Asalamualaikum kepada semua pengunjung blog ini.. semoga blog ini sedikit sebanyak mmberi manfaat kepada anda.. Insyaallah.

Tuesday, August 12, 2008

Harapanku kepadaMu Subur Kembali


Kehidupan yang kita alami pada saat ini merupakan anugerah Allah SWT yang amat besar ertinya kepada kita. Kehidupan ini tandanya kasih sayang Allah SWT kepada kita dan kita sedang HIDUP di alam kehidupan ini sama ada makhluk hambaNya yang beriman atau kuffur kepadaNya.

Kehidupan ini hilang serinya tanpa diwarnai dengan pelbagai ujian, cabaran dan mehnah yang pelbagai. Ujian yang silih berganti ini banyak menimpa kita sebagai cubaan iman bagi orang-orang yang beriman. Ujian itu hadir dalam pelbagai bentuk dan rupa bentuk. Ketika ini, rasa hangat air mata ini kerana rasa bersalah dan berdosa terhadap Allah SWT. Lihat diri kita, lihatlah jasad kita ini, bukankah kita ini hamba yang terlalu KERDIL? Bukankah kita ini terlalu HINA? Bukankah kita ini terlalu DHAIF?

Tetapi kenapa kita terlalu EGO? Kenapa kita selalu mengingkari arahanNya. Kenapakah kita ini terlalu ANGKUH? Sedangkan kita ini tiada apa-apa..Kenapakah kita selalu begini??

Inilah manusia, inilah rupa gaya insan yang berlagak sombong dihadapan Allah SWT. Rakan-rakan sekalian, ketika menulis catatan perkongsian ini saya berada dalam rasa diri ini terlalu banyak salah, banyak dosa kepada Rabbul Alami. Lantas monolog ringkas ini terbit dari sanubari sebagai sesalan yang tiada kesudahan..Ya Allah, terimalah aku kerana aku yakin Harapanku kepadaMu akan subur kembali…

Wahai Tuhan ku yang Esa, bila terkenangkan dosa ku betapa rasa gerunnya hati ini untuk berhadapan denganMu. HambaMu rasa berputus asa, siapakah yang dapat membersihkan diri dari segala dosa yang memburu setiap hari setiap ketika??

Tika mengenangkan AmpunanMu Ya Allah, putus asa tiada lagi semangat kupulih semula dan harapan ku subur kembali. Harapan ku itu menggunung agar aku menjadi hamba Mu yang taat kepada Mu.

Ujian menimpa menekan jiwa dan aku tak sanggup meneruskan perjuangan ini. Ku harapkan Mehnah Mu sebagai penghapus dosaku. Ya Allah terimalah aku sebagai HambaMu, hamba yang merendahkan diri untuk mendambakan kasih dan cinta Mu.

Wahai Tuhan ku yang Esa, bila aku terkenangkan QaharMu rasa gerun dihatiku kerana takutkan seksaanMu.

Diwaktu mengenang RahmatMu, terasa diri ini kurang bersyukur kepadaMu, Aku lalai dengan dunia yang Engkau pinjamkan kepadaku. Aku bermain-main dengan duniaMu sehingga aku lupa akan AkhiratMu.

Alangkah susahnya mendidik nafsu ku sehingga aku tidak dapat melihat kebenaranMu, Ya Allah bantulah hambaMu dalam mendidik jiwaku ini. Jangan Engkau biarkan aku dalam kesesatan tanpa bimbinganMu.

Apabila saat kematian tiba tanpa taubat, aku bimbang nasibku di akhirta kelak. Aku terkenang akan dosaku kepada ibu bapaku, sikap aku terhadap adik-adik, rakan-rakan dan paling aku bimbangkan DOSA aku kepadaMu…

Ya Allah, berilah aku PELUANG untuk bertaubat kepadaMu, lembutkanlah hati aku yang keras dan hitam ini. Berikanlah rasa kasih dan cintaKu hanya kepadaMu.

Ya Allah, terimalah aku sebagai HAMBAMU..Terimalah kerana aku yakin AmpunanMu sentiasa mengiringi langkahan taubatku ini..


Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya

Sunday, August 10, 2008

"Tatkala Tercabarnya Islam"

Sejak kebelakangan ini kita sering mendengar islam sering dicabar dan ketika itulah kita dapat melihat disana-sini di tepi jalan raya mahupun tempat-tempat utama tumpuan orang awam umat islam keluar berhimpun melakukan demonstrasi bagi menyuarakan bantahan dan rasa ketidakpuasan hati mereka terhadap apa yang telah dilakukan oleh golongan-golongan musuh islam yang sejak sekian lama ingin mencari kelemahan dan kekurangan dalam agama islam itu sendiri. Sepertimana firman Allah SWT yang bermaksud:

Dan tidak akan redha oleh kaum yahudi dan nasrani terhadap kamu sehinggalah kamu mengikuti jejak langkah mereka’

Akan tetapi persoalannya disini penulis ingin mengetahui sejauh manakah cara sebegnii dapat memastikan bahawa agama islam itu sendiri tidak akan dicemuh lagi seperti mana yang berlaku sebagaimana sebelum ini. Contohnya , dalam tempoh tidak sampai setahun ini sahaja kita telah dapati banyak cara yang dilakukan oleh musuh-musuh Allah ini yang telah dilakukan oleh mereka samada yang berlaku diperingkat antarabangsa mahupun dalam negara kita sendiri sepertimana yang telah berlaku satu penghinaan oleh seorang warganegara Denmark yang telah menghina Rasullah SAW dengan menghasilkan karikatur yang menghina Baginda. Tidak cukup dengan itu sekali lagi kita dikejutkan dengan satu lagi penghinaan terhadap islam oleh seorang Belanda yang bernama Geek Wilders yang telah melakukan satu penghinaan terhadap ayat-ayat suci Al-quran dengan mengaitkan kalam-kalam Allah itu kebanyakkanya menyeru manusia supaya melakukan keganasan dan memusuhi orang yang tidak beriman terhadap Allat SWT.

Tidak cukup dengan itu, didalam negara kita sendiri pun yang mana yang masyhur dengan sebuah negara islam diseantero dunia sudah cukup untuk menggambarkan tentang islam itu penuh dengan cubaan dan ujian oleh Allah sendiri untuk menilai sejauh manakah kita sebagai orang yang beriman terhadapnya mempertahankan agama islam itu sendiri.

Dalam keadaan yang masih segar dengan pertikaian kewujudan ‘kontrak sosial’ yang dibangkitkan oleh majlis peguam malaysia yang secara tidak lansungnya akan menyebabkan kedudukan islam sendiri sebagai sebuah agama yang rasmi dinegara ini akan tercabar, kita digemparkan pula dengan isu forum ‘memeluk islam’ yang juga dianjurkan oleh majlis peguam juga akan menggugat agama islam di negara ini dan akan menimbulkan prasangka yang negatif oleh masayrakat antarabangsa terhadap negara kita yang kita sayangi ini.

Sepertimana yang kita telah sedia maklum bahawa majlis peguam malaysia kebanyakanya ahlinya adalah terdiri daripada kaum bukan melayu dan bukan beragama islam. Adakah mereka layak untuk membahaskan tentang perkara yang berkaitan dengan islam terutamanya perkara-perkara yang melibatkan sensitiviti umat islam itu sendiri?.

Sehubungan dengan itu kita kebanyakkan media-media tempatan memaparkan himpunan untuk membantah forum sedemikian rupa. Tetapi apakah natijahnya yang kita akan dapat dengan menyuarakan bantahan sedemikian rupa?. Persoalannya disini penulis ingin menegaskan sekali lagi adakah dengan cara yang sedemikian merupakan jalan yang terbaik supaya perkara yang sama iaitu penghinaan terhadap islam tidak akan berulang lagi. Sama-samalah kita memikirkan jalan penyelesaian yang terbaik supaya islam itu sentiasa dihormati abadan-abada dan sama-samalah kita membela agama yang diredai Allah ini .....amien

.

Penulis PMAPIUM Blog

amroz@yahoo.com
SMPI 07/08

PMAPIUM ©Template Blogger Green by Dicas Blogger.

TOPO