Asalamualaikum kepada semua pengunjung blog ini.. semoga blog ini sedikit sebanyak mmberi manfaat kepada anda.. Insyaallah.

Friday, August 5, 2011

Ramadhan 6 : Amalan Membazir


Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...

Begitu cepat masa berlalu dan hari ini masuk ramadhan yang ke-6 umat Islam berpuasa.Dalam kita menjalani ibadah puasa ini pelbagai ujian yang datang bagi menguji kesabaran dan keteguhan iman kita bagi melaksanakan segala perintah Allah di atas muka bumi ini. Islam mengajar agar kita lebih memanfaatkan sebaik-baik masa yang ada ini dengan amalan-amalan yang berguna untuk bekalan di akhirat kelak.Antara salah satunya ialah amalan pembaziran.

Firman Allah :
إِن
َّ الْمُبَذِّرِينَ كَانُوا إِخْوَانَ الشَّيَاطِينِ وَكَانَ الشَّيْطَانُ لِرَبِّهِ كَفُورًا

Maksudnya:"Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya." (Surah al-Israa : 27)

Dalam ayat tersebut amalan membazir itu amat hina sehinggakan Allah mempersaudarakan orang yang membazir itu dengan syaitan.Disini kita dapat lihat seseorang yang membazir itu ada perasaan takabbur dan riak.Seseorang itu tidak akan membazir melainkan dia merasakan dirinya mempunyai kelebihan dan sifat takabur juga ada pada syaitan laknatullah.


"Tidak akan masuk syurga seseorang yang dalam hatinya ada sebesar zarah rasa takabbur"

[Sahih Muslim : Book of Faith, 166]

Ibnu al-Qayum al-Jauziah mengatakan terdapat 9 bentuk pembaziran yang sering dilakukan manusia antaranya:

1. Pembaziran ilmu pengetahuan - iaitu membazir jika tidak diamalkan pada jalan kebaikan.

2. Pembaziran amalan - iaitu membazir jika tidak dilakukan dengan hati yang ikhlas

3. Pembaziran kekayaan - iaitu membazir jika dibelanjakan pada perkara yang tidak bermanfaat dan tidak diredai Allah s.w.t.

4. Pembaziran hati - iaitu membazir jika kosong daripada kasih kepada Allah s.w.t.

5. Pembaziran tubuh badan - iaitu membazir jika tidak digunakan untuk beribadah kepada Allah s.w.t.

6. Pembaziran cinta - iaitu membazir jika dicurahkan kepada selain Allah atau melebihi cinta kepada-Nya.

7. Pembaziran masa - iaitu membazir jika tidak diurus dengan sebaiknya.

8. Pembaziran akal - iaitu membazir jika tidak memikirkan sesuatu yang bermakna kepada Agama.

9. Pembaziran zikir - iaitu membazir jika tidak memberi kesan kepada hati.


oleh itu alagkah baiknya jika kita membanteras amalan pembaziran yang keji itu dengan menggalakkan amalan kebajikan seperti bersedekah kepada orang yang miskin.sedikit bantuan atau sumbangan yang kita hulurkan kepada golongan yang tidak berada, ada ganjaran pahala disediakan di sisi Allah.InsyaAllah =) Wallahua'alam.




Thursday, August 4, 2011

5 Ramadhan : Kenapa Tidak Bersedekah?


Rasulullah (SAW) menjelaskan tentang bulan yang penuh barokah ini sebagai "pembukaannya adalah rahmat, pertengahannya ampunan, dan penutupnya adalah pembebasan dari api neraka." Di bulan ini pula segala amalan yang baik mendapat pahala yang berlipat ganda. Sahabat selalu merindukan datangnya Ramadhan, dan merasa kehilangan saat Ramadhan berakhir.



Maka, salah satu saat terbaik memperbanyakkan sedekah, adalah di bulan Ramadhan. Rasulullah SAW sendiri memberikan teladan dengan memperbanyak bersedekah di bulan ini. Ibn Abbas r.a, meriwayatkan, "Rasul saw adalah orang yang paling pemurah, lebih-lebih di bulan Ramadhan." Sedemikian pemurahnya hingga Ibn Abbas r.a menggambarkannya sebagai "lebih pemurah daripada angin yang bertiup."



Tentang ganjaran bersedekah sendiri dalam berbagai riwayat hadis Rasulullah SAW telah menyatakan, Rasulullah S.A.W menganjurkan kepada kita umatnya untuk memperbanyakan sedekah, hal itu dimaksudkan agar rezeki yang Allah berikan kepada kita menjadi bertambah berkat.



Allah memberikan jaminan kemudahan bagi orang yang bersedekah, ganjaran yang berlipatganda (700 kali) dan sebagai ganti, sebagaimana firman-Nya dan sabda RasuluAllah SAW, sbb :

Allah Ta’ala berfirman, ” Adapun orang yang memberikan (hartanya di jalan Allah) dan bertaqwa dan membenarkan adanya pahala yang terbaik (syurga) maka Kami kelak akan menyiapkan baginya jalan yang mudah” . {Qs. Al Lail (92) : 5-8}



Allah Ta’ala berfirman, “Perumpamaan ( nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh bulir, pada tiap-tiap bulir seratus biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah maha luas (kurnia-Nya) lagi maha mengetahui” . {Qs. Al Baqarah (2) : 261}



RasulAllah SAW bersabda, ” Setiap awal pagi, semasa terbit matahari, ada dua malaikat menyeru kepada manusia dibumi. Yang satu menyeru, “Ya Tuhan, kruniakanlah ganti kepada orang yang membelanjakan hartanya kepada Allah”. Yang satu lagi menyeru ” musnahkanlah orang yang menahan hartanya” .




Di dunia, mereka yang bersedekah akan dimurahkan rezeki oleh Allah dalam kehidupannya. Faedah ini dijelaskan oleh Jabir Abdullah katanya: “Rasulullah berucap kepada kami, sabdanya: Wahai umat manusia, bertaubatlah kepada Allah sebelum kamu mati dan segeralah mengerjakan amal salih sebelum kamu sibuk (dengan yang lain), dan hubungkan apa yang ada di antara kamu dengan Tuhan kamu dengan sentiasa mengingatinya dan banyakkan bersedekah secara bersembunyi atau terang-terangan, nescaya kamu diberi rezeki yang mewah, diberi kemenangan (terhadap musuh dan digantikan dengan apa yang kamu dermakan itu dengan balasan yang berganda-ganda.” (riwayat Ibnu Majah)




Dosa seseorang itu dihapuskan Allah. Hal ini dijelaskan oleh Jabir bahawa ia mendengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sembahyang itu dapat mendampingkan diri dengan rahmat Allah dan membawa keredaan-Nya, dan puasa menjadi perisai kejahatan, manakala sedekah pula menghapuskan dosa seperti air memadam api.” (riwayat Abu Ya’la)



Bagaimanapun bersedekahlah kerana Allah bukan kerana sebab untuk berasa riak atau menunjuk-nunjuk. Sebaik-baiknya apa yang disedekahkan oleh tangan kanan tidak akan diketahui oleh tangan kiri, begitu juga sebaliknya dan ketika masih hidup hendaklah kita sentiasa bersedekah dan membuat amal, khususnya pada perkara yang diberi ganjaran pahala berkekalan hingga ke hari akhirat.

Tuesday, August 2, 2011

2 Ramadhan: Tazkirah Rasulullah s.a.w Menjelang Ramadhan


Assalamualaikum sahabat-sahabat...

Alhamdulillah segala puji dan syukur kita panjatkan kepada Allah swt kerana masih memberi peluang kepada kita merasai nikmatnya bulan Ramadhan ini. Sayu hati ini apabila mengingatkan sudah dua hari Ramadhan yang pertama pergi meninggalkan kita. 28 hari yang masih berbaki ini, berdoalah semoga kita masih diberi kesempatan untuk bersamanya. Merasai kemuliaannya serta berlumba-lumba untuk melakukan amal ibadah. Penulis mengambil kesempatan mengimbau sumber-sumber serta maklumat untuk dikongsi bersama sahabat-sahabat.. Mungkin ada antara kita yang sudah mengetahui perkara ini, anggaplah ini sebagai peringatan atau perkongsian semula untuk kita ambil iktibar dan sebagai renungan betapa cintanya Rasulullah saw kepada kita ummat baginda. Sungguh kata-kata baginda adalah wahyu. Biarpun ianya dilafaz Rasulullah seribu empat ratus tahun dahulu, namun kita masih merasai kemanisannya. Bagaikan baginda ada bersama kita saat membaca tazkirah Rasulullah saw menjelang Ramadhan.

WAHAI MANUSIA, sudah datang kepada kalian bulan Allah dengan membawa keberkatan rahmat dan keampunan. Bulan yang paling mulia di sisi Allah Hari-harinya adalah hari-hari yang paling utama. Malam-malamnya adalah malam yang paling utama.Jam demi jamnya adalah jam-jam yang paling utama.


Inilah bulan ketika kamu diundang menjadi tetamu Allah dan dimuliakan olehNya.Di bulan ini nafas-nafasmu menjadi tasbih,tidurmu menjadi ibadah,amal-amalmu diterima dan doa-doamu dimakbulkan. Mohon kepada Allah,Tuhanmu dengan niat yang tulus dan hati yang suci agar Allah membimbingmu bagi melaksanakan puasa dan membaca kitab-Nya.

Malang bagi orang yang tidak mendapat keampunan daripada Allah di bulan yang agung ini.Kenang dengan rasa lapar dan hausmu,kelaparan dan kehausan di hari kiamat. Bersedekahlah kepada fakir miskin. Muliakan orang tuamu,sayangi yang muda,sambungkan tali persaudaraanmu,peliahara lidahmu,kawal pandanganmu dari apa yang tidak halal bagi kamu memandangnya dan kawal pendengaranmu dari apa yang tidak halal bagi kamu mendengarnya. Kasihi anak-anak yatim,nescaya dikasihi manusia anak-anak yatimmu.

Bertaubatlah kepada Allah dari dosa-dosamu.Angkat tangan-tanganmu untuk berdoa pada waktu solatmu kerana itu adalah saat yang paling utama ketika Allah memandang hamba-hamba-Nya dengan penuh kasih sayang:Dia menjawab permintaan mereka ketika mereka menyeru-Nya,menyambut mereka ketika memanggil-Nya dan mengabulkan doa mereka ketika mereka berdoa kepada-Nya.
Wahai manusia! Sesungguhnya diri-dirimu tergadai kerana amal-amalmu,bebaskan ia dengan Istighfar.Belakangmu berat kerana beban dosamu,ringankan dengan memanjangkan sujudmu.

Ketahuilah ,Allah Taala bersumpah dengan segala kebesaran-Nya,Dia tidak akan mengazab orang yang solat dan sujud,dan tidak akan mengancam mereka dengan neraka pada hari manusia berdiri di hadapan Tuhan seluruh alam.

Wahai manusia! Siapa diantara kamu memberi jamuan berbuka puasa kepada orang Islam yang berpuasa pada bulan ini,di sisi Allah nilainya sama dengan membebaskan seorang budak dan dia diberi keampunan atas dosa-dosa yang lalu.
Seorang sahabat bertanya,”Ya Rasulullah,Tidaklah kami mampu berbuat demikian,”
Rasulullah meneruskan khutbahnya,”Pelihara dirimu dari api neraka walaupun hanya dengan sebiji kurma.Pelihara dirimu dari api neraka walaupun hanya dengan seteguk air,”

Wahai manusia! Siapa yang membaguskan akhlaknya di bulan ini,ia akan berhasil melewati Sirat al-Mustaqim pada hari ketika kaki-kaki tergelincir.siapa yang meringankan pekerjaan orang yang dimiliki tangan kanannya (pegawai @pembantu) di bulan ini,Allah akan meringankan pemeriksaan-Nya di hari kiamat.Siapa menahan sikap buruknya di bulan ini,Allah akan menahan kemurkaan-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya.

Siapa memuliakan anak yatim pada bulan ini,Allah memuliakannya pada hari ia berjumpa dengan-Nya. Siapa menyambungkan tali persaudaraan pada bulan ini,Allah akan menghubungkannya dengan rahmat-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya. Siapa memutuskan kekeluargaan di bulan ini, Allah akan memutuskan rahmat-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya. Siapa melakukan solat sunat di bulan ini,Allah akan menuliskan baginya kebebasan dari api neraka. Siapa yang melakukan solat fardhu,baginya ganjaran seperti melakukan 70 solat fardhu pada bulan yang lain.

Siapa memperbanyakkan selawat kepadaku di bulan ini,Allah akan memberatkan timbangannya pada hari ketika timbangan menjadi ringan.ganjarannya sama seperti mengkhatamkan al-Quran pada bulan-bulan yang lain.

Wahaii manusia! Sesungguhnya pintu-pintu syurga dibukakan bagimu, maka mintalah kepada Tuhanmu agar tidak pernah menutupkannya bagimu. Pintu-pintu neraka tertutup, maka mohonlah kepada Rabbmu untuk tidak akan pernah dibukakan bagimu. Setan-setan terbelenggu, maka mintalah agar ia tak lagi pernah menguasaimu.”


Penulis memohon maaf kerana sumber tazkirah Ramadhan di atas hanyalah hasil selakan dari laman-laman internet, bukanlah diambil dari buku atau sumber primer. Tetapi penulis tetap merasakan perlunya penulis berkongsi tazkirah ini dengan sahabat semua. Sunnguh kesempatan kita menjalani Ramadhan kali ini wajiblah disyukuri, perginya ditangisi.. Marilah sama-sama kita tekun dalam ibadah-ibadah seperti tadarus, solat jemaah, qiamullail, solat dhuha dan sebagainya. Samada ibadat umum atau khusus yang kita lakukan itu, semoga ikhlas mengiringi... Ameen..

"Fastabiqul khairat"

Salam Ramadhan 1432 H



Monday, August 1, 2011

1 Ramadhan : Schedule Ramadhan 1432 H



Persediaan

Cara

Iman

1. Taubat yang benar (Istighfar, meninggalkan maksiat).



2. Mujahadah menghabiskan 1 juzuk al-Quran setiap hari.



3. Mujahadah bangun Qiamullail beberapa

kali seminggu.



Ilmu

1. Membaca/belajar buku Feqah Puasa dengan lengkap beserta kelebihan, rahsia, dan tafsiran ayat Al-Quran yang berkait dengan puasa.



2. Membaca buku-buku penyucian jiwa.



3. Mendengar ceramah-ceramah tentang Ramadhan.



4. Mengulangkaji surah-surah yang telah dihafal, sebagai persediaan solat samada sebagai imam atau makmun di bulan Ramadhan.



Dakwah

1. Bersedia untuk memberi tazkirah/ceramah tentang kelebihan dakwah di bulan Ramadhan.



2. Menghadiri majlis ilmu di masjid-masjid samada sebagai penceramah atau pendengar.



3. Mengingatkan orang lain tentang kepentingan membuat persediaan untuk Ramadhan.



4. Memberi hadiah Ramadhan kepada rakan-rakan dengan tujuan mendekatkan diri dan mereka kepada Allah.



5. Menyediakan risalah/majalah kecil untuk jiran-jiran tentang persediaan menyambut Ramadhan.



Keluarga

1. Membuat persediaan bersama seluruh ahli keluarga untuk menyambut Ramadhan terutama dari aspek iman dan ilmu.



2. Membaca buku berkaitan Ramadhan bersama-sama.



Keazaman

1. Membuka lembaran amalan baru yang jauh lebih baik.



2. Menjadikan hari-hari dalam bulan ini, lebih baik dari hari-hari biasa.



3. Sentiasa memakmurkan rumah Allah, pada setiap solat fardhu dan iktikaf.



4. Membersihkan puasa dari perkara yang merosakkannya seperti mengumpat.



5. Sentiasa berlapang dada.



6. Menghadirkan niat untuk amal soleh di bulan puasa.



Jihad

1. Merealisasikan matlamat ‘Bersungguh-sungguh melawan nafsu’.



2. Menahan diri dari berlebihan dalam perkara harus (makan, pakaian, tidur).



3. Menjaga lidah dari berkata keji, mengumpat, dan mencaci.



4. Menahan syahwat dari perkara yang haram.



5. Membuat semakan amalan di bulan Ramadhan tentang segala yang dibincangkan di atas.



PMAPIUM ©Template Blogger Green by Dicas Blogger.

TOPO