Wednesday, October 13, 2010

Kenapa Mahasiswa Membantah Konsert “ADAM LAMBERT”

Buat pertama kalinya seorang artis “gay” Adam Lambert dijemput hadir ke Negara ini untuk mengadakan konsert sulung beliau “ADAM LAMBERT GLAM NATION TOUR LIVE IN MALAYSIA”. Amat Menyedihkan apabila kehadiran artis homoseksual ini disambut baik oleh Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL) yang meluluskan konsert artis tersebut ke sini.

Konsert yang bakal diadakan pada 14 Oktober (Khamis), esok, ini bertempat di Stadium Putra Bukit Jalil menimbulkan rasa tidak senang sebilangan masyarakat yang peka dengan masalah sosial yang semakin menuju kebejatan kini.

Agensi yang dinaungi oleh kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan seakan tidak peka dengan masalah keruntuhan moral yang berlaku sehingga masih ada ruang kepada menjemput artis yang penuh kontroversi.

Adam Lambert, adalah seorang artis yang dengan secara terbuka, bukan sahaja mengaku pengamal Homoseksual (seks sejenis), malah beliau tanpa segan silu turut mempamerkan aksi “gay” nya dengan mengucup dan mencium penari lelaki serta melakukan aksi lucah di atas pentas.

Adakah sudah tiada artis lain yang lebih baik yang boleh di bawa masuk ke Negara ini untuk menghibur jiwa rakyat?

Seharusnya kita selaku Umat Islam perlu rasa sensitive dan membantah tindakan penganjuran konsert yang secara tidak langsung membawa masuk artis yang mengamalkan budaya seks songsang kerana di takuti akan menyebabkan budaya “gay” ini menjadi pujian dan ikutan khususnya anak muda kita.

Justeru, Persatuan mahasiswa Akademi Pengajian Islam UM (APIUM) membantah sekaligus mendesak PUSPAL agar berpendirian tegas dalam menangani isu ini serta menarik semula kebenaran artis Adam Lambert meneruskan Konsertnya. Hal ini penting demi menjaga kemuliaan Islam serta mengekang menularnya gejala keruntuhan Akhlak yang semakin parah dalam masyarakat.

*Tengah hari tadi, jam 2.37 pm, sekumpulam Mahasiswa Malaysia menegaskan pendirian dihadapan bangunan PUSPAL, Sogo berkumpul secara aman,agar tindakan yang lebih baik perlu di ambil, disertakan sekali bersama MEMO

PMAPIUM ©Template Blogger Green by Dicas Blogger.

TOPO