Tuesday, June 28, 2011

Antara Sebab Mengapa Doa Tidak Dimakbulkan


Dari Syaqiq al-Balkhi berkata : "Adalah Ibrahim bin Adham (semoga Allah merahmatinya), berjalan di pasar Basrah, maka dia dikelilingi oleh orang ramai dan mereka bertanya kepadanya:



" Ya Abu Ishaq, Allah Ta'ala telah berfirman di dalam kitab suci-Nya : " Mintalah olehmu sekalian kepada-Ku nescaya Aku kabulkan."



Dan kami telah satu tahun berdoa dan belum dikabulkan!



Kata Ibrahim bin Adham ( Abu Ishaq ) :



" Wahai penduduk Basrah, hatimu sekalian telah tertutup oleh 10 perkara, bagaimana doa kamu dapat dikabulkan?"

  • Kamu semua telah mengetahui Allah Ta'ala akan tetapi belum kamu tunaikan hak-hak-Nya.
  • Kamu semua telah membaca al-Quran, tetapi kamu belum melaksanakan isinya.
  • Kamu telah mengakui syaitan sebagai musuh, akan tetapi kamu masih mentaatinya dan menyetujui seruannya.
  • Kamu semua mengatakan bahawa kamu termasuk umat Nabi Muhammad s.a.w, akan tetapi kamu tidak mengerjakan sunnahnya.
  • Kamu menyatakan diri akan masuk syurga, akan tetapi kamu tidak mengerjakan apa-apa yang akan membawamu ke syurga.
  • Kamu menyatakan dirimu selamat dari neraka, akan tetapi ternyata kamu memasukkan dirimu kepadanya.
  • Kamu telah menyatakan bahawa mati itu adalah yang pasti, akan tetapi kamu tidak bersiap-siap untuk menghadapi mati.
  • Kamu semua sibuk untuk meneliti aib atau cacat orang lain, tetapi kamu tidak bercermin melihat aibmu sendiri.
  • Kamu semua telah makan dan merasa nikmat Tuhanmu, akan tetapi kamu belum mahu bersyukur kepada-Nya.
  • Kamu semua telah menguburkan mayat-mayat rakanmu, akan tetapi tidak mengambil pelajaran dari mereka.

Moga menjadi renungan kita bersama….


posted by : Exco Multimedia dan Penerangan

PMAPIUM ©Template Blogger Green by Dicas Blogger.

TOPO