Asalamualaikum kepada semua pengunjung blog ini.. semoga blog ini sedikit sebanyak mmberi manfaat kepada anda.. Insyaallah.

Sunday, November 27, 2011

”PERUBAHAN BUKAN SUATU PILIHAN TAPI SUATU KEMESTIAN”






Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum dan salam maal hijrah buat semua warga APIUM yang dikasihi kerana Allah. Saya mulakan bicara dengan sabda Rasulullah s.a.w ketika baginda menggali Parit Khandaq:

“Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenternya adalah sebaik-baik tentera…”
(riwayat Imam Amad)

‘Perubahan’ realitinya akan mengalami kesusahan dan memerlukan tadhiyah (pengorbanan). Namun, segelintir manusia kini lebih senang memilih jalan untuk terus hidup susah berbanding memilih jalan untuk melakukan perubahan agar nikmat kesenangan akan dirasai kelak.

Di dalam sejarah ada merekodkan, hijrah Rasulullah s.a.w dan umat Islam ke Madinah merupakan ‘turning point’ dalam mengajar kita erti perubahan. Yang mana, berubah daripada Islam yang direndah,dihina kepada Islam yang dihormati dan disanjungi. Namun, di dalam realiti Rasulullah dan para sahabat mengangkat tinggi Islam, tidak lari daripada kesusahan dan cabaran.

Ketika para sahabat dan umat Islam sakit dan penat dalam menghadapi ancaman kafir Quraish, lahir di bibir Rasulullah hadis yang saya bawakan di permulaan bicara tadi. Nabi Muhammad s.a.w memotivasikan para sahabat dan umat Islam dengan cara membawa janji yang pada pemikiran umat ketika itu adalah mustahil. Hal ini kerana, pada ketika itu umat Islam sedikit dan lemah. Mana mungkin negara sebesar Constantinopel itu berjaya ditakluk. Namun, janji Allah dan rasulNya tidak pernah berbohong. Pada tanggal 29 OGOS 1521M, Constantinopel akhir jatuh ke tangan umat Islam yang mana nabi Muhammad s.a.w ada menyebut ketuanya adalah sebaik-baik ketua dan tenteranya sebaik-baik tentera,selepas melalui banyak kali kegagalan. Bukan satu atau dua tahun, malah 800 tahun kemudian barulah kita dapat melihat janji nabi itu tertunai.

Begitu juga realiti kita sebagai mahasiswa, jangan takut dalam melakukan perubahan. Berubah menjadi mahasiswa yang lebih bermotivasi tinggi di dalam akademiknya, mahasiswa yang bangun dalam membawa agenda dakwah dan mahasiswa yang peka dalam mendepani realiti semasa. Tapi perlu diingat, sesuatu kejayaan memerlukan keazaman yang tinggi dan keyakinan yang kuat kepada Allah. Menyingkap kepada kisah kejayaan Sultan Muhammad Al-Fateh dan tenteranya dalam agenda menawan Constantinopel, kejayaan yang diperoleh adalah hasil pembelajaran daripada kegagalan-kegagalan sebelum itu. Maka, tidak mustahil bagi kita sebagai mahasiswa untuk mencapai kejayaan. Pacakkan azam dan semangat, luruskan niat, insyaallah kejayaan pasti akan dimilki.

Akhir kalam, marilah kita sama-sama melakukan perubahan dan mentransformasikan diri kepada yang lebih baik. Waallaula'lam...



MOHD AFIFI BIN ISMAIL
YDP PERSATUAN AKADEMI PENGAJIAN ISLAM UNIVERSITI MALAYA (PMAPIUM)

Ayuh bersama kami dlm 'MINGGU PENGHAYATAN ILMU'




PMAPIUM ©Template Blogger Green by Dicas Blogger.

TOPO