Asalamualaikum kepada semua pengunjung blog ini.. semoga blog ini sedikit sebanyak mmberi manfaat kepada anda.. Insyaallah.

Sunday, June 19, 2011

Mukmin Yang Kuat Lebih Baik dan Disukai Oleh Allah S.W.T Daripada Mukmin Yang Lemah


Assalamualaikum w.b.t…..=)



Ya Rabb…




Kami serahkan segala urusan kepadaMU dan semoga bicara maya ini dapat mengeratkan silaturrahim antara kami… Tiada kata selembut bicara dan sekudus doa…


Islam satu agama yg merangkumi semua aspek kehidupan. Ini termasuk penjagaan dari sudut kesihatan yang mana Islam amat menitik beratkan kesejahteraan tubuh badan sebagaimana Islam menjaga jiwa dan akal.



Justeru itu kita amat dituntut supaya menjaga kesihatan kerana "sihat" merupakan anugerah berharga dari Allah. Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud:



“ Sesungguhnya kamu mempunyai tanggungjawab untuk menunaikan hak terhadap tubuh badan kamu ”



( Hadith Riwayat Bukhari )



Sihat ceria adalah resepi kehidupan kita sebagai mahasiswa Islam , di mana kita perlu sentiasa aktif dan cergas dalam kehidupan seharian. Jangan sama sekali kita menafikan hak terhadap fizikal kita, sayangi segala dan apa jua yang dipinjamkan Ilahi pada kita.



Sabda Rasulullah s.a.w. lagi yang bermaksud:



“ Orang mukmin yang kuat lebih baik dan disukai oleh allah daripada orang mukmin yang lemah .”



( Hadith Riwayat Muslim )



Agama Islam juga meletakkan kesihatan dan kesejahteraan di tempat yang pertama selepas keyakinan (keimanan). Ini berdasarkan Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud:



“ Mintalah kepada Allah kesihatan dan kesejahteraan kerana sesungguhnya tidak ada perkara yang lebih baik dari kesihatan selepas keyakinan ( iman ).



( Hadith Riwayat Ibnu Majah )



Kalau kita fikir, setiap kali anda sembahyang anda sebenarnya melakukan senaman ringan selama 4-5 minit ataupun 20-25 minit sehari. Walaupun ia tidaklah senaman yang berat tetapi tak kira umur, ia "memaksa" seseorang untuk berdiri, sujud (strecthing) dan melibatkan keseluruhan anggota badan.



Seiring dengan kedatangan Rejab dan Syaban dan bakal menyusul bulan yang paling Mulia dan penuh Barakah iaitu Ramadhan, ayuh sahabat-sahabat, sama-sama kita menjaga kesihatan. Tidak kira dimana anda berada, rajinkan diri untuk bersukan, bersenam, beriadah bersama keluarga. Ini kerana puasa memerlukan fokus, disiplin, kesederhanaan, kawalan diri dan mementingkan penjagaan badan, minda and kerohanian. Tetapi tanpa penjagaan kesihatan yang baik, ibadat puasa pun menjadi suatu perkara yang sukar.



Pelbagai sunnah Nabi Muhammad s.a.w yang merupakan simbolik kepada senaman, kesihatan dan kepentingan penjagaan diri sepanjang hayat Baginda. Sebagai seorang muslim, kita selalu merujuk kepada pengajaran sunnah... jadi kenapa tidak pula mengikut gaya hidup Baginda yang aktif dan cergas?



Seperti sunnah, Al-Quran adalah panduan kehidupan seorang muslim. Dan walaupun Quran tidak menyuruh anda mengunjungi gimnasium atau berdiet, ia mementingkan keserderhanaan dalam pemakanan (balanced diet), jangan membazir dan menjaga kesihatan diri.



Untuk itu, kecergasan dan penjagaan kesihatan diri sudah tentu menjadi tanggungjawap setiap muslim.



Jom sahabat-sahabat kita bersukan….=)



Akhir kalam, sekadar perkongsian untuk amalan dan peringatan bersama..



Jagalah antara tujuh Sunnah Rasulullah s.a.w:



1. Tahajjud, kerana kemuliaan seseorang mukmin terletak pada tahajjudnya.



2. Membaca Al-Quran sebelum terbit matahari, alangkah baiknya mata melihat ayat-ayat Al-

Quran sebelum melihat dunia .



3. Jangan tinggalkan masjid terutamanya waktu subuh.



4. Menjaga solat Dhuha , kerana ianya pintu rezeki.



5. Bersedekah.



6. Sentiasa menjaga Wudhu’



7. Amalkan zikir dan istighfar setiap saat.




DARI KAMI EXCO SUKAN DAN REKREASI UNTUK SEMUA….=)



Wallahua'lam.

PMAPIUM ©Template Blogger Green by Dicas Blogger.

TOPO