanya Memoir Seorang Guru telah menyedarkan bahawa tugas guru ini bukanlah hanya mengajar membaca dan menulis tetapi adalah melahirkan insan yang berilmu dan mengamalkan ilmu yang dipelajari.

Wan Norzahidah bin Wan Ahmad Mahasiswi Pendidikan Islam Akademi Pengajian Islam menyatakan guru merupakan insan yang terpenting selepas ibu bapa dalam mengadun anak bangsa supaya cemerlang. Seorang guru pada hakikatnya bukanlah mahukan diri mereka disanjung dijunjung, dipuji dipuja bukan juga mengharapkan balasan atas jasa-jasa mereka, yang hanya dimahukan cukuplah anak-anak murid mereka menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa dan tanahair.

Sejarah setiap Negara dalam menyambut hari guru adalah berbeza-beza seperti di Malaysia sambutan hari guru adalah sempena Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita yang dikenali sebagai laporan Razak pada tahun 1956. Di Negara Amerika Latin Hari guru sempena memperingati kematian Domingo Faustino Sarmieto seorang pendidik dan ahli politik Argentina. Manakala di Negara Czezh Republik Hari Guru disambut sempena hari lahir Jan Ámos Komenský dan begitu juga dinegara-negara lain yang mempunyai sejarah tersendiri dalam meraikan hari guru.

Tugas guru bukanlah satu tugas yang mudah dalam mendidik anak bangsa, sehingga ada usul dikeluarkan supaya guru mempunyai bidangkuasa yang luas diluar sekolah dan waktu persekolahan dalam mendidik anak bangsa. Ini kerana melihat gelagat pelajar sekolah hari ini yang begitu liar dengan budaya-budaya hedonism yang mampu melumpuhkan perjalanan sistem pendidikan kita pada hari ini. Ini berikutan kes-kes ponteng, hisap rokok, vandalism dan budaya negatif mula menyelusup masuk ke sekolah-sekolah secara lansung dan tidak langsung. Seharusnya pihak yang bertanggungjawab dapat membincangkan samada guru wajar atau tidak bertindak diluar sekolah dan waktu persekolahan.

Sekali lagi PMAPIUM menyokong cadangan berkenaan sambutan hari guru disambut 2 kali setahun iaitu Sambutan Hari Guru Kebangsaan pada 16 Mei dan Sambutan Hari Guru Sedunia pada 5 Nov. Ini merupakan langkah bijak yang mana Sambutan Hari Guru diperingkat kebangsaan dan dunia adalah agar mereka lebih berdaya saing dan bertungkus lumus mendidik anak bangsa Malaysia dalam proses pembentukan nilai insani dalam diri melalui sistem pendidikan.
Exco Akademik Dan Intelektual,
Persatuan Mahasiswa Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya

Wednesday, October 1, 2008

Sambutan Hari Raya Fitrah

HARI Raya Fitrah disambut dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan oleh seluruh umat Islam di seluruh dunia. Malah, dikatakan disambut juga oleh para malaikat. Tersebut dalam khabar (hadis) : Pada malam satu Syawal, atas perintah Allah Tabaraka wa Taala, para malaikat turun ke bumi. Mereka berdiri di segenap jalan dan berseru dengan suara yang dapat didengar oleh segala makhluk kecuali jin dan manusia : "Hai umat Muhammad. Keluarlah (beribadatlah) kamu kepada Tuhan yang Maha Pemurah!" Pada pagi hari raya, apabila berhimpun para muslimin dan muslimat di tempat-tempat ibadat, Allah Taala berfirman, "Hai sekalian malaikat-Ku. Apakah balasan kepada orang-orang yang mengambil upah (mengerjakan ibadat mereka)?" Sembah para malaikat, "Hai Tuhanku, Balasannya, disempurnakan upahan (pahala) bagi mereka". Allah berfirman lagi, "Persaksikanlah sekalian kamu, hai malaikat-Ku, bahawa Aku sesungguhnya telah menjadikan pahala puasa Ramadhan itu keredhaan-Ku dan keampunan-Ku. Hai sekalian hamba-Ku (umat Muhammad). Demi ketinggian-Ku dan kebesaran-Ku, Aku perkenankan permohonan kamu pada hari ini. Demi ketinggian-Ku dan kebesaran-Ku, sesungguhnya Aku tawaqquf (menamatkan) segala dosa kamu. Sesungguhnya kamu telah meridhakan Aku dengan keridhaan kamu". Kurniaan Allah S.W.T untuk umat Muhammad s.a.w itu disambut oleh para malaikat dengan rasa amat sukacita. Sejarah memperlihatkan satu Syawal menjadi pilihan Allah Taala untuk melakukan sesuatu yang teristimewa. Pada hari satu Syawal, Allah menciptakan syurga. Pada hari satu Syawal juga Syajaratul-Thuubaa( Pokok Kebahagiaan ) ditanam. Pada hari Fitrah juga tukang-tukang sihir Fir'aun diampunkan Allah dosa mereka.

Tuesday, September 30, 2008

Ramadhan al-Mubarak akan berlalu meninggalkan kita

Adakah kita termasuk yang merindukan kehadiran bulan Ramadhan, saudaraku?Jika ya, inilah keindahan bulan yang kita sangat rindukan itu sedang bersama kita. Inilah detik demi detik waktu, kita lalubersamanya. Inilah masa-masa bahagia , masa-masa semakin dekatnya jiwa bersama Allah, masa-masa kedamaian, hal yang belum tentu kita temui saat ia tidak bersama kita lagi. Saudaraku,
Hirup lah dalam-dalam udara malam-malam nya. Hiruplah dalam-dalam udara sahurnya. Kita kini sedang berada pada hari-hari perpisahan yang sangat memilukan.
Perpisahan dengan bulan mulia yang telah hadir bersama seluruh keindahan dan keistimewaannya bersama kita. Perpisahan dengan bulan terindu yangkeutamaannya tak dapat dikalahkan oleh apapun yang terindah dalam hidup।

Jika Rasulullah SAW bersabda, “Barang siapa melakukan satu ibadah sunnah dalam bulan Ramadhan, maka ia seperti orang yang melakukan ibadah wajib di bulan selain Ramadhan. Dan barang siapa yang melakukan ibadah wajib di bulan Ramadhan maka ia seperti orang yang melaksanakan 70 ibadah wajib di selain bulan Ramadhan”. (HR Ibnu Khuzaimah).

Maka, berpisah dengan bulan ini berarti kita meninggalkan kesempatan meraih pahala kebaikan yang berlipat-lipat।

Jika Rasulullah SAW bersabda, “Ada dua kegembiraan bagi orang yang berpuasa, kegembi raan saat berbuka dan kegembiraan tatkala bertemu dengan Allah.” (HR. Al-Bukhari dan Muslim)..

Maka, perpisahan dengan bulan ini, bererti terlewatn ya dua momentum kegembiraan di kala buka puasa itu। Jika Rasulullah SAW bersabda,

“Barang siapa yang berpuasa kerana keimanan dan semata-mata mengharap pahala, nescaya diampuni dosanya yang telah lalu.
(HR. AlBukhari dan Muslim).

Maka, perpisahan dengan bulan ini adalah hilangnya kesempatan kita untuk memperoleh ampunan Allah SWT terhadap dosa-dos a kita yang menggunung.Saudaraku,

Jika Rasululah SAW bersabda, “Barang siapa yang menunaikan qiyamullail pada bulan Ramadhan kerana keimanan dan mengharapkan pahala, nescaya akan diampuni dosa-dosa-nya yang telah lalu.”
(HR. Al-Bukhari dan Muslim
)

Maka usainya kebersamaan kita dengan bulan Ramadhan adalah lenyapnya kesempatan kita untuk menunaikan sholat malam dengan jaminan pahala ampunan atas dosa dan kekhilafan, yang kita sudah tenggelam di dalamnya.

Jika Rasulullah SAW bersabda, “Siapa saja yang solat tarawih bersama imam hingga selesai, akan ditulis baginya pahala solat semalam suntuk (HR. Abu Dawud, At-Tirmidzi, An-Nasai dan Ibnu Majah)

Lalu bagaimana dengan kualitas ibadah solat tarawih yang sudah kita lakukan? Perpisahan dengan bulanSuci ini, berarti juga kita akan kehilangan pahala solat tarawih। Kehilangan pahala semalam suntuk.

Jika para salafushalih, selama bulan ini berlumba-lumba memperbanyak membaca AlQur’an. Malaikat Jibril memperdengarkan AlQuran kepada Rasulullah SAW pada bulan Ramadhan. Utsman bin Affanmengkhatamkan Al-Qur’an setiap hari pada bulan Ramadhan. Sebahagian salafushalih mengkhatamkan Al- Qur’an dalam solat tarawih setiap tiga malam sekali, tujuh malam sekali dan sepuluh malam sekali. Mereka selalu membaca AlQur’an baik di dalam solat maupun di luar solat। Jika Imam Asy-Syafi’i dapat mengkhatamkan Al- Qur’an sebanyak enam puluh kali di luar solat dalam bulan Ramadhan।

Sementa ra Al-Aswad mengkhatamkannya setiap dua hari sekali. Qatadah selalu mengkhatam kannya setiap tujuh hari sekali di luar Ramadhan, sedangkan pada bulan Ramadhan ia mengkhatamkannya setiap tiga hari sekali. Dan pada sepuluh terakhir bulan Ramadhan ia mengkhatamkann ya setiap malam. Pada bulan Ramadhan Imam Az-Zuhri menutup majlis-ma jlis hadith dan majlis-majlis ilmu yang biasa diisinya. Ia mengkhususkan diri membaca Al-Quran dari mushaf. Dan Imam Ats Tsauri, beliau meninggalkan ibadah-ibadah lain dan mengkhususkan diri untuk membaca Al-Quran.

Jika mereka demikian tinggi semangat dan mujahadahnya (kesungguhannya) membaca Al-Qur’an di bulan ini. Bagaimana dengan ibadah membaca Al Qur’an yang kita lakukan? Bila Ramadhan berlalu, berarti kita pun kehilangan kesempatan agung untuk memperoleh barakah istimewa dari membaca Al Quran di bulan ini…

Jika Allah SWT berfirman, “Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al Qur’an) pada malam kemuliaan. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan (QS. Al-Qadr: 1-3).

Dan jika Rasulullah SAW senantiasa mencari malam Lailatul Qadr dan memerintahkan sahabat untuk mencarinya. Beliau membangunkan keluarganya pada malam sepuluh terakhir dengan harapan mendapat malam Lailatul Qadr.

Jika dalam Musnad Ahmad dari Ubadah, Rasulullah SAW bersabda:
“Barang siapa yang bangun sebagai usaha untuk mendapat malam Lailatul Qadr, lalu ia benar-benar mendapatkannya, nescaya akan diampuni dosa-dosanya yang lalu dan yang akan datang”

Jika kaum salaf dari kalangan sahabat dan tabiin mandi dan memakai minyak wangi pada sepuluh malam terakhir untuk mencari malam Lailatul Qadr, malam yang telah dimuliakan dan diangkat derajatnya oleh Allah. Maka perginya bulan ini dari sisi kita, berarti terlewatnya kesempatan yang tak pernah terbayar dalam seluruh hidup kita sekalipun. Bererti, lenyapnya kesempatan kita memperoleh keuntungan 1000 bulan yang sangat jauh lebih daripada usia kita sendiri.Saudaraku,

Jangan sia-siakan detik detik perpisahan ini. Rasakan benar-benar kehadiran kita di sini, di bulan ini.

Lantunkan dzikir, tilawah Al Qur’an, munajat, permohonan ampun di sini. Buang kepenatan, hilang kan rasa lelah, dan paksalah diri ini. Hanya untuk hari-hari terakhir menjelang perpisahan dengan bulan penuh kemuliaan. Kejarlah segala yang terluput dari diri kita pada malam Lailatul Qadr. Sekarang, saudaraku. Jangan tunda lagi.Dan, menangislah. Kerana kita pun harus berpisah dengan bulan ini…

Sumber: Beranda.blogsome.com

Monday, September 29, 2008

SelamatHari Raya





Saturday, September 20, 2008

10 Akhir Ramadhan Yang Bermakna

Malam Yang Penuh Barakah. Suatu pencarian dan pengharapan..
Ia terus berlalu॥
Perbanyakkan Doa ini..Mohon Ampun Sebanyak-banyaknya.
وقالت عائشة ـ رضي الله عنها ـ : يا رسول الله إن وافقت ليلة القدر، فما أقول ؟ قال: قولي: اللهم إنك عفو تحب العفو
فاعف عني
Ertinya : "Berkatalah Aisyah , Wahai Rasulullah, jika aku berkesempatan bertemu Malam Al-Qadar, apakah yang perlu aku katakan (doa) ? Bersabda Nabi : " Sebutlah doa " Ya Allah sesungguhnya dikaulah maha pengampun , dan amat suka memberi ampun, maka berikanlah daku keampunan"
(HR। Tirmidzi nombor 3580, Ibnu Majah nombor 3850 dan dishahihkan oleh Al Albani rahimahullah )

Assalamualaikum, sahabat-sahabat.
Di mana sahaja antum berada, saya doakan semuanya berada dalam keadaan iman yang sejahtera dan semangat serta ruh Ramadhan yang segar. 10 akhir Ramadhan ini kita pulun habisan. Doa di atas kita amal, buat dan hayati sungguh-sungguh.
InsyaAllah, menuju Redha dan keampuanan Allah SWT।Sekian।

Thursday, September 18, 2008

Memburu Lailatul Qadar

PEMBICARAAN tentang Lailatul Qadar tidak pernah selesai karena unik dan menarik. Lailatul Qadar mengandung dua pengertian. Satu, malam saat turunnya Alquran. Allah SWT, berfirman, "Inna anzalnahu fi lailatil qadri" (Sesungguhnya Aku telah menurunkannya (Alquran) itu pada Lailatul Qadar) Q.S. Al-Qadar: 1.

Lailatul qadri di sini bermakna "Malam yang penuh berkah." Hal ini jika dihubungkan dengan firman-Nya, "Inna anzalnahu fi lailatin mubarakatain" (Sesungguhnya Aku telah menurunkannya Alquran pada malam yang penuh berkah). Q.S. Ad-Dukhan:3. "Berkah" berarti kebaikan yang banyak.

Lailatul qadar dalam pengertian ini terjadi pada bulan Ramadan dan terjadi hanya satu kali. Allah berfirman, "Syahru Ramadana alladzi unzila fihi Alquran" (Bulan Ramadan adalah bulan yang padanya diturunkan Alquran) Q.S. Al-Baqarah:185. Tentang tanggalnya masih ada ikhtilaf (perbedaan pendapat) di antara para ulama, sebagian besar ulama menyatakan Lailatul Qadar itu terjadi pada tanggal 17 Ramadan. Hal ini didasarkan pada firman Allah, "In kuntum amantum billahi wa ma anzalna 'ala 'abdina yaumal furqan, yaumaltaqal jam'ani" (Jika kamu beriman kepada Allah dan terhadap apa yang Kami turunkan kepada hamba Kami pada hari Furqan, yaitu di hari bertemunya dua pasukan) Q.S. Al-Anfal:41. Yang dimaksud dengan "hari pertemuan dua pasukan" yaitu saat terjadinya Perang Badar, yang diyakini terjadi pada hari Jumat tanggal 17 Ramadan tahun kedua Hijriah.


Sahabat Ibnu Abbas r.a. menjelaskan bahwa Alquran yang diturunkan pada Lailatul qadar pada bulan Ramadan (dari Lauh Mahfudz) ke langit dunia sekaligus atau seluruhnya; baru kemudian secara berangsur diturunkan kepada Nabi Muhammad saw. (R. At-Thabrani).

Kedua, Lailatul qadar dalam pengertian sebuah malam penuh berkah yang datang pada setiap bulan Ramadan. Pengertian ini didasarkan kepada hadis yang berbunyi, "Suila Rasulullah saw. 'an lailatul qadri, Fa qala, hiya fi kulli Ramadana" (Nabi saw. ditanya tentang Lailatul qadar, baliau menjawab, lailatul qadar ada pada setiap bulan Ramadan) H.R. Abu Daud.

Mengenai Lailatul qadar dalam pengertian ini tidak ditemukan keterangan yang menunjukkan tanggal yang pasti. Menurut sahabat Ubadah bin Shamit dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari, Nabi saw. pada suatu hari ke luar menemui para sahabatnya untuk memberi tahu tentang kapan Lailatul qadar itu adanya, tapi karena ada dua orang sahabat yang malah ribut, maka beliau tidak jadi memberitahukannya, beliau malah akhirnya menganjurkan, "Faltamisuha fit tasi'ati, was-sabta'ati, wal-khamisati" (Carilah olehmu pada tanggal 21 atau 23 atau 25).

Di hadis lain dari Siti Aisyah riwayat Imam Al-Bukhari, Nabi saw. memerintahkan, "Taharrau lailatul qadri fil-witri minal 'asyril awakhiri min Ramadhana" (Carilah Lailatul qadar itu pada tanggal-tanggal gasal dari sepuluh hari terakhir dari bulan Ramadan). Menurut riwayat Imam Muslim dijelaskan bahwa Nabi saw. jika memasuki sepuluh hari terakhir dari bulan Ramadan beliau meningkatkan kegiatannya, menghidupkan malamnya dengan mengurangi tidur dan membangunkan keluarganya. Malah beliau menyunatkan untuk berkitikaf di masjid selama sepuluh hari terakhir dari bulan Ramadan.

Di antara hikmah tidak diberitahukannya tanggal yang pasti tentang Lailatul qadar ini mungkin tidak lepas dari karakteristik ajaran Islam yang memotivasi umatnya untuk rajin bekerja dan beribadah, seperti diperintahkan Allah, "Fa idza faraghta fanshab" (Apabila kamu telah selesai dari satu urusan maka carilah urusan yang lain) Q.S. Al-Insyirah:7.

Bisa dibayangkan jika Nabi saw. waktu itu jadi memberitahu tentang tanggal yang pasti datangnya Lailatul qadar itu, mungkin akan terjadi banyak orang yang melaksanakan salat tarawih, tadarus dan sebagainya hanya pada malam itu saja.

Tentang fadilah atau keutamaan dan berkah Lailatul qadar antara lain: (a) Nabi saw. bersabda, "Barang siapa yang melaksanakan salat qiyamu Ramadhan (salat tarawih) pada malam Lailatul qadar dengan dasar iman dan mengharap rida Allah, maka akan diampuni dosanya yang telah lalu". (H.R. Al-Bukhari);

(b) Nabi saw. bersabda, "Apabila datang Lailatul qadar, Malaikat Jibril bersama malaikat lainnya turun ke bumi mendoakan kepada setiap hamba yang berzikir dan berdoa kepada Allah, Allah menyatakan kepada para malaikat bahwa Allah akan memenuhi doanya. Allah berfirman, "Pulanglah kamu sekalian, Aku telah mengampuni dosa kalian dan Aku telah mengganti kejelekan dengan kebaikan". Maka mereka pulang dan telah mendapatkan ampunan-Nya. (H.R. Al-Baihaqi dari Anas bin Malik)

Kedua hadis itu menunjukkan kepada kita bahwa bagi yang melaksanakan salat tarawih, memperbanyak zikir, doa dan istighfar, bertepatan Lailatul qadar dengan hati yang ikhlas, dengan cara yang benar sesuai dengan tuntunan Rasulullah saw. dan dengan khusyuk, insya Allah baginya akan mendapatkan ampunan-Nya. Sesuatu yang senantiasa menjadi harapan dan dambaan setiap insan mukmin. Karena dengan ampunan-Nya itulah seseorang akan mendapatkan keselamatan dan kebahagiaan yang hakiki dan abadi, yakni kebahagiaan di akhirat kelak.

Tidak diketemukan keterangan yang sahih dan sharikh (jelas) tentang ciri-ciri atau tanda-tanda bahwa malam itu adalah Lailatul qadar, kecuali hadis riwayat Muslim yang menyatakan bahwa jika malam itu adalah Lailatul qadar maka pagi harinya matahari terbit dengan cuaca yang cerah. Artinya baru diketahui setelah Lailatul qadar itu lewat. Hikmah dari dirahasiakannya Lailatul qadar ini antara lain kita didorong dan dimotivasi untuk mengisi malam-malam Ramadan khususnya pada sepuluh hari terakhir dengan berbagai amal saleh seperti, tarawih, tadarus Alquran, doa dan istighfar.

Siti Aisyah pernah bertanya kepada Nabi saw. tentang doa yang bisa dibaca jika bertemu dengan Lailatul qadar, Nabi saw. menyuruhnya untuk membaca, "Allahumma innaka 'afuwun tuhibbul 'afwa fa' fu 'anni" (Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf dan menyukai sifat pemaaf, maka maafkanlah segala dosa hamba) -H.R. Ahmad-

Kita berhaarap dan memohon ampunan Allah serta bimbingan inayah dan rahmat-Nya semoga kita diberi kekuatan dan kemampuan mengisi bulan Ramadan ini baik siang maupun malamnya dengan berbagai amal ibadah dari awal sampai berakhirnya bulan suci ini, dan dijadikan sebagai wasilah kita diampuni segala kealpaan dan dosa kita. Amien! Wallahu a'lamu bish-shawwab.***

Penulis Ketua PP Persatuan Islam.

Tuesday, September 16, 2008

Bersama Mengukuhkan Iman

“Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu puasa seperti yang diwajibkan ke atas mereka sebelum kamu, semoga kamu bertaqwa.” Inilah maksud firman Allah S.W.T. di dalam Surah Al-Baqarah ayat 183. Puasa di dalam Ramadan bertujuan melahirkan taqwa dan iman yang kukuh di dalam diri kita. Mengapa?

Kerana hanya taqwa dan iman yang kukuh yang akan menjadikan kita manusia yang terpimpin, tidak goyah ditiup taufan ujian, dan berprinsip pada setiap saat dan ketika. Dengan iman yang kukuh, kita tetap akan berpegang dengan ajaran agama yang murni, walau perubahan dan cabaran memukul bak tsunami yang melanda kehidupan.

Pesanan Baginda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud, “tetapi hendaklah kamu teguhkan pendirian kamu. Sekiranya orang ramai baik, kamu akan berlaku baik. Dan sekiranya mereka tidak baik, maka perbaikilah mereka.”

Namun, iman perlu didasari dengan ilmu, dan dikukuhkan dengan latihan. Ramadan melatih keimanan, dengan kita berpuasa menahan diri dari nafsu. Maka lengkapkan latihan ini dengan mengisi masa yang ada untuk melakukan ibadat serta menabur usaha kepada mereka yang memerlukan.

Monday, September 15, 2008

Nuzul al-Quran dan Lailatul Qadar

Nuzul Al-Quran

Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. Firman Allah:

Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38)

al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:

”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)

Hubungan Lailatul Qadar dan Nuzul al-Quran

Lailatul Qadar pula ialah suatu malam pada bulan Ramadhan yang begitu istimewa sekali fadilatnya. Malam al-Qadar adalah suatu malam yang biasanya berlaku pada 10 akhir Ramadhan dan amalan pada malam itu lebih baik baik dari 1000 bulan.

Apakah kaitannya malam al-Qadar dengan nuzul al-Quran? Sebenarnya al-Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah SAW di antaranya firman Allah SWT

Maksudnya: Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar! (al-Qadar:1-5)

Mengikut satu pandangan, ayat ini diturunkan berdasarkan satu riwayat dari Ali bin Aurah, pada satu hari Rasulullah SAW telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikit pun tidak derhaka kepada Allah, lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah SAW menyatakan bahawa Allah SWT menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah al-Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah SAW dan para sahabat amat gembira.

Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatul qadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.

Panduan

Dari maklumat serba sedikit di atas tadi sebenarnya banyak boleh dijadikan panduan kepada umat Islam seluruhnya. Antara panduan berkenaan ialah seperti:

1. Tidak ada perkara yang tidak terdapat dalam al-Quran

2. Ayat pertama diturunkan ialah ‘iqra’ iaitu ‘baca’ dan Tuhan mengajarkan manusia melalui perantaraan Pena dan Tulisan.

3. Kelemahan umat Nabi Muhammad beribadat maka dianugerahkan satu masa yang apabila kita mendapatkannya kita akan digandakan pahala melebihi seribu bulan.


Apabila disebutkan bahawa tidak ada perkara yang tidak terdapat di dalam al-Quran itu maka ianya memberikan makna bahawa segala ilmu pengetahuan yang merangkumi fardu ‘ain dan fardu kifayah dalam segenap aspek kehidupan merangkumi ekonomi, sosial, perundangan, pendidikan, sains dan teknologi dan lain-lain, segalanya terdapat dalam al-Quran. Tafsiran, kupasan analisa dan penyelidikan membolehkan umat Islam maju mendahului umat-umat lain di dunia ini.

Manakala penurunan al-Quran pula didahului dengan suatu kalimah ‘iqra’’ iaitu ‘baca’ di mana membaca adalah kunci kepada penerokaan ilmu. Selepas itu pula Allah mengiringi dengan ayat yang bermaksud; Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” Keadaan ini menguatkan lagi bahawa pembacaan dan penulisan itu menjadi antara perkara yang paling penting dalam penguasaan ilmu pengetahuan. Di mana sebagaimana diketahui umum melalui satu ungkapan bahawa: “ilmu pengetahuan dan teknologi itu adalah kuasa”.

Perkara ketiga ialah hikmah dari anugerah malam al-qadar kepada umat Nabi Muhammad SAW sebagai umat akhir zaman. Mengetahui kelemahan umat Islam akhir zaman ini dalam beribadah maka dianugerahkan satu peluang di mana ibadah yang dilaksanakan pada malam itu digandakan sehingga 1000 bulan. Bermakna kiranya kita dapat melaksanakan ibadah dengan penuh keimanan di 10 akhir Ramadhan, kita akan berpeluang mendapat malam al-Qadar. Ini akan menjadikan kita seolah-olah beramal ibadah selama 1000 bulan iaitu sekitar 83 tahun. Menjadikan kita seolah-olahnya menghabiskan seluruh hidup kita dan usia kita dalam ibadah.

Bagi mencari malam-malam yang berkemungkinan sebagai malam al-qadar, maka kalangan ulama ada menyatakan bahawa, malam-malam yang ganjil yang tersebut ialah malam 21, 23, 25, 27 & 29 dari bulan Ramadhan. Dalam pada itu terdapat juga beberapa hadis yang menyatakan bahawa malam al-qadar itu pernah ditemui dalam zaman Rasulullah SAW pada malam 21 Ramadhan. Pernah juga ditemui pada malam 23 Ramadhan. Terdapat juga hadis yang mengatakan bahawa baginda Rasulullah SAW. menjawab pertanyaan seorang sahabat yang bertanya mengenai masa Lailatulqadar supaya ianya bersedia dan menghayatinya. Baginda menjelaskan malam Lailatulqadar itu adalah malam 27 Ramadhan. Dari keterangan-keterangan di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa malam Lailatulqadar itu berpindah dari satu tahun ke satu tahun yang lain di dalam lingkungan 10 malam yang akhir dari bulan Ramadhan. Yang pastinya bahawa masa berlakunya malam Lailatulqadar itu tetap dirahsiakan oleh Allah SWT supaya setiap umat Islam menghayati 10 malam yang akhir daripada Ramadhan dengan amal ibadat. Dengan beribadah di sepuluh malam terakhir itu, mudah-mudahan akan dapat menemuinya sebagai bekalan kehidupan akhirat.

Kesimpulan

Sebagai kesimpulannya marilah kita sama-sama menghayati nuzul al-Quran ini sebagai suatu peristiwa besar yang penuh makna dan hikmah. Kita seharusnya melihat al-Quran itu sebagai ‘kitab induk’ panduan Ilmu pengetahuan untuk memajukan manusia seluruhnya. Memajukan manusia yang lebih penting adalah memajukan umat Islam terlebih dahulu melalui penguasaan ilmu pengetahuan dan teknologi. Membaca al-Quran itu adalah suatu ibadah. Sekarang bolehlah kita panjangkan ‘membaca’ al-Quran itu kepada menganalisa, mengkaji, menyelidiki dan mencari rahsia ilmu pengetahuan di dalam al-Quran dan seterusnya menghasilkan penulisan-penulisan yang akhirnya memajukan dunia ini dan khasnya memajukan umat Islam dan seterusnya mengeluarkan umat Islam dari belenggu kelemahan dan penghinaan. Umat Islam juga perlu mempertingkatkan amal ibadah terutamanya mengejar anugerah Tuhan yang tidak terhingga kepada umat Islam akhir zaman. Beribadah di 10 akhir Ramadhan memberikan kita peluang keemasan ganjaran pahala seolah-olah beribadah sepanjang hidup kita iaitu 1000 bulan (sekitar 83 tahun).

Oleh; Dr. Samsu Adabi Mamat
Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam
Universiti Kebangsaan Malaysia

Sunday, September 14, 2008

Maksimumkan Amalan Tingkatkan Kesabaran

Saturday, September 13, 2008

Amalan-amalan Sunat Berpuasa



  • Menyegerakan berbuka puasa apabila telah yakin waktu berbuka.
    Rasulullah s.a.w. bersabda:
    Bermaksud: “Allah berfiman: Hambaku yang lebih Aku cintai adalah mereka yang menyegerakan berbuka”.

  • Makan sahur walaupun sedikit.
    Rasulullah s.a.w. bersabda:
    Bermaksud: “Makan sahur itu berkat, oleh kerana itu jangan kamu tinggalkan, walau hanya sekadar meneguk seteguk air, kerana Allah merahmati orang-orang yang makan sahur dan malaikat mendoakannya”.

  • Melambatkan makan sahur iaitu lepas daripada tengah malam dan sebelum waktu imsak.

  • Berbuka dengan buah kurma atau benda-benda yang manis.

  • Memperbanyakkan membaca Al-Quran.

  • Memperbanyakkan sedekah.

  • Beriktikaf siang hari dalam masjid.

  • Menghadiri majlis-majlis ilmu.

  • Menyediakan makanan untuk berbuka untuk orang-orang berpuasa.

  • Jangan bersugi setelah tergelincir matahari ke arah barat sehingga terbenamnya matahari kerana boleh memakruhkan puasa.

Wednesday, September 10, 2008

Marilah Tingkatkan Ilmu

Ramadan bulan Al-Quran. Al-Quran pula melambangkan ilmu yang memandu kita ke arah kebaikan di dunia dan akhirat. Hanya dengan ilmu, kita dapat berpuasa dengan sempurna. Dengan ilmu juga, kita tahu nilai bulan Ramadan, lantas mendorong kita untuk mengejar segala kebaikan di dalamnya.

Apabila kita baru pelajari sesuatu, kadangkala hati kita berbicara, “Alangkah ruginya aku dahulu, tidak tahu perkara ini adalah baik. Kalau ku tahu, tentu sekali akan aku segera melakukannya.” Begitulah nilai ilmu, ia membantu kita membezakan di antara yang baik atau sebaliknya. Ilmu meninggikan martabat manusia. Dengan ilmu yang kukuh, kita dapat menjalani kehidupan sebagai seorang Muslim dengan yakin dan tenang, walau apapun cabaran yang melintang.

Maka marilah kita usahakan untuk meningkatkan ilmu di bulan mulia ini. Jika kita membaca Al-Quran, pelajarilah juga maknanya. Setiap hari di dalam bulan Ramadan, kita boleh mempelajari sepotong pesanan Baginda Rasulullah S.A.W. buat kita umatnya. Tanamkanlah semangat belajar berterusan, sepanjang hidup. Manfaatkan Ramadan dengan semangat dan azam untuk meningkatkan ilmu bersama.

Tuesday, September 9, 2008

Hapuskan dendam,bersihkan HATI,luruskan niat.


Sedikit mengenai PERIHAL HATI........

Jika kita bergantung penuh pada Allah. kita tidak akan lekas menggelabah. Hati kita akan sentiasa tenang sama ada ketika ditimpa musibah atau ketika mendapat kebaikan.

Bersempena bulan Ramadhan yang mulia ini marilah kita sentiasalah sucikan hati, memohon ampun dan beristighfar padaNya disamping amalan-amalan sunat yang lain.

Hubungan Dengan Allah(HDA)- Ingat Allah.... hati jadi tenang..!

i. Andai hati masih kuat terarah ke dunia yang fana... kita masih hina dalam penilaian Allah.
ii. Andai hati kita masih bimbang/ takut dengan makhluk/manusia.... kita masih belum mengadap Allah dalam erti kata yang sebenarnya.
iii. Andai dalam hati masih terdetik, mengajak untuk beramal..... maknanya bantuan Allah sudah tiba.
iv. Andai hati membuat kita untuk tahu lebih banyak ilmu (mahu belajar).... tandanya Allah hendak kita cenderung padaNya.
v. Andai hati kuat untuk mengadu pada Allah.... seolah-olah pintu dialog dengan Allah telah terbuka.
vi. Andai hati kita kukuh/ kuat menghadapi musibah... tandanya Allah memberi petunjuk pada kita bahawa kita perlu bersabar.
vii. Andai dalam hati dapat menerima segala ketentuan (pahit/manis kehidupan,) ...tandanya Allah redho pada kita.
viii. Andai dalam hati kita dapat menghilangkan kepercayaan selain dari Allah...tandanya kita diperhatikan oleh Allah untuk mengadapNya.

Friday, September 5, 2008

RAMADHAN: BULAN RAHMAT, BERAMAL SOLEH DAN BERPUASA

Bulan Ramadhan benar-benar memberikan pulangan yang besar dan ibarat pasar untuk dagangan ke akhirat। Ditamsilkan juga seperti tanah yang subur untuk bercucuk tanam menuju ke sana. Perbuatan yang hidup dan cergas di dalam bulan ini dikiaskan seperti hujan April yang turun pada musim bunga. Bulan ini juga merupakan festival yang amat mulia bagi orang-orang yang mengabdikan diri kepada tuhannya. (The Risale-i Nur Collection, Letters, The Twenty-Ninth Letter).

Seperti yang diungkapkan Bediuzzaman Said Nursi kepada kita melalui kalimat yang indah ini, bulan Ramadhan mempunyai kuasa suci bagi perayaan umat Islam. Umat Islam yang bertakwa dan hidupnya sentiasa mencari keredhaan Allah tidak akan mengabaikan kewajipannya untuk berpuasa sepanjang bulan ini dengan penuh semangat dan keghairahan.
Puasa, seperti yang diwajibkan Allah "Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa" (Surah al-Baqarah: 183) dan "...berpuasa lebih baik bagimu jika kamu mengetahui" (Surah al-Baqarah: 184) merupakan tugas yang tidak ternilai faedahnya bagi umat Islam। Kewajipan yang dilaksanakan oleh semua umat Islam akan meningkatkan semangat perpaduan di kalangan mereka yang bertebaran di serata alam. Kenyataan ini berdasarkan dengan aktiviti yang dilakukan bersama-sama ini sekaligus menguatkan kekuatan spiritual. Nabi Muhammad s.a.w. juga memperincikan kepentingan Ramadhan seperti berikut:

"Hai manusia! Telah datang kepada kamu satu bulan yang mulia, bulan rahmat... dimana bulan ini mewajibkan kamu berpuasa di siang hari dan sukarela bersolat pada malamnya. Barangsiapa yang mendekati Allah dengan melakukan segala amalan sunat di bulan ini akan menerima ganjaran seperti melakukan amalan wajib di lain hari. Ini merupakan bulan kesabaran dan kesabaran itu imbuhannya syurga. Ini juga bulan sedekah dan bulan dimana rezeki orang beriman bertambah..." (Diriwayatkan Ibn Khuzaymah).


Berpuasa menjadi peluang keemasan bagi orang beriman yang benar-benar takutkan Allah dan kesempatan dimanfaatkan untuk mendekatkan diri pada-Nya. Melaksanakan perintahnya dengan bersabar menahan lapar sepanjang hari selepas melewatkan sahur dan sebelum menyegerakan berbuka menjadi bukti menuntut keredhaan Allah. Disebabkan itulah, orang Islam yang istiqomah mencari keredhaan Allah akan meraikan bulan ini dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan. Sepanjang bulan ini juga umat Islam akan memastikan setiap langkahnya dipenuhi dengan amalan-amalan yang diturunkan Allah selain menunaikan yang diwajibkan.

Tidak kurang juga mereka yang tidak mengamalkan hidup secara Islami di hari lain akan mengubah perilaku dengan berpuasa sepanjang Ramadhan। Ini kerana mereka percaya Allah akan membersihkan dan menyucikan kesalahan mereka dengan menunaikan kewajipan ini. Dengan itu, secara tidak langsung bulan ini bermakna seseorang itu akan mendekati agamanya dan meninggalkan perbuatan buruk yang dilakukannya.

Bulan ini juga sesungguhnya telah menurunkan kadar jenayah dengan peratusan yang tinggi di seluruh negara Islam। Penipuan, pengkhianatan, fitnah dan umpat mengumpat akan ditinggalkan kerana mereka menyedari akan larangan ketika berpuasa. Semangat dan keazaman mereka untuk berfikir dan melakukan perbuatan baik juga meningkat. Dalam erti kata lain, berpuasa seperti memandu mereka untuk berfikir sesuatu yang tidak pernah terlintas langsung di minda mereka. Bagi sesetengah individu pula, bulan ini digunakan untuk berehat sambil melakukan amal yang soleh dan perbuatan mulia.

Di dalam kalimat yang lain, Bediuzzaman Said Nursi menerangkan bagaimana semua pancaindera orang berpuasa beralih arah dalam pengabdian:

Kejayaan yang bermakna ketika berpuasa ialah dengan menjadikan semua pancaindera dan organ seperti mata, telinga, hati, dan fikiran turut sama berpuasa bersama-sama perut। Dengan ini akan mengelakkannya dari melakukan perkara yang sia-sia dan mendorongnya melakukan amalan pengabdian.

Salah satu hikmah dari berpuasa ialah membolehkan seseorang itu menzahirkan kesyukuran di atas segala rahmat yang Allah limpahkan। Musibatlah bagi mereka yang menggunakan sewenangnya rahmat Allah tetapi tidak tahu untuk berterima kasih pada yang memberi. Bagi mereka semua rahmat ini merupakan hak yang memang patut diterimanya. Allah banyak menyarankan kepada hamba-Nya di dalam Al-Quran supaya sentiasa bersyukur di atas rahmat yang dikurnai-Nya. Allah juga berjanji akan melipatgandakan rahmat bagi mereka yang bersyukur.

Orang yang berpuasa juga akan dilindungi Allah dari segala hasutan syaitan untuk melupakan manusia dari bersyukur। Mereka yang tidak pernah merenung untuk berfikir berapa banyak kurniaan yang telah Allah turunkan akan mula mengucapkan syukur berulang kali di atas segala peluang dan kesihatan yang dikecapinya. Bediuzzaman Said Nursi megatakan bahawa berpuasa di bulan Ramadhan adalah "kunci kepada kebenaran, keikhlasan, kemuncak dan kesejagatan syukur".

Tambahan pula, mereka yang berpuasa akan merasai betapa kerdilnya dirinya di hadapan Allah dan memahami betapa perlunya dirinya kepada Allah. Segala desakan nafsunya menjadi lemah dan kesombongannya bertukar luntur. Memetik dari buku Bediuzzaman Said Nursi:

Bulan Ramadhan akan mengubah jiwa naluri seseorang। Dari sekaya-kaya menjadi semiskin-miskin kerana memahami bahawa harta itu bukan miliknya malah kepunyaan semua orang. Dirasakan juga dirinya tidaklah merdeka tetapi adalah hamba. Diketahui sekiranya tidak diterima sebarang arahan, tidak akan berupaya melakukan sebarang kerja mudah dan senang ibarat tidak dapat menyentuhkan tangan ke dalam air.

Selain pelbagai faedah yang diperolehi dari berpuasa, kesabaran juga antara karakter yang boleh dipupuk dan meyakini kesengsaraan itu mendidik untuk memajukan seseorang। Sebab itulah Bediuzzaman Said Nursi mengatakan: "puasa itu merupakan penawar bagi mereka yang kurang kesabaran dan kurang ketahanan walaupun digabungkan masalah dua orang dalam satu individu". Semua ganjaran yang Allah janjikan akan dikurniakan bagi mereka yang memenuhi kewajipan dengan berpuasa untuk meningkatkan keimanan kepada-Nya.

Semua ganjaran ini merupakan balasan di atas ketaatan kepada agama yang dilakukan dengan penuh semangat walaupun orang lain tidak tahu betapa payahnya ketika berhadapan dengan kelaparan ini.Apa yang dijelaskan tidaklah merangkumi semua faedah yang diperolehi dari bulan Ramadhan dan puasa. Ada banyak lagi kebaikan yang tidak kita ketahui atau tidak dihargai tetapi Allah tetap mengurniakannya pada kita di sebalik kewajipan puasa itu.

Thursday, September 4, 2008

Ahlan Ya Ramadhan

“ Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atasmu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas mereka sebelummu agar kamu bertaqwa”.

[ Surah al-Baqarah : 183 ]

Assalamualaikum w.b.t. dan salam muhibbah,

Setinggi-tinggi kesyukuran dirafakkan kepada Allah atas keizinan dan rahmatNya, kita dipanjangkan usia dan dapat bertemu lagi dengan Ramadhan al-Mubarak.

Ibadat puasa adalah latihan rohani bagi mengekang pengaruh syaitan dan nafsu syahwat yang sering mengajak ke arah dosa dan maksiat.Ia melatih setiap anggota tubuh melakukan amal ibadah dan menghindar maksiat.Bukan sahaja setakat bulan Ramadhan malah sepanjang tahun yang mendatang.

Sesungguhnya kedatangan Ramadhan menjanjikan pelbagai tawaran, ganjaran dan kelebihan bagi jiwa, jasad mahupun mental setiap Muslim. Antaranya ialah melalui amalan bersahur, Rasulullah s.a.w telah bersabda, “ Bersahurlah kamu kerana pada sahur itu ada keberkatan ”.Menerusi hadis ini, bersahur dikaitkan dengan keberkatan yang bermaksud rahmat dan keredhaan Allah.

Tidak ketinggalan, amalan sunat seperti bertadarus, solat sunat tarawih dan berqiamullail dapat menambahkan pahala yang berlipat kali ganda di bulan Ramadhan ini. Tambahan pula, tawaran mendapatkan keberkatan malam Lailatulqadar sentiasa terbuka luas.

Menerusi hadis qudsi yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra, telah bersabda Rasulullah s.a.w, “ Allah telah berfirman,Setiap amalan anak Adam itu baginya ( ganjaran pahala yang ada hadnya ), kecuali puasa, kerana sesungguhnya puasa itu untukKu, dan Akulah yang akan memberikan balasannya, dan puasa itu perisai, dan apabila seseorang itu berpuasa, maka janganlah ia mengeluarkan kata-kata lucah dan tidak juga bercakap kasar.Sekiranya ada orang lain yang mengejinya atau ingin berkelahi dengannya, maka katakanlah: Sesungguhnya aku berpuasa. Dan demi jiwa Muhammad di tangan Nya, sesungguhnya bau mulut orang yang berpuasa lebih wangi daripada haruman kasturi, untuk orang yang berpuasa itu dua kegembiraan : ketika dia berbuka, satu kegembiraan baginya, dan tatkala dia bertemu dengan Tuhannya, dia akan gembira dengan ibadah puasanya “.( Riwayat al-Bukhari dan Muslim ).

Justeru, marilah kita tingkatkan mutu dan kualiti ibadah puasa kita. Mudah-mudahan objektif ketaqwaan daripada ibadah puasa ini benar-benar dapat dicapai dan dihayati. Rebutlah setiap masa dan peluang di bulan penuh keberkatan ini untuk melakukan amal ibadah kerana kita tidak tahu sama ada kita akan bertemu semula dengan Ramadhan atau sebaliknya.

“ SEIRING BERSAMA PMAPIUM “

IZZAT AMIN MOHD NASIR
YDP PMAPIUM 08/09

Wednesday, September 3, 2008

Agenda Bulan Ramadhan 1429 H


Alhamdulillah marilah kita mengatur rasa bersyukur kerana berpeluang untuk menikmati perasaan untuk berada di dalam Bulan Ramadhan pada tahun ini. Inilah peluang untuk membersihkan diri dan mendidik hati agar terus mentaati segala perintah Allah SWT dan meninggalkan segala laranganNya. Sukarlah saya memfokuskan peringatan kepada perancangan pada Bulan Ramadhan bagi tujuan peningkatan diri dan mengembangkan potensi untuk menjadi hamba Rabbani. Ada beberapa perkara yang perlu kita lihat dan check dalam senarai semak perancangan Ramadhan kita. Kita lihat sama-sama :

1] Niat – Pasang niat dan berazam untuk menjadikan Ramadhan ini yang terbaik.
2] Banyakkan bertaubat dan istighfar. Memohon agar Allah SWT ampun segala dosa.
3] Al-Qur’an – Memperbanyakkan membaca Al-Quran. Tadabbur dan hayati makna.
4] Zikrullah sentiasa dilazimi dimana sahaja kita berada.
5] Jadikan Ramadhan sebagai Bulan Dakwah.
6] Solat Sunat Tarawih diperbanyakkan dan kalau boleh jangan ditinggalkan.
7] Banyakan bersabar dan bersabar.
8] Latih untuk banyak berinfaq.
9] Pergiatkan ibadah pada 10 malam terakhir dan beriktikaf.
10] Jaga kesihatan dengan baik. Kurangkan makan dan minum.

Sedikit Pesanan : “ Jadilah Hamba Allah bukannya Hamba Ramadhan.”

Tuesday, September 2, 2008

Ingatan untuk mendapat yang TERBAIK


Boleh Save dan print dan edarkan kepada rakan-rakan..



Monday, September 1, 2008

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak


Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak kepada semua warga APIUM daripada Persatuan Mahasiswa Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya(PMAPIUM)

Sunday, August 31, 2008

Hakikat Merdeka

Assalamualaikum w.b.t dan salam kemerdekaan,

Tanggal 31 Ogos menjelma lagi. Tarikh keramat yang saban tahun mengisi kalendar sebagai tarikh kemerdekaan tanah air tercinta kita, iaitu Malaysia.Pelbagai kejayaan,kegemilangan dan perubahan telah dilakar seiring usia kemerdekaan yang menganjak ke 51 tahun ini.

Maka, sejajar dengan kematangan usia ini seharusnya bangsa Malaysia khususnya umat Islam tidak terleka,cuai atau lalai dalam arus globalisasi masa kini. Kemerdekaan yang kita kecapi kini bukan sahaja perlu dipertahankan malah kita perlu mengelakkan dari ancaman penjajahan fizikal, pemikiran dan jiwa. Bukan sahaja sekadar sambutan kemerdekaan dengan mengibarkan Jalur Gemilang untuk tempoh tertentu, siaran program dan rancangan televisyen berkaitan kemerdekaan, konsert-konsert hiburan dan laungan ‘merdeka’ di Dataran Merdeka semata-mata. Oleh itu, peluang mengecapi kebebasan ini wajib diisi dan dihayati dengan bijaksana dan penuh kebertanggungjawaban.

Selaku mahasiswa Islam, kita tidak boleh lari dari hakikat bahawa masyarakat mengharapkan kita untuk menjadi pencorak masa hadapan yang lebih gemilang. Namun, siapa yang harus dipersalahkan apabila wujud segelintir mahasiswa Islam yang menonjolkan imej bangsa penjajah, mengamalkan gaya hidup dan pemikiran Barat, terjebak dengan dunia dadah dan pelacuran lantas hilang langsung identiti serta semangat cintakan Allah dan rasulNya.Kita susuri kembali hakikat sebenar merdeka bagi seorang muslim.Hakikat sebenar merdeka itu adalah apabila seorang muslim itu tunduk dan patuh kepada perintah Allah .Di dalam hatinya hanya ada Allah. Merdeka bagi seorang muslim adalah apabila dia berjaya memerdekakan dirinya daripada perhambaan kepada manusia yang zalim dan tuntutan-tuntutan duniawi yang melalaikan. Malah merdeka bagi seorang muslim juga adalah apabila menjadi ’abdun yang soleh dan berjaya menundukkan dirinya kepada Allah s.w.t.

Justeru itu, marilah kita membina kehebatan dalam nilaian dan pandangan Allah.Apalah gunanya kita membina kehebatan dan kemerdekaan di mata manusia,sedangkan di pandangan Allah kita merupakan insan yang jelik dan hina di atas jenayah, dosa dan noda yang kita lakukan di atas muka Bumi ini. Akhir kata, renung-renungkan kembali dan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-51.

“ SEIRING BERSAMA PMAPIUM”

IZZAT AMIN BIN MOHD NASIR

YDP PMAPIUM SESI 08/09

Wednesday, August 27, 2008

Mencari Erti Merdeka di Bulan Ramadhan

“Adik..apa maksud merdeka?” saya bertanya seorang budak berusia lingkungan 8 tahun.

“Merdeka?.. Hmm.. Negara bebas dari penjajah.” Jawabnya.

“Encik, apa erti kemerdekaan bagi rakyat negara kita?” soal saya kepada seorang pemandu teksi pula.

“Negara kita merdeka dari belenggu penjajahan. Kita tahu, sebelum ini penjajah British dan Inggeris telah menguasai Tanah Melayu. Pemimpin-pemimpin kita berjaya mendapat kemerdekaan tanggal 31 Ogos 1957. Perjuangan mereka mendapatkan kemerdekaan perlu dihargai..”

Dua soalan saya tanya pada dua individu berbeza. Satu soalan pada generasi pasca-merdeka, dan satu lagi kepada generasi sebelum merdeka.

Jawapannya berlainan.


Kita selalu mendengar cakap-cakap, khususnya dari pemimpin negara atau generasi yang sudah melewati fasa-fasa kemerdekaan (lahir lebih kurang pada 1940-an), katanya generasi sekarang tidak faham apa erti merdeka yang sebenar. Sebabnya, mereka tidak mengharungi jerih-payah orang-orang dulu memperjuangkan tanah air dari penjajahan.

Orang dulu rasa makan ubi kayu dengan gula. Minum kopi pahit dan rasa penampar Jepun. Tapi generasi sekarang tidak.

Bagi generasi ‘lama’ ini, dengan menghayati susah payah ini (yang mengalaminya) adalah orang yang paling faham maksud kemerdekaan.

Saban tahun, bila menjelangnya ulangtahun ini, media massa akan memutarkan dokumentari perjuangan tokoh-tokoh kemerdekaan. Pastinya yang terpapar adalah suara laungan ‘Merdeka!’ Tunku Abdul Rahman, peperangan Mat Kilau menentang orang putih dan Tragedi Bukit Kepong.

Makna Merdeka Sebenar

Dr Burhanuddin al-Helmi mengungkapkan dalam pantun pusakanya yang masyhur:

Di atas robohan Kota Melaka;
Kita Dirikan Jiwa Merdeka;
Bersatu padulah segenap baka;
Membela hak keadilan pusaka.

Adakah dengan kejayaan menghalau penjajah kulit putih,sudah dianggap merdeka?


Inikah maksud merdeka?


Atau juga dengan berjaya membentuk pemerintahan sendiri juga adalah bebas merdeka?

Dahulunya, kita menderita dengan ketakutan, di mana askar-askar Jepun yang akan memenggal kepala orang-orang yang ingkar dengan perintah mereka. Begitu jua pemerintahan British yang merampas hak-hak orang Melayu dan ketuanan rakyat Tanah Melayu. Rakyat dipaksa bekerja berat, anak-anak gadis takut dan bimbang diperlakukan penjajah.

Apa beza dahulu dengan kini?

Bukankah kini, rakyat juga sering diselubungi ketakutan dan kebimbangan dengan kes-kes dan tragedi ngeri berlaku di sana sini. Pembunuhan, rogol, buang anak, pecah rumah, kecurian, rompak dan macam-macam lagi.

Apa erti merdeka sebenarnya?

Belajar Erti Merdeka pada Ramadhan

Ramadhan kali ini datang selepas kemerdekaan. Untungnya rakyat Malaysia dapat bercuti dua hari.

Bulan Rejab sudah lama berlalu. Kini, Syaaban mula mahu beransur pergi. Yang mengganti, bulan Ramadhan. Namun, itu tidak pasti lagi, kerana ia masih belum menjelma. Cuma doakan kita bisa ketemuinya.

Apa yang pasti, sudahkah kita bersedia menyambutnya seperti hebatnya persiapan menyambut ulangtahun kemerdekaan?

Yang penting, kita boleh dapat banyak pengajaran dalam bulan yang mulia ini. ‘Sekolah’ yang mendidik jiwa dan perangai. Membaiki paradigma dan kebebasan. Inilah makna kemerdekaan sebenar.

Bebas dari hawa nafsu. Merdeka dari pemikiran yang bertuhankan emosi dan kejahatan. Jauhkan diri dari akhlak dan moral yang buruk dan terkutuk. Membina jati diri bagi jiwa yang benar-benar merdeka.

Semoga kemerdekaan yang disambut dirai dengan jiwa kebebasan dan kemerdekaan Ramadhan yang mulia..

Salam Kemerdekaan ke-51, dan
Salam Ramadhan 1429.
Mohd Aizat Bin Saleh
AJK Kesenian dan Kreativiti PMAPIUM

Monday, August 25, 2008

Marhaban Ya Ramadhan

Marhaban Ya Ramadhan.... Marhaban barasal dari kata rahb yang berarti luas atau lapang. Marhaban menggambarkan suasana penerimaan tetamu yang disambut dan diterima dengan lapang dada, dan penuh kegembiraan. Marhaban ya Ramadhan (selamat datang Ramadhan), mengandungi arti bahwa kita menyambut Ramadhan dengan lapang dada, penuh kegembiraan, tidak dengan keluhan.


Rasulullah sendiri senantiasa menyambut gembira setiap datangnya Ramadhan. Dan berita gembira itu disampaikan pula kepada para sahabatnya seraya bersabda:
“Sungguh telah datang kepadamu bulan Ramadhan, bulan yang penuh keberkatan. Allah telah memfardlukan atas kamu puasanya. Di dalam bulan Ramadhan dibuka segala pintu surga dan dikunci segala pintu neraka dan dibelenggu seluruh setan. Padanya ada suatu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Barangsiapa tidak diberikan kepadanya kebaikan malam itu maka sesungguhnya dia telah dijauhkan dari kebajikan” (Hr. Ahmad)


Marhaban Ramadhan, kita ucapkan untuk bulan suci itu, karena kita mengharapkan agar jiwa raga kita diasah dan diasuh guna melanjutkan perjalanan menuju Allah swt. Perjalanan menuju Allah swt itu dilukiskan oleh para ulama salaf sebagai perjalanan yang banyak ujian dan tentangan. Ada gunung yang harus didaki, itulah nafsu. Digunung itu ada lereng yang curam, belukar yang hebat, bahkan banyak perompak yang mengancam, serta iblis yang merayu, agar perjalanan tidak dilanjutkan. Bertambah tinggi gunung didaki, bertambah hebat ancaman dan rayuan, semakin curam dan ganas pula perjalanan.


Tetapi, bila tekad tetap membaja, sebentar lagi akan tampak cahaya benderang, dan saat itu akan tampak dengan jelas rambu-rambu jalan, tampak tempat-tempat yang indah untuk berteduh, serta telaga-telaga jernih untuk melepaskan dahaga. Dan bila perjalanan dilanjutkan akan ditemukan kendaraan Ar-Rahman untuk mengantar sang musafir bertemu dengan kekasihnya. Untuk sampai pada tujuan tentu diperlukankan bekal yang cukup. Bekal itu adalah benih-benih kebajikan yang harus kita tabur didalam jiwa kita. Tekad yang keras dan membaja untuk memerangi nafsu, agar kita mampu menghidupkan malam Ramadhan dengan shalat dan tadarrus, serta siangnya dengan ibadah kepada Allah melalui pengabdian untuk agama.
.
Exco Kesenian Dan Kreativiti

Tuesday, August 12, 2008

Harapanku kepadaMu Subur Kembali


Kehidupan yang kita alami pada saat ini merupakan anugerah Allah SWT yang amat besar ertinya kepada kita. Kehidupan ini tandanya kasih sayang Allah SWT kepada kita dan kita sedang HIDUP di alam kehidupan ini sama ada makhluk hambaNya yang beriman atau kuffur kepadaNya.

Kehidupan ini hilang serinya tanpa diwarnai dengan pelbagai ujian, cabaran dan mehnah yang pelbagai. Ujian yang silih berganti ini banyak menimpa kita sebagai cubaan iman bagi orang-orang yang beriman. Ujian itu hadir dalam pelbagai bentuk dan rupa bentuk. Ketika ini, rasa hangat air mata ini kerana rasa bersalah dan berdosa terhadap Allah SWT. Lihat diri kita, lihatlah jasad kita ini, bukankah kita ini hamba yang terlalu KERDIL? Bukankah kita ini terlalu HINA? Bukankah kita ini terlalu DHAIF?

Tetapi kenapa kita terlalu EGO? Kenapa kita selalu mengingkari arahanNya. Kenapakah kita ini terlalu ANGKUH? Sedangkan kita ini tiada apa-apa..Kenapakah kita selalu begini??

Inilah manusia, inilah rupa gaya insan yang berlagak sombong dihadapan Allah SWT. Rakan-rakan sekalian, ketika menulis catatan perkongsian ini saya berada dalam rasa diri ini terlalu banyak salah, banyak dosa kepada Rabbul Alami. Lantas monolog ringkas ini terbit dari sanubari sebagai sesalan yang tiada kesudahan..Ya Allah, terimalah aku kerana aku yakin Harapanku kepadaMu akan subur kembali…

Wahai Tuhan ku yang Esa, bila terkenangkan dosa ku betapa rasa gerunnya hati ini untuk berhadapan denganMu. HambaMu rasa berputus asa, siapakah yang dapat membersihkan diri dari segala dosa yang memburu setiap hari setiap ketika??

Tika mengenangkan AmpunanMu Ya Allah, putus asa tiada lagi semangat kupulih semula dan harapan ku subur kembali. Harapan ku itu menggunung agar aku menjadi hamba Mu yang taat kepada Mu.

Ujian menimpa menekan jiwa dan aku tak sanggup meneruskan perjuangan ini. Ku harapkan Mehnah Mu sebagai penghapus dosaku. Ya Allah terimalah aku sebagai HambaMu, hamba yang merendahkan diri untuk mendambakan kasih dan cinta Mu.

Wahai Tuhan ku yang Esa, bila aku terkenangkan QaharMu rasa gerun dihatiku kerana takutkan seksaanMu.

Diwaktu mengenang RahmatMu, terasa diri ini kurang bersyukur kepadaMu, Aku lalai dengan dunia yang Engkau pinjamkan kepadaku. Aku bermain-main dengan duniaMu sehingga aku lupa akan AkhiratMu.

Alangkah susahnya mendidik nafsu ku sehingga aku tidak dapat melihat kebenaranMu, Ya Allah bantulah hambaMu dalam mendidik jiwaku ini. Jangan Engkau biarkan aku dalam kesesatan tanpa bimbinganMu.

Apabila saat kematian tiba tanpa taubat, aku bimbang nasibku di akhirta kelak. Aku terkenang akan dosaku kepada ibu bapaku, sikap aku terhadap adik-adik, rakan-rakan dan paling aku bimbangkan DOSA aku kepadaMu…

Ya Allah, berilah aku PELUANG untuk bertaubat kepadaMu, lembutkanlah hati aku yang keras dan hitam ini. Berikanlah rasa kasih dan cintaKu hanya kepadaMu.

Ya Allah, terimalah aku sebagai HAMBAMU..Terimalah kerana aku yakin AmpunanMu sentiasa mengiringi langkahan taubatku ini..


Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya

PMAPIUM ©Template Blogger Green by Dicas Blogger.

TOPO