Asalamualaikum kepada semua pengunjung blog ini.. semoga blog ini sedikit sebanyak mmberi manfaat kepada anda.. Insyaallah.

Wednesday, September 16, 2009

UCAPAN NYDP PMAPIUM 09/10

Saya selaku NYDP PMAPIUM 09/10 mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada warga APIUM khususnya kepada pensyarah-pensyarah dan kakitangan-kakitangan di Akademi Pengajian Islam UM. Ingatlah bahawa Hari Raya ini merupakan hari kemenangan umat Islam..
Undilah PRO-M!!

Sunday, September 13, 2009

JEMPUT HADIR KE FORUM ISU SEBAT KARTIKA ANJURAN PMAPIUM







Saturday, September 12, 2009

Penilaian Kursus dan Pengajaran(UMCTES)

Pelajar program Ijazah Pertama adalah diwajibkan untuk membuat Penilaian Kursus dan Pengajaran bagi semua kursus yang didaftarkan. Kegagalan berbuat demikian mengakibatkan pelajar tidak di benarkan terus untuk membuat pendaftaran awal kursus-kursus untuk semester berikutnya. Penilaian Kursus bagi Semester 1 Sesi 2009/2010 di buka mulai 1 September 2009 sehingga 1 Nov 2009
Para pelajar boleh membuat penilaian di laman web berikut :
http://umctes.um.edu.my

Friday, August 7, 2009

PELANCARAN KEMPEN PEMBUDAYAAN ILMU PMAPIUM


POSTER PELANCARAN KEMPEN PEMBUDAYAAN ILMU PMAPIUM

PROGRAM: KEMPEN PEMBUDAYAAN ILMU PMAPIUM 09/10

FASA: SEPANJANG SESI PENGAJIAN 09/10

ANTARA PROGRAM YANG DIRANCANG:

1. PELANCARAN KEMPEN PEMBUDAYAAN ILMU PMAPIUM 09/10 ( 14 OGOS 2009)
2. PROGRAM MINDA SISWA ( DEBAT/ FORUM ANTARA LAJNAH)- pelancaran 14 ogos 2009
3. KEMPEN MEMBACA
4. PERTANDINGAN ESEI KEPENGGUNAAN ISLAM
5. BENGKEL PENULISAN ( KREATIF/ ARTIKEL/ LATIHAN ILMIAH/BLOG
6. KEMPEN DERMA BUKU
7. FORUM CELIK UNDANG-UNDANG
8. SUDUT BACAAN PMAPIUM

DAN BANYAK LAGI.....

Wednesday, July 15, 2009

PERINGATAN KEPADA SEMUA PELAJAR AKADEMI PENGAJIAN ISLAM

1.AKTIVITI TAMBAH GUGUR KURSUS: AKTIVITI TAMBAH GUGUR KURSUS BAGI SEMESTER PERTAMA SESI 09/10 AKAN BERAKHIR PADA 19 JULAI MULAI JAM 11.59 MALAM. DIHARAP PELAJAR DAPAT MENYELESAIKAN SEGALA URUSAN SAMA ADA MELALUI ONLINE ATAUPUN MANUAL ( MELALUI IJAZAH DASAR)SEBELUM TARIKH TERSEBUT TAMAT.

2. PENGESAHAN SUBJEK: SETIAP PELAJAR PERLU MELAKUKAN PENGESAHAN SUBJEK MULAI JAM 9 PAGI PADA 22 JULAI. TARIKH AKAHIR PENGESAHAN SUBJEK ADALAH PADA 26 JULAI MULAI JAM 11.59 MALAM.

3. PELAJAR TAHUN PERTAMA YANG MEMPUNYAI MASALAH PENDAFTARAN PERLULAH SENTIASA BERHUBUNG DENGAN PIHAK IJAZAH DASAR DAN JABATAN MASING-MASING.

4. PELAJAR TAHUN 3 YANG TELAH MENGAMBIL LEBIH DARI 6 JAM KREDIT BAGI SUBJEK LUAR JABATAN PERLULAH SEGERA MEMAKLUMKAN KEPADA PIHAK IJAZAH DASAR SEBELUM 24 JULAI.

5. SEBARANG MASALAH/PERLUKAN BANTUAN DARI SEGI PENDAFTARAN SUBJEK, ANDA BOLEH HUBUNGI PIHAK PMAPIUM DI TALIAN (0193692737) (SMS SAHAJA).

Monday, June 29, 2009

ISU BAHASA INGGERIS: ANTARA RASIONAL DAN KEANGKUHAN

Berdasarkan soal selidik secara online yang dilancarkan oleh laman web rasmi akhbar berbahasa Inggeris, New Straits Times pada 9 Jun lalu didapati lebih daripada 87.83% daripada 1027 responden menyokong penuh hasrat kementerian pelajaran Malaysia untuk menjadikan bahasa Inggeris sebagai salah satu subjek lulus SPM. Jika dasar ini terlaksana, ia bermakna setiap pelajar yang mengambil peperiksaan SPM adalah WAJIB lulus dalam subjek bahasa Inggeris iaitu sekurang-kurangnya mendapat gred 8E untuk melayakkan mereka mendapat sijil terpenting dalam sistem pembelajaran di negara ini..

Harus diberi perhatian oleh rakyat Malaysia bahawa masih terdapat beberapa isu berkaitan pendidikan yang masih belum dapat diselesaikan oleh pihak kerajaan khususnya kementerian pelajaran sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Isu yang paling utama pada hari ini adalah isu PPSMI yang terus mencetuskan pelbagai polemik dan menjadi perdebatan hangat dalam kalangan masyarakat sama ada di peringkat masyarakat bawahan sehinggalah ke peringkat parlimen Malaysia sendiri.

Menurut kajian yang telah dijalankan Februari lalu oleh Permuafakatan Badan Ilmiah Nasional (PEMBINA) dengan kerjasama lapan institusi pengajian tinggi tempatan dengan jelas menyatakan dasar PPSMI gagal ataupun langsung tidak memberi kesan positif kepada pelajar. Sampel PEMBINA adalah 553 orang guru dan 15,089 pelajar dari kawasan bandar dan luar bandar, termasuk Sekolah Kebangsaan Orang Asli.

Selain dasar tersebut yang dilihat begitu lemah sekali dari sudut pelaksanaan dan keberkesanannya, timbul pula persoalan dari segi keupayaan tenaga penggerak utama dasar tersebut iaitu guru-guru yang mengajar di sekolah. Dari aspek keupayaan perlaksanaan dasar, kajian PEMBINA itu juga mendapati masih terdapat ramai guru yang belum layak mengajar subjek Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris di mana 39.3 peratus guru (74) sekolah rendah dan 25.3 peratus guru (93) sekolah menengah gagal dalam Penilaian Tahap Profisiensi Bahasa Inggeris.

Kemudian persoalan yang timbul adakah tenaga pengajar juga mencukupi bagi memenuhi hasrat kerajaan tersebut. Dipercayai bilangan guru-guru untuk mengajar kedua-dua subjek tersebut adalah sama sekali tidak mencukupi sama ada di bandar ataupun luar bandar. Nisbah bilangan guru dan murid yang tidak seimbang di dalam kelas memungkinkan kurangnya keberkesanan dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan. Justeru, hal ini jelas menunjukkan kegopohan pihak kerajaan dalam melaksanakan dasar ini telah sedikit sebanyak membantutkan perkembangan dan kemajuan pelajaran para pelajar di sekolah.


Selain itu, jika diamati dengan teliti, kesan daripada mewajibkan subjek bahasa Inggeris ini pastinya tidak akan terlalu membawa pengaruh yang besar kepada peningkatan penguasaan bahasa tersebut dalam kalangan pelajar. jika kita lihat situasi hari ini pun antara syarat kemasukan ke IPTA mahupun IPTS adalah lulus bahasa Inggeris dengan kepujian ataupun sekurang-kurangnya lulus. jika pelajar gagal mendapat kepujian ataupun gagal dalam bahasa Inggeris kesannya juga adalah besar iaitu gagal memasuki institut pengajian tinggi. jadi, persoalannya ialah apa bezanya dengan sistem yang kerajaan hendak perkenalkan itu?.

Berbalik kepada isu PPSMI, kajian PEMBINA juga mendapati di sekolah rendah, sumbangan PPSMI adalah rendah khusus bagi mata pelajaran Sains. Ia hanya berjaya menyumbang meningkatkan bahasa Inggeris sebanyak 0.7 peratus sahaja.

Sementara bagi Matematik, tiada sumbangan terhadap peningkatan bahasa Inggeris. Di Sekolah Menengah Aliran Sastera pula bagi mata pelajaran Sains dan Matematik sumbangan dan korelasinya juga dikatakan rendah. Bagi Matematik ia hanya berjaya menyumbang peningkatan bahasa Inggeris sebanyak 1.0 peratus dan 0.6 peratus bagi Sains.. Di Sekolah Menengah Aliran Sains pula hanya dua mata pelajaran sahaja yang menunjukkan ada korelasi dan sumbangan rendah, iaitu Kimia 2 dan Matematik Tambahan. Jumlah kedua-dua mata pelajaran ini hanya menyumbangkan sebanyak 0.9 peratus, iaitu 0.6 peratus bagi Kimia 2 dan 0.3 peratus bagi Matematik Tambahan

Masyarakat umum dan para pejuang bahasa Melayu khususnya bukanlah tidak setuju dengan hasrat dan keprihatinan kerajaan yang kelihatan begitu bersungguh-sungguh dalam usaha meningkatkan penguasaan pelajar dalam bahasa Inggeris, namun jika diperhatikan dengan teliti terdapat beberapa perkara yang dilihat sumbang dalam proses tersebut. Kita dapat melihat pihak yang terlibat hanya lebih mengkaji dan suka memperkenalkan sistem baru dalam sistem pelajaran tanpa memberi perhatian kepada isi kandungan pelajaran itu sendiri. Contohnya pembelajaran subjek bahasa Inggeris itu masih kelihatan beku dan kaku, tiada pembaharuan positif yang dapat dilihat dalam proses P&P semenjak beberapa dekad sama ada di peringkat rendah ataupun menengah.

Penyelesaian yang paling ideal ialah memperkasakan dahulu pengajaran ataupun silibus subjek bahasa Inggeris tersebut di semua peringkat sebelum kaedah lain diguna pakai. Cadangan pakar pendidikan, Prof Isahak Haron harus dipertimbangkan iaitu ' bahasa Inggeris dalam konteks isi kandungan' ( english in context of content) yang memberi perhatian kepada kosa kata, tatabahasa dan semangat budaya penggunaan bahasa.

Profesor Diraja Ungku Aziz ketika berucap Merasmikan Kolokium Pengajaran Dan Pembelajaran Sains Dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) Dan Implikasinya Terhadap Pembangunan Modal Insan Murid telah menyarankan supaya pihak kerajaan merombak semula kaedah pembelajaran bahasa Melayu dan bahasa Inggeris bagi mengukuhkan penguasaan kedua-dua bahasa itu dalam kalangan pelajar sekolah. Menurut beliau, cadangan itu dibuat kerana beliau berpendapat pelaksanaan PPSMI tidak semestinya akan meningkatkan penguasaan pelajar kita dalam bahasa tersebut.

“ kita bercakap daripada segi pengajaran dan pembelajaran bahasa, soal penggunaan bahasa Inggeris dalam sains dan matematik tidak timbul,” tegas beliau.

Tambahnya, antara pendekatan yang boleh dilaksanakan oleh kerajaan untuk meningkatkan penguasaan pelajar dalam bahasa Inggeris ialah dengan menambah masa pembelajaran di sekolah dan mengubah sistem pengajaran mengikut kesesuaian usia pelajar.

“ sains dan matematik tidak tertakluk pada penggunaan bahasa Inggeris kerana kedua-dua mata pelajaran itu sendiri merupakan bahasa simbolik. Jadi dua mata pelajaran ini boleh diajar dalam pelbagai bahasa. Malah dengan ada banyak rujukan dalam bahasa Melayu, saya fikir tidak ada masalah untuk menguasai bidang-bidang ini,” ujarnya.


Profesor Diraja Ungku Aziz juga dalam satu wawancara di sebuah rancangan bual bicara menyatakan bahawa masalah akan timbul kepada pelajar Melayu apabila kerajaan memperkenalkan PPSMI secara tergesa-gesa. menurut beliau pelajar Melayu terutamanya yang lahir di luar bandar sejak dari kecil telah diasuh dengan penggunaan bahasa Melayu secara seluruhnya, mereka telah selesa dengan bahasa tersebut dalam proses hidup dan juga pemikiran mereka adalah dalam bahasa Melayu. apabila mereka melihat imej 2+2 mereka akan berfikir menggunakan bahasa Melayu iaitu ' dua tambah dua' bukannya 'two plus two'.

Inilah masalahnya, kerajaan dari sudut lain dilihat bukan sahaja perlu mengemas kini sistem akademik nasional dalam usaha meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris, malah sebenarnya kerajaan berhadapan dengan cabaran untuk menukar gaya hidup dan budaya masyarakat di Malaysia. Mana mungkin proses penguasaan itu hanya dapat dilakukan dengan beberapa perubahan sistem yang dilihat amat rapuh itu. Tetapi kerajaan perlu merangka pelan mapan yang meliputi beberapa peringkat kajian menyeluruh dalam budaya serta gaya hidup masyarakat itu sendiri. Sesungguhnya para guru dan dasar yang diperkenalkan pada hari ini tiada kuasa ajaib yang mampu meningkatkan penguasaan bahasa pelajar tanpa pengaruh daripada atmosfera perubahan gaya hidup, budaya serta sikap masyarakat itu sendiri.

secara rasional, tidak dapat dinafikan bahawa bahasa Inggeris adalah bahasa terpenting pada hari ini. Namun, pihak kerajaan juga harus memikirkan secara rasional dalam segala perancangan mereka. Pihak kementerian pelajaran perlu menubuhkan satu jawatankuasa khas dalam mengkaji hasrat mereka dalam mewajibkan bahasa Inggeris sebagai syarat sijil SPM yang terdiri daripada para cendekiawan yang berkelayakan dalam lapangan kepakaran tersebut tanpa mengira ideologi politik mahupun etnik. Jangan program baharu tersebut menerima nasib yang sama seperti PPSMI yang terus menjadi isu yang masih belum mencapai titik penyelesaiannya hingga kini.

Berbalik kepada soal selidik yang dijalankan oleh New Straits Times yang menunjukkan majoriti responden menyokong penuh hasrat kerajaan mewajibkan mata pelajaran bahasa Inggeris tersebut. Perlu diingat bahawa New Straits Times adalah akhbar berbahasa Inggeris yang mana majoriti pembacanya adalah terdiri daripada golongan bukan Melayu dan terdiri daripada masyarakat bandar. fikirkan jika kajian tersebut dijalankan oleh akhbar Utusan Malaysia atau Berita Harian, apakah pula hasilnya?, mungkin sebaliknya.



ZULKEFLY SAID

EXCO AKADEMIK DAN INTELEKTUAL

PERSATUAN MAHASISWA AKADEMI PENGAJIAN ISLAM

UNIVERSITI MALAYA

Saturday, June 13, 2009

PEMIMPIN ASET ORGANISASI BERKUALITI

Sepertimana yang kita ketahui, setiap orang merupakan pemimpin baik kepada diri sendiri mahupun terhadap orang lain. Terdapat dalam satu hadis Rasulullah S.A.W bersabda mafhumnya “ setiap orang adalah pemimpin dan setiap orang akan dipertanggungjawabkan atas apa yang dipimpinnya ” (Hadis riwayat Bukhari & Muslim). Kepimpinan adalah suatu peranan dan juga merupakan suatu proses untuk mempengaruhi orang lain. Pemimpin dapat ditakrifkan daripada pelbagai aspek. Antaranya, Pemimpin adalah anggota dari suatu perkumpulan yang diberi kedudukan tertentu dan diharapkan dapat bertindak sesuai dengan kedudukannya. Pemimpin juga boleh menggunakan kedudukannya itu untuk bertindak atas sesuatu perkara tetapi hendaklah mengikut syariat islam.

Pada hari ini, kita dapat melihat dan menyaksikan ramai orang berlumba-lumba dan berebut-rebut inginkan kuasa baik di peringkat tinggi hattapun di peringkat rendah. Contohnya, perebutan kuasa politik yang berlaku di beberapa negeri baru-baru ini seolah-olah menunjukkan pemimpin sekarang begitu dahagakan pangkat dan kuasa memerintah. Begitu juga kita dapat melihat realitinya di dalam sesebuah organisasi, badan dan persatuan. Kebanyakan individu ingin berada di kedudukan tinggi kerana menyangkakan dengan mempunyai kedudukan, kehidupannya akan menjadi lebih senang, dipandang tinggi dan sebagainya. Tetapi sebenarnya, untuk golongan yang menjadi pemimpin ini akan menghadapi kehidupan yang lebih perit yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata manis di bibir. Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Sumrah, Rasulullah telah mengingatkan manusia dengan menyebut “ La tasalul imaarah ” yang membawa maksud jangan kamu meminta-minta jawatan kerana Allah tidak akan menolong orang yang meminta-minta jawatan itu berbanding dengan orang yang diberikan jawatan oleh orang lain tanpa dia sendiri memintanya, maka Allah akan menolongnya terhadap urusan dan amanah yang terpaksa dipikulnya.

Jika kita sama-sama telusuri sirah perjuangan Rasulullah S.A.W, kita akan mendapati bahawa bagindalah yang merupakan pemimpin yang paling agung yang patut dijadikan role model. Walaupun baginda telah lama meninggalkan kita semua, namun obor kepimpinannya tetap bersinar memberi cahaya kepemimpinan kepada sesiapa sahaja yang ingin kepada kesejahteraan. Rasulullah telah meninggalkan kepada kita Al-quran sebagai asas kepemimpinan cemerlang dan sunnahnya yang menjadi bahan ikutan dan contoh teladan kepada manusia sejagat. Antara prasyarat kepemimpinan yang berkualiti ialah Penghayatan Budaya Ilmu. Syarat ini perlu dipenuhi oleh setiap individu yang bergelar pemimpin dengan segala tindak tanduknya hendaklah bersandarkan ilmu. Ayat pertama yang diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W adalah berkait rapat dengan ilmu iaitu :
“ Bacalah wahai Muhammad dengan nama tuhanmu yang menciptakan sekalian makhluk. Ia menciptakan manusia dari seketul darah beku. Bacalah dan tuhanmu yang amat pemurah yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan. Ia mengajar manusia dari apa yang tidak diketahuinya.”(maksud surah Al-Alaq ayat 1-5)
Jadi, syarat ini amat wajar dipenuhi kerana pemimpin bertanggungjawab mengurus dan memimpin institusi atau organisasi. Malanglah sekiranya seseorang itu merupakan seorang pemimpin lebih-lebih lagi jika dia pemimpin kepada sebuah institusi ilmu jika dia sendiri tidak menghayati dan menjurus kepada budaya ilmu.

Pemimpin juga perlu menunjukkan contoh teladan yang baik kepada orang bawahannya. Seorang pemimpin merupakan cermin kepada masyarakat. Dirinya, tutur katanya serta tingkah lakunya akan menjadi ikutan kepada anak buahnya. Jadi , amat penting di sini seorang pemimpin itu harus berwaspada dengan segala gerak-geri dan perkataan yang ingin keluar dari bibirnya kerana dibimbangi orang-orang bawahannya mengikuti perkara yang salah. Jika hal seperti ini terjadi, susahlah untuk seseorang itu menarik kembali kesalahan tersebut bak kata pepatah “terlajak perahu boleh diundur, terlanjur kata buruk padahnya “

Tuntasnya, setiap orang yang bergelar pemimpin masing-masing mempunyai tanggungjawab samada terhadap diri, keluarga dan masyarakat. Sebagai seorang pemimpin, kita amat perlu kepada perluasan ilmu. Hendaklah kita menyedari taklifan utama Allah S.W.T mengutus kita di muka bumi bertuah ini iaitu sebagai hamba dan khalifahnya. Tidak perlulah kita mengingkari ketentuanNya. Moga-moga Allah sentiasa bersama-sama dengan kita dalam mengharungi segala cabaran dan tribulasi sebagai seorang pimpinan walau di mana jua kita berada, walau dari aspek manapun kita memimpin, dengan bantuan serta pertolonganNya kita dapat tempuhi InsyaAllah.

Disediakan Oleh,
Afifah binti Salleh
Exco Kebajikan & Perpaduan
Persatuan Mahasiswa Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya

Monday, June 8, 2009

Sukan dari Perspektif Islam

Bersukan bukanlah aktiviti yang asing bagi mereka yang mementingkan kesihatan. Dengan bersukan, kekuatan fizikal dapat ditingkatkan malah dalam al-Quran turut menggalakkan umat Islam untuk mempersiapkan kekuatan fizikal bagi menghadapi musuh-musuh Allah. Firman-Nya :

“Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, (dengan persediaan itu) kamu menggentarkan musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan dianiaya.”
&nb sp;& nbsp;(al-Anfaal, 8 : ayat 60)

Selain itu, terdapat hadis Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan oleh Muslim bahawa Allah lebih menyukai mukmin yang kuat daripada mukmin yang lemah. Malah terdapat juga hadis Rasulullah S.A.W yang menggalakkan ibu bapa mengajar anak-anak mereka berenang, memanah dan menunggang kuda. Hal ini turut diberi penekanan oleh Nasih Ulwan dalam bukunya Tarbiyah al-Aulad sebagai salah satu bentuk pendidikan awal kepada kanak-kanak dari sudut pembinaan kekuatan fizikal. Oleh hal yang demikian jelaslah bahawa Islam juga sangat menitik beratkan pembentukan jasmani yang sihat sejak kecil lagi.

Justeru, bersukan amat penting dalam kehidupan seorang muslim.Walau bagaimanapun, terdapat syarat-syarat tertentu yang telah digariskan oleh Islam supaya tidak melanggar batas-batas syarak ketika bersukan. Pertama, setiap perbuatan yang dilakukan hendaklah diniatkan ikhlas kerana Allah demi menjaga nikmat kesihatan yang dikurniakan Allah. Selain itu, aktiviti sukan yang diadakan tidak boleh melibatkan percampuran antara lelaki dan perempuan. Begitu juga dengan batasan aurat yang perlu dijaga antara mereka melalui cara pemakaian yang sesuai dan pergaulan.

Namun, fenomena dewasa ini memperlihatkan umat Islam yang terdiri daripada golongan atlet mahupun orang awam sendiri tidak menghayati dan mempraktikkan nilai-nilai Islam ketika bersukan. Sebagai contoh mereka masih mengenakan pakaian yang mendedahkan aurat seperti berseluar pendek dan berpakaian ketat serta jarang. Malah terdapat acara yang disertai oleh kaum wanita disaksikan juga oleh kaum lelaki.

Oleh yang demikian, satu anjakan paradigma perlu dilakukan bagi mengislahkan keadaan ini.. Pakaian renang bagi muslimah yang telah pun dipasarkan antara alternatif terbaik bagi membolehkan muslimah terlibat dengan sukan akuatik dan ini merupakan satu usaha yang harus dipuji dalam menerapkan nilai-nilai Islam yang bersifat syumul, dinamik dan fleksibel. Selain itu, bagi mengelakkan percampuran antara lelaki dan wanita, penganjuran sukan yang hanya melibatkan kaum wanita perlu diadakan seperti Nisa Games.

Friday, June 5, 2009

Awas Keselamatan PC anda!!

Dewasa kini, dunia semakin canggih dengan pelbagai kemodenan yang dapat dikecapi dan dinikmati oleh manusia kini. Dengan hanya sedikit ilmu yang diberi oleh Allah ibarat setitik air dari air laut, manusia dapat mencipta pelbagai alat kemodenan sehinggakan ada yang lupa diri terhadap Penciptanya.

Jika dahulu komputer hanya dapat dimiliki oleh golongan yang berstatus tinggi, tetapi kini golongan berpendapatan sederhana dan para pelajar boleh memiliki komputer sendiri. Ramai sedia maklum, bahawa ancaman virus dan pengodam merupakan perkara yang susah untuk kita elakkan. Pada pemerhatian saya, setiap masa terdapatnya virus komputer baru yang dicipta oleh golongan yang bijak akan tetapi menyalahgunakan kebijaksanaannya untuk menghancurkan yang lain.

Tanpa langkah keselamatan, data sulit seperti maklumat perbankan boleh dicuri atau dirakamkan. Oleh sebab itulah ramai yang tidak menyedari duit mereka semakin kurang didalam bank. Bagaimana ia dilakukan, itulah yang menjadi persoalan kepada saya. Sehubungan itu, tidak mustahil jika PC anda mudah dieksploitasi atau dicemari ancaman berbahaya. Anda mungkin pernah mendengar terhadap ancaman popular internet seperti virus, cecacing (worm) dan spyware.

Tanpa anda sedari juga terdapat perisian cetak rompak (bukan yang asli) yang dimuat turunkan kedalam komputer anda. Ini berlaku kerana ceteknya ilmu tentang dunia komputer sehingga dapat ditipu oleh pengusaha yang menjual komputer. Lazimnya versi cetak rompak ini sukar dikemas kini termasuklah untuk menaik taraf ciri keselamatannya untuk mengatasi masalah virus. Akan tetapi anda tidak perlu risau, masalah ini dapat diatasi sekiranya anda sentiasa berhati-hati.

Disini terdapat sedikit tips pencegahan daripada virus dan ‘penceroboh’. Hapuskan jejak internet anda seperti fail cache, cookies dan fail sementara melalui fungsi yang terdpat pada Internet Explorer dan Firefox. Sentiasa ‘update’ antivirus anda supaya dapat mengesan virus atau cecacing. Akan tetapi, terdapat juga antivirus yang tidak dapat mengesan virus yang baru. Oleh itu, anda perlu bijak memilih antivirus mana yang sesuai sebagai ‘pengawal keselamatan’ PC anda. Anda juga perlu diingatkan untuk selalu menukar kata laluan anda. Pastikan ia unik, sukar diteka dan jangan menggunakan kata laluan yang serupa pada setiap aplikasi anda.

Gunakan fungsi ‘sign off’ pada tapak web yang menawarkan akaun seperti e-mel dan perbankan. Klik pada butangnya setiap kali urusan selesai. Dinasihatkan juga berhati-hati terhadap laman web yang menjadi link didalam tapak web atau blog yang anda lihat. Jangan mudah untuk klik kepadanya.

penolong exco penerbitan
Persatuan Mahasiswa Akademi Pengajian Islam

Tuesday, June 2, 2009

RTM dan Media Prima perlu perbanyakkan rancangan agama



Rakyat Malaysia jelas dengan kepentingan media kepada mereka untuk mendapatkan informasi dan hiburan dengan menonton telivisyen. Hari ini boleh dikatakan setiap rumah mempunyai telivisyen setiap satu. Namun persoalannya apakah pihak media dan masyarakat sedar akan sebenar-benar kepentingan media kepada umum?

Tidak dapat dinafikan bahawa media massa seperti telivisyen adalah medium yang dapat mempengaruhi pemikiran masyarakat. Mengikut teori, sesiapa yang mengusai media maka ialah adalah dapat mengusai sesebuah kawasan tersebut. Sekiranya siaran yang disiarkan adalah negatif maka kesan kepada masyarakat akan turut menjadi negatif. Sebagai contoh rancangan yang disiarkan kini banyak berbentuk hiburan seperti program realiti telivisyen seperti Akademi Fantasia, One In A Million, Malaysian Idol, Mentor dan banyak lagi lambakan program yang berbentuk hiburan disiarkan di telivisyen. Kesannya masyarakat kini ramai yang mahu menjadi penyanyi sehinggakan ada ibu bapa mengajar anak-anak mereka menyanyi sejak kecil. Hal ini akan menyebabkan pendidikan masyarakat dalam keluarga tidak seimbang.

Dari segi psikologi anak-anak kecil mudah mengikuti perlakuan apa yang mereka lihat terutama perlakuan negatif yang dilihat dan begitu juga remaja. Dari segi logik adalah baik sekiranya memaparkan realiti perbuatan negatif untuk kesedaran umum, namun ia akan berlaku sebaliknya kepada kanak-kanak yang meilhat seperti aksi rempit, lumba haram, pergaulan bebas, dan pakaian yang tidak sopan. Perbuatan ini mereka akan cuba meniru dan melakukan apa yang mereka lihat kerana kehidupan sekeliling menjurus kepada perbuatan tersebut ditambah lagi dengan jiwa yang ingin mencuba sesuatu adalah tinggi.

Secara sedar mahupun tidak daripada pemerhatian yang dibuat rancangan agama masih di peringkat rendah dan keberkesanan terhadap perlakuan masyarakat juga teramat kurang.. Hal ini secara kasar dapat kita katakan bahawa sekiranya rancanngan yang disiarkan berbentuk hiburan lebih banyak daripada rancangan agama. Oleh itu, Saya mencadangkan kerajaan memperbanyakkan rancangan-rancangan agama Islam yang padat dengan nilai-nilai Islam. Selain itu rancangan yang disiarkan dicadangkan banyak memaparkan aksi yang positif dan boleh dijadikan contoh kepada penonton. Nilai-nilai ini perlu diperbayakkan kerana Islam itu adalah agama yang dapat menyelamatkan semua manusia daripada perkara mungkar dan juga kerana Islam adalah sebaik-baik agama yang dapat memandu masyarakat kearah masyarakat yang makmur dan bertamadun.

Sebagai tanggungjawab terhadap ugama, bangsa, dan negara pihak media perlu seimbangkan antara hiburan dan agama dan perlu mengkaji rancangan yang terbaik kearah pembangunan masyarakat dan bukannya sekadar untuk hiburan semata-mata. Pihak media juga perlu melihat kepentingan masyarakat berbanding kepentingan keuntungan kerana rancangan agama seolah-olah dianaktirikan dengan menyiarkan rancangan agama diwaktu yang tidak strategik oleh kerana tidak mendapat sambutan dalam masyarakat dan sebaliknya rancangan agama ini adalah perlu disiarkan pada waktu yang ditonton semua penonton. Usaha media massa perlu menambah rancangan agama dan tingkatkan minat masyarakat dalam menonton rancangan agama sepertimana minat masyarakat kepada rancangan realiti tv sekarang ini. Melihat realiti masyarakat Islam kini kebanya sudah jauh dari penghayatan agama maka dengan rancangan telivisyen dapat mendidik masyarakat ke arah pembangunan insan yang terbaik.


Saturday, May 30, 2009

KEPIMPINAN PMAPIUM 09/10



Tahniah & Takziah kepada kepimpinan baru PMAPIUM 09/10..Semoga dapat merealisasikan visi & misi baru bagi membawa APIUM ke mata masyarakat agar dapat dikenali bukan sahaja dari segi akademik atau akhlaknya bahkan dari segala segi yang positif. Akhir kalam,semoga kepimpinan pada kali ini dapat meneruskan perjuangan kepimpinan yang dahulu dan membuat satu impak kepada mahasiswa APIUM. "Memimpin Mahasiswa Muslim" :)

Thursday, May 28, 2009

MAHASISWA PENGAJIAN ISLAM PERLU TINGKATKAN KEMAHIRAN KOMUNIKASI DAN POTENSI DIRI


Dianggarkan lebih 50,000 pengunjung hadir pada hari pertama penganjuran Karnival Kerjaya dan Keusahawanan Graduan 2009 yang dianjurkan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) baru-baru ini. Karnival tersebut yang dianjurkan selama tiga hari bermula 15 hingga 17 Mei lalu disertai oleh lebih 600 buah syarikat yang menawarkan kira-kira 13,000 peluang pekerjaan untuk direbut graduan. pada hari ini, dianggarkan terdapat lambakan lebih 60,000 graduan yang sekurang-kurangnya memiliki ijazah dan diploma yang masih belum mempunyai sebarang pekerjaan selepas tamat pengajian. Angka-angka ini jelas membuktikan bahawa kadar pengangguran dalam kalangan graduan di negara ini masih berada pada tahap membimbangkan dan perlu diberi perhatian yang serius oleh semua pihak. Fenomena yang disebutkan di atas juga turut melibatkan sebahagian daripada para graduan yang mengambil jurusan dalam bidang pengajian Islam. Persoalan yang timbul di sini ialah mampu kah para graduan ini bersaing untuk menempatkan diri dalam pasaran kerja yang semakin terhad pada hari ini? Dan apakah segulung ijazah yang diperoleh selepas berhempas pulas selama beberapa tahun di universiti masih belum dapat menjanjikan pekerjaan kepada mereka?.

Realitinya, fenomena ijazah susut nilai sudah tidak dapat disangkal lagi. Sesebuah organisasi dan majikan sama ada dari sektor kerajaan atau swasta pada hari ini bukan sahaja melihat kepada pencapaian akademik yang cemerlang sahaja, tetapi mereka lebih menitikberatkan kepada lima ciri penting iaitu kemahiran berkomunikasi, keyakinan diri, personaliti, pengalaman dan kemahiran khusus yang lain (soft skill).

Para mahasiswa seharusnya memperlengkapkan diri mereka dengan semua ciri-ciri di atas jika mahu mendapatkan pekerjaan pada ketika ini. Mereka perlulah berusaha meningkatkan kemahiran dalam aspek komunikasi iaitu dengan menguasai sekurang-kurangnya tiga bahasa utama iaitu bahasa Melayu, bahasa Inggeris, bahasa Arab atau bahasa Mandarin. Dengan memiliki kemahiran komunikasi ini, pastinya seseorang graduan itu akan mempunyai keyakinan diri yang lebih tinggi ketika menghadiri temu duga seterusnya mampu memikat majikan untuk mengambil mereka bekerja.

Para mahasiswa pengajian Islam juga perlulah memiliki kemahiran ataupun soft skill yang pelbagai contohnya kemahiran dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Dalam era ledakan teknologi maklumat sekarang, setiap syarikat amat memerlukan individu yang berkemahiran dalam mengendalikan komputer serta perisiannya termasuklah pengendalian laman web dan sebagainya. Jika mahasiswa pengajian Islam dapat menguasai bidang ini, sudah pasti mereka mempunyai kelebihan berbanding mereka yang datang dari disiplin pengajian yang lain.

Para mahasiswa pengajian Islam juga perlulah melibatkan diri mereka dalam persatuan-persatuan dan aktiviti-aktiviti yang dianjurkan sama ada di peringkat kolej, fakulti, mahupun nasional. Dengan penyertaan ini, mahasiswa akan berpeluang melalui proses sosialisasi dan pendedahan berinteraksi dengan lebih baik dalam suasana yang sebenar. Hal ini pastinya dapat melahirkan graduan yang mampu berdikari dan ‘kebal’ dalam menghadapi suasana persaingan yang sengit pada hari ini.

Selain itu, PMAPIUM juga berpendapat sudah sampai masanya sistem pengajian di peringkat universiti malah mungkin di peringkat sekolah dikaji semula supaya prosesnya tidak hanya terlalu berorientasikan kepada kecemerlangan akademik, sebaliknya menitikberatkan soal kemahiran dan pembentukan nilai sahsiah yang tinggi dalam kalangan pelajar. Sudah sampai masanya para mahasiswa di universiti diberikan lebih peluang kepada mereka untuk terlibat dalam kancah masyarakat tanpa sebarang gangguan sama ada melalui ugutan pihak pentadbiran universiti ataupun akta yang sebelum ini dilihat sebagai batu menghalang daripada lahirnya pelajar yang mempunyai nilai personaliti yang mantap dan mempunyai ‘ critical thinking’ dan ‘maturity of thought’ yang amat diperlukan pada hari ini.

Kesimpulannya, pengangguran dan fenomena ijazah susut nilai dapat dielakkan sekiranya para graduan sendiri dapat meningkatkan nilai tambah dalam diri mereka. Para siswazah tidak boleh lagi berada dalam kepompong yang lama, sebaliknya perlu terus berusaha dalam memajukan dan melengkapkan diri dengan segala kemahiran dan kriteria yang diperlukan untuk terus bersaing dalam menempatkan diri mereka dalam sektor pekerjaan.

Zulkefly bin Said

Exco akademik dan intelektual

Persatuan Mahasiswa Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya


Thursday, March 5, 2009

AGMPmapium Kali Ke27 Sesi 0809




Sunday, February 1, 2009

Terbongkar syarikat Mesir membekal makanan kepada Israel semasa perang Gaza.


Ahad, 01/02/2009 - Sebuah akhbar Mesir telah membongkar yang sebuah syarikat Mesir telah membekalkan askar-askar rejim Zionis dengan makanan melalui lintasan Owja semasa perang di Gaza manakala lintasan Rafah telah ditutup untuk bekalan bantuan kepada untuk warga Palestin

Akhbar Al-Osbo menyebut setiap minggu konvoi tetap lori membawa bekalan makanan daripada bandar raya Sadat pada lintasan Owja untuk menyampaikan bekalan makanan kepada tentera Israel semasa pencerobohan
mereka di Gaza.

Akhbar itu turut menyatakan kedahsyatan pemikiran syarikat Mesir tersebut tergamak membekalkan askar-askar rejim Zionis dengan bekalan makanan berlabel “Latha” yang bermaksud “Sedap” pada masa sama , rakyat Mesir berang terhadap pencerobohan Israel terhadap rakyat Gaza .

Palestin Kini

Wednesday, January 21, 2009

Pengundi Calon Bebas sokong Pro-M -Malaysiakini

Pungutan suara di kalangan pengundi dua calon bebas yang memenangi kerusi Fakulti Undang-undang dalam pilihanraya kampus Universiti Malaysia kelmarin, menunjukkan majoritinya menyokong kumpulan pro-Mahasiswa.

Dua calon tersebut - Noor Azween Mohd Iqbal dan Lim Bee San - memenangi kerusi Fakulti Undang-Undang.

Pungutan suara itu diadakan ekoran kumpulan yang bertanding dalam pilihanraya kampus kali ini tidak mendapat majoriti besar.

Kumpulan pro-Aspirasi yang kini dikenali sebagai Penggerak Mahasiswa mendapat 20 kerusi daripada 41 kerusi, manakala kumpulan pro-Mahasiswa mendapat 19 kerusi.

Berikutan itu, Lim dan Noor Azween memutuskan untuk mengatakan pungutan suara bagi menentukan kumpulan mana yang akan disokong untuk menubuhkan kabinet Majlis Perwakilan Pelajar (MPP).

Selepas selesai pungutan suara dibuat petang ini, 272 pelajar mengundi menyokong pro-Mahasiswa dan hanya 36 pelajar menyokong pro-Aspirasi.

Pungutan suara tersebut dibuat meliputi pelajar tahun satu, dua, tiga dan empat di dewan kuliah Fakulti Undang-undang.

Ia bermula dengan pungutan suara di kalangan pelajar tahun satu dan dua pagi tadi. Ia diikuti dengan pungutan suara pelajar tahun tiga empat tengahari tadi dan berakhir petang ini.

Exco Keusahawanan dan Ekonomi
Persatuan Mahasiswa Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (PMAPIUM)

Tuesday, January 20, 2009

Pro-Aspirasi tewas di UM-Malaysiakini

Dikemaskini Kumpulan pro-Aspirasi gagal mempertahankan penguasaannya di Universiti
Malaya apabila tewas kepada kumpulan pro-Mahasiswa dan calon bebas dalam pilihanraya kampus semalam.

Kumpulan pro-establishment itu hanya mendapat 20 kerusi daripada 41 kerusi yang dipertandingkan.

Manakala kumpulan pro-Mahasiswa memenangi 19 kerusi dan dua kerusi lagi dimenangi oleh calon bebas.

Kekalahan tipis kumpulan pro-Aspirasi itu diumumkan oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UM), Prof Madya Datuk Dr Azarae Idris pada jam 3.30 pagi di Dewan Tunku Canselor (DTC) di UM.

Dalam pilihanraya kampus lalu, pro-Mahasiswa memenangi 11 daripada 41 kerusi.

Dan dalam pilihanraya kampus semalam, kumpulan yang dianggap anti-establishment itu berjaya menambah lapan lagi kerusi.

Kerusi umum

Kumpulan tersebut menang lapan daripada sembilan kerusi umum dan 13 daripada 32 kerusi fakulti. Calon bebas memenangi dua kerusi fakulti.

Lapan calon pro-Mahasiswa yang menang kerusi umum ialah:

1)Mohamad Hafiz Ilyas.


2)Ahmad Syazwan Mohd Hassan.

3)Mohamad Ridzuan Mohammad.


4)Nurul Fitrah Mohd Ariffin Marican.

5)Chong Yah Huei.

6)Shah Rizul Ayuni Zulkiply.


7)Low Yu Jie.

8)Yap Zhehn Jun.


Manakala satu lagi kerusi umum dimenangi oleh calon pro-Aspirasi.

Peratusan merosot

Menurut keputusan yang diumumkan semalam, Mohamad Hafiz mendapat 5,999 undi, Ahmad Syazwan (5,886), Mohamad RIdzuan (5,474), Nurul Fitrah (5,425), Chong (5,041), Shah Rizul Ayuni (5,000), Low (4,847 dan Yap mendapat 4,683 undi.

Bagi kerusi fakulti pula, calon pro-Mahasiswa menang dua kerusi Fakulti Pengajian Melayu (2), Akademi Pengajian Islam (2) dan masing-masing satu kerusi di Fakulti Perubatan, Fakulti Pergigian, Fakulti Perakaunan dan Perniagaan, Fakulti Pendidikan, Fakulti Sains, Fakulti Bahasa dan Linguistik dan Pusat Kebudayaan.

Calon bebas pula memangi dua kerusi di Fakulti Undang-undang.

Bagaimanapun, peratusan keluar mengundi merosot kepada 69 peratus pada sesi pemilihan kali ini.

Pengerusi pro-Mahasiswa Norazali Zainuddin ketika dihubungi mengesahkan kemenangan kumpulannya itu.

Menurutnya, kemenangan tersebut tidak diijangkakan. Kali terakhir pro-Mahasiswa UM memenangi pilihanraya kampus ialah pada 2004.

Ketika dihubungi Malaysiakini, Norazali menyifatkan kemenangan itu sebagai "angin perubahan" yang sedang melanda universiti itu.

"Kemenangan pro-Mahasiswa kali ini begitu simbolik. Barrack Obama masuk Rumah Putih pada 20 Januari, kita menang pada (pun) pada 20 Januari," kata Norazali.

Pro-Mahasiswa sesi ini mengitar semula tema dan slogan kempen Barrack Obama dalam kempen pilihanraya presiden Amerika Syarikat tahun lepas, Hope and Change dan Change, yes we can.

Norazali bagaimanapun mengakui, situasi pilihanraya kampus di UM lebih bebas berbanding universiti lain. Oleh itu, katanya, ianya membolehkan kempen dilakukan dengan lebih berkesan.

Prose pengiraan undi

Proses pengiraan undi di Universiti Malaya (UM) semalam panas apa kedua-dua kumpulan - pro-Mahasiswa dan Penggerak Mahasiswa - masing-masing saling melaungkan-laungkan kata-kata semangat, malam tadi.

Kira-kira 250 pelajar pro-Mahasiswa berpakaian oren berkumpul berhadapan dengan bangunan Canselori yang terletak di sebelah kiri Dewan Tunku Canselor (DTC) - tempat pengiraan undi dijalankan.

Sebelum itu, pelajar pro M berkumpul untuk mengadakan solat hajat dan Isyak berjemaah. Mereka juga tutut membawa bendera Pro-M dan melilit kepala dengan lilitan berwarna kuning tertulis ‘Pro-Mahasiswa'.

Manakala kira-kira 150 pelajar Penggerak Mahasiswa berpakaian serba hitam berkumpul di sebelah kanan dewan tersebut.

Kedua-dua kumpulan membawa kain rentang masing-masing sambil diperhatikan kira-kira 30 wartawan dan jurugambar yang berada di situ.

Kedua-dua penyokong kumpulan tersebut dipisahkan dengan jarak kira-kira 15 meter dan dikawal oleh Sukarelawan Polis UM (Suksis) kira-kira 50 orang sebelum kedua-dua menghampiri pintu masuk utama DTC kira-kira jam 10.30 malam.

Suasana panas

Kedua-dua kumpulan saling berteriakan. Pro-Mahasiswa berteriak ‘Hope and Change, Yes We Can', ‘Hancur, hancur, hancur rasuah' dan ‘Student Power' beberapa kali.

Dalam masa yang sama Penggerak Mahasiswa membalas dengan laungan ‘Fitnah, fitnah, fitnah rasuah', ‘Hidup, hidup, hidup perpaduan' dan ‘sayang, sayang, sayang perpaduan' beberapa kali.

Keadaan menjadi lebih panas, apabila seorang aktivis Penggerak Mahasiswa melaungkan kata-kata berunsur provokasi terhadap pro-Mahasiswa.

Kata-kata tersebut disambut oleh penyokongnya dengan sorakan dan tiupan wisel.

Kemudian pro-Mahasiswa melaungkan ‘Gerak, Gerak, Gerak Rasuah' sambil menunjukan duit kertas RM 10 ringgit kepada Penggerak.

Pilihanraya kampus yang berlangsung semalam mempertandingkan 41 kerusi - 9 kerusi umum dan 32 kerusi fakulti.

Sesi lalu, pro-Mahasiswa menguasai 11 daripada 41 kerusi yang dipertandingkan.

LAPORAN OLEH : WARTAWAN PRO-M UM

Friday, January 16, 2009

Ape patut korang buat kalau kene ugut?

Cerita budak-budak UM (dan IPTA-IPTA yang lain juga), khususnya budak-budak first year yang kena gertak, kena ugut atau kena paksa oleh Orang kuat Aspirasi di Kolej bukan cerita baru. Setiap kali ada pilihanraya kampus diadakan, tentu cerita-cerita sebegini akan timbul. Sudah tiba masanya untuk kita semua menghentikan semua gertakkan, ugutan atau paksaan ini. Takkan umur dah nak masuk 21 tahun, masih nak kena ugut dan paksa.

Ugutan dan paksaan ini biasanya dibuat secara halus. Ugutan ini biasanya dibuat dengan cerita-cerita tentang “kertas undi ada nombor siri dan kami boleh trace korong undi saper”; “kalau kami tahu korang undi group pembangkang, next sem korang akan dibuang kolej”; “kalau korang undi pembangkang universiti akan buang korang”; “kalau korang undi pembangkang hidup korang akan susah”; kalau korang undi pembangkang banyak benda korang tak boleh buat”; - ini adalah antara ugutan-ugutan yang biasa student khususnya budak first year terima.

Biasanya Orang kuat Aspirasi di kolej akan panggil budak-budak first year yang dilihat cenderung kepada group yang dilabelkan sebagai pembangkang ini, untuk berjumpa dengan mereka. Waktu berjumpa inilah mereka akan bertanya macam-macam soalan. Soalan-soalan ini adalah untuk menakut-nakutkan student tersebut. Kemudian cerita-cerita “kena buang kolej” “kertas undi bernombor siri” “kena buang universiti” semuanya akan ditabur ke dalam otak student-student yang dipanggil itu.

Jadi, soalnya sekarang kalau korang digertak, diugut atau dipaksa oleh orang-orang aspirasi, apa yang perlu korang buat?

Kalau korang berasa yang korang digertak, diugut atau dipaksa membuat sesuatu yang korang tak nak buat (seperti kena paksa undi calon Aspirasi, kena ugut jangan undi calon Pro M, kena paksa jadi calon, kena paksa jadi jentera Aspirasi, kena paksa jadi pak guard untuk berkawal di kolej, kena ugut buang kolej dan seumpamanya), berikut adalah beberapa perkara yang korang boleh lakukan:

Lepas selesai “kejadian gertakkan, ugutan atau paksaan” itu berlaku, cepat-cepat buat perkara berikut:

1. Catatkan nama orang yang memaksa atau mengugut korang.

2. Catatkan jawatan orang yang ugut dan paksa korang tu.

3. Catatkan tarikh, hari apa, pukul berapa dan tempat kejadian ugut atau paksaan tu berlaku.

4. Kalau yang paksa dan ugut korang tu ramai, senaraikan semua nama dia orang dan jawatan dia orang.

5. Tulis balik detail kejadian tu secara terperinci misalnya apa yang diugut, bagaimana ugutan itu dibuat, perkataan dan ayat yang digunakan untuk mengugut, nada suara yang digunakan atau body language yang ditunjukkan ketika mengugut. Jika ada kata-kata kesat yang dikeluarkan atau kekerasan fizikal dilakukan ke atas korang, make sure korang tuliskan dengan terperinci semua ini.

6. Kalau korang ada saksi kejadian tu, tulis nama saksi yang berada di tempat kejadian.

7. Lagi chantek, kalau korang ada handfone berkamera yang boleh rakam, make sure korang rakamkan kejadian ugutan tu. Halakan kamera handfone korang ke arah orang (atau orang-orang) yang mengugut korang tu secara sembunyi-sembunyi. Kalau susah nak rakam gambar, rakamkan je suara dia orang.

8. Selepas korang kena ugut atau paksa tu, tuliskan apa perasaan korang. Rasa takut ke, rasa tak selesa ke, rasa trauma ke, rasa tak adil ke, rasa berdebar ke, rasa gelabah ke, rasa gentar ke, rasa terkujat ke, rasa geram ke, dan sebagainya.

Setelah korang selesai tulis semua detail-detail di atas, kontek budak-budak yang bertanding bukan di atas tiket Aspirasi yang korang kenal dan berikan laporan aduan bertulis korang tu pada dia orang.

Yang penting, kalau korang rasa korang digertak, diugut atau dipaksa, tolong buat aduan secara bertulis mengikut garis panduan yang disediakan di atas.

Jangan jadi mahasiswa yang takut kerana takut itu hanya akan memanjangkan lagi penindasan. Jadilah mahasiswa yang berani kerana keberanian itu akan meruntuhkan penindasan yang sedang dijalankan.

Selamat Mengundi. Undilah kerana kerelaan dan bukan kerana ugutan
Oleh: IsmiFaden

Thursday, January 15, 2009

Terdesak: Kepala Babi Dalam Surau API


Kuala Lumpur, 16 Jan - Surau Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya gempar pagi ini apabila kepala seekor babi beserta bendera Pas dengan tulisan ‘PMI, PRO M, PAS’ dijumpai di dalam surau tersebut.

Kepala binatang tersebut dianggarkan diletakkan oleh kumpulan yang tidak dikenali kira-kira pukul 5.00 pagi sebelum Subuh.

Menurut jurucakap Pro Mahasiswa, saudara Shahir Abdul Aziz, beliau hairan sambil menimbulkan tanda tanya tentang kejadian ini apabila kepala babi berserta bendera Pas tersebut diletakkan di surau Akademi Pengajian Islam.

“Saya yakin ada pihak yang ingin menyatakan protes terhadap Pro Mahasiswa dan PMI (Persatuan Mahasiswa Islam).

Selain itu, timbul persoalan kenapa kejadian begini berlaku dalam musim PRK sekarang, malah surau Akademi Pengajian Islam menjadi tumpuan?,”ujar beliau sambil mengajukan tanda tanya.

Selain itu, presiden Pro Mahasiswa Nasional merangkap Pro Mahasiswa Universiti Malaya, saudara Norazali Zainuddin menyatakan kejadian ini mungkin disebabkan beberapa pihak yang tidak puas hati dengan tindakan Pro Mahasiswa dalam menyatakan pendirian dan pendedahan isu termasuk rasuah dan penyalahgunaan wang dalam politik kampus.


“Saya yakin ada pihak yang rasa terkesan dan seperti mahu menutup mulut kami dalam menyatakan pendirian kami terhadap rasuah dan penyalahgunaan wang yang berleluasa dalam PRK sekarang, selin itu, isu ini sengaja dicetuskan bag imegalih perhatian umum kepada isu rasuah yang lebih besar,”ujar beliau.

Pilihanraya kampus kali disifatkan sebagai yang paling teruk dalam sejarah demokrasi kampus apabila berleluasanya politik wang dan penyalahgunaan kuasa oleh beberapa pihak dalam memenangi pilihanraya.

Isu rasuah TNC HEP yang dibawa oleh Pro Mahasiswa mendapat liputan dan respon panas dari pelbagai pihak. Ekoran dari isu ini, markas Pro Mahasiswa digeledah oleh pihak polis tanpa waran geledah dan kamputer riba diambil. Malah pagi ini, kejadian kepala babi dijumpai di surau API menimbulkan tanda tanya.

Pihak polis masih meneruskan penyiasatan atas kes ini.-
mahasiswakini

Saturday, January 10, 2009

3,000 Mahasiswa Berdemontrasi Kutuk Israel di Hadapan Kedutaan Mesir



Jumaat, 9 Januari, Kuala Lumpur : Hampir 3,000 mahasiswa Islam berjaya dikumpulkan oleh Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia untuk berhimpun di depan kedutaan Mesir bagi menyuarakan bantahan dan kutukan di atas tindakan Mesir menutup sempadannya dari menerima kemasukan pelarian Gaza yang terpaksa menyelamatkan diri dari serangan 14 hari bertubi-tubi Israel laknatullah.

Rejim Husni Mubarak bukan sekadar bersekongkol dengan Israel membunuh kanak-kanak dan wanita Palestin, malah menangkap dan membantai rakyatnya sendiri yang terlibat di dalam demo mempamerkan solidariti bersama rakyat Gaza. Mubarak yang sangat degil dan bongkak tidak mahu membuka pintu sempadan Gaza-Mesir di Refah. Ini mengakibatkan bantuan kemanusiaan dunia tidak akan dapat dibawa masuk. Maknanya makanan akan kehabisan, hospital akan kehabisan bekalan ubatan, rakyat Gaza akan mati secara beramai-ramai!!!

Demontrasi tersebut telah berjaya membabitkan semua Persatuan Mahasiswa Islam dan NGO Mahasiswa dari seluruh Malaysia, khususnya dari GAMIS peringkat negeri seperti Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan seluruh Malaysia. Turut sama menjayakan demontrasi ini adalah Solidariti Mahasiswa Malaysia, Pro Mahasiswa Nasional, PKPIM dan beberapa mahasiswa antarabangsa.

Demontrasi kali ini mencatat sejarah penting pada mahasiswa Islam dan GAMIS khususnya kerana kerahan yang begitu besar membabitkan hampir belasan bas dari serata Malaysia bagi menunjukkan simpati, sokongan dan semangat jihad yang tinggi anak muda Islam di Malaysia kepada gerakan Islam HAMAS yang sedang berjuang mempertahan Gaza dari serangan Yahudi Israel.

Selain dari itu, perjalanan sejauh 3 kilometer dan mengambil masa hampir 45 minit untuk ke kedutaan Mesir telah memberikan kepuasan kepada mahasiswa untuk meluahkan perasaan dan pendirian mereka pada rakyat yang menyaksikan demontrasi tersebut. Banner bertulis "Hancur Yahudi" dan slogan "Save Gaza" yang begitu banyak dan berwarna warni menyemarakkan lagi konvoi raksasa mahasiswa.

Ketika berlangsung demontrasi mahasiswa di KLCC, dilaporkan hampir kira-kira 5,000 pemuda Parti Islam Se-Malaysia dan NGO turut sama melakukan demontrasi di kedutaan Amerika Syarikat yang tidak jauh dari demontrasi GAMIS tersebut.

Sejurus tiba di hadapan kedutaan Mesir, antara pimpinan mahasiswa yang berucap adalah wakil PKPIM, Presiden Parti Mahasiswa Negara, saudara Azlan Zainal, bacaan sajak Gaza oleh saudara Faisal Mustafa, penyerahan memorandum dan pidato penutup oleh Presiden GAMIS, ustaz Dzulkhairi Mohd Nor. Presiden GAMIS dalam ucapannya mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Mesir yang sanggup berkompromi dengan Israel menutup pintu sempadan dari menerima pelarian Palestin di Gaza.

Gamisdaily


Wednesday, January 7, 2009

Strategi efektif Hamas, Allah hu Akbar.

GAZA (Arrahmah.com) - Sepuluh tentara zionis Israel tewas dan lebih dari 30 lainnya mengalami luka-luka dalam perang melawan al-Qossam, sayap militer Hamas tadi malam (5/1) di Gaza utara.

Sumber al-Qossam seperti yang dilansir infopalestina mengatakan, para mujahidnya berhasil menarik pasukan khusus infantry Israel ke satu rumah yang sudah dipasangi ranjau darat. Akibatnya sepuluh tentara tewas seketika dan puluhan lainnya luka-luka.



Al-Qossam menyebutkan, mereka mengepung pasukan tersebut, lalu meledakan rumah itu. Sementara pasukan khusus Zionis yang dilengkapi dengan roket dan senjata berat terperangkap di dalamnya. Mereka terbunuh sebelum helikopter menyelamatkan mereka. Akhirnya mereka dapat dievakuasi, setelah helikopter menghancurkan blokade militer ditengah asap tebal mesiu.

Dengan keberhasilan ini, Al-Qossam mengumumkan, pihaknya telah membunuh 10 serdadu Zionis dan melukai 30 lainya. Ia berjanji akan mengumumkan keberhasilan operasi ini secara rinci.

Sementara itu, Juru Bicara Al-Qossam, Abu Ubaidah berjanji akan menghadapi pasukan Israel yang masuk Gaza dengan perlawanan sengit. Ia mengatakan, serdadu Israel tak akan dapat keluar dari Gaza dengan selamat, sebagaimana ia janjikan untuk memberikan kejutan-kejutan lainya.


(Hanin Mazaya/infopalestina/arrahmah.com)

Sunday, January 4, 2009

Tentara Zionis Mulai Invasi Jalur Gaza Melalui Darat

"Israel (Arrahmah.Com) - Mengutip pejabat Israel, Kantor Berita BBC melaporkan, tentara darat Israel sudah mulai bergerak memasuki Jalur Gaza. Setelah sepekan menggempur melalui udara, kini Zionis masuk melalui darat tanpa menghiraukan kecaman dunia.

Pada Jumat pagi waktu setempat, Perdana Menteri Ehud Olmert, Menteri Pertahanan Ehud Barak, Menteri Luar Negeri Tzipi Livni dan anggota kabinet lainnya berdiskusi soal serangan darat Israel.

Juru bicara pemerintah Israel Mark Regev menyatakan, pertemuan itu juga dihadiri pejabat militer dan intelijen Israel. Lampu hijau untuk serangan darat keluar setelah pemerintah Amerika Serikat Jumat kemarin memberi lampu hijau bagi Israel.

"Saya kira langkah yang diambil, apakah itu dari darat atau udara, merupakan satu paket operasi militer. Itu merupakan keputusan yang sudah diambil Israel," ujar Gordon Johndroe, deputi bidang press Gedung Putih.

Langkah evakuasi warga sipil dari Gaza, merupakan pertanda serangan darat semakin dekat. Saat ini sudah 400 warga yang memegang paspor asing dari Rusia, AS, Turki, dan Norwegia, sudah meninggalkan Gaza.

Sementara Sayap Militer Hamas, Brigade Izzudin Al Qassam bersama Para MUjahidin Dari Jihad Islam dan yg lain tak tinggal diam dengan ancaman serangan darat itu. Pemimpin biro politik Hamas Khaleed Meshaal Jumat kemarin mengatakan, pihaknya telah menyiapkan kejutan bagi tentara Israel yang masuk Gaza. Dia menyebutnya dengan "black destiny" bagi tentara Israel. "Jika Anda (Israel) melakukan langkah bodoh dengan menyerang dari darat, black destiny akan menanti Anda," kata Meshaal.

Hingga dari kedelapan serangan Israel, sebanyak 436 orang tewas dan 2.250 lebih terluka. Sementara Israel sudah kehilangan enam warganya (termasuk militer) dan 16 lainnya dilaporkan terluka akibat serangan roket dan mortir Hamas.

Bagi Mujahidin, invasi israel melalui darat adalah kehancuran Israel, dan permulaan Hitam bagi zionis utk dihabisi, Semoga Allah melindungi sauda-saudara kitadi Paletina, dan memberikan kekuatan serta ketabahan buat ara Mujahidin di Palestin, Allahu Akbar, Wal Izzatu lillah.!
(Prince of Jihad/Arrahmah.com)"

Oleh aberod

Hamas : Rejim Zionis akan membayar harga yang mahal atas darah kami !

Isnin ,05/01/2009 -Pemimpin Hamas , Ismail Radwan pada petang Sabtu menyatakan bahawa pejuang dan kepimpinan Palestin di Semenanjung Gaza tidak akan meninggalkan medan perang dan akan kekal berjuang sehingga ke titisan darah terakhir dan memberi amaran kepada rejim Zionis , mereka akan membayar harga yang sangat mahal atas pertumpahan darah ini.

Dalam satu kenyataan akhbar yang disiarkan di kaca TV , Radwan menegaskan bahawa orang Israel menceroboh bertujuan untuk menjalankan projek perkauman yang ektrim dengan melanyak sesuka hati hak2 rakyat Palestin.

"Gaza akan menjadi satu kawasan perkuburan untuk anda (baca : rejim Zionis ) dan pencerobohan ini tidak akan menjadi satu perkara bersenang lenang. Anda tiada pilihan hanya untuk menghentikan pencerobohan dan menghapuskan pengepungan tanpa syarat. Anda tidak akan berseronok kecuali penduduk Palestin menikmati ia terlebih dahulu ," tegas pemimpin Hamas tersebut.


Note:
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : gunx

Thursday, January 1, 2009

TAHUN BARU MASIHI DAN HIJRAH: RASA LEKA VS RASA SYUKUR

Tahun baru yang tiba membuka lembaran episod baru dalam kehidupan kita umat manusia. Siang dan malam yang silih berganti tanpa jemu melengkapkan peredaran sehingga cukup setahun tidak kira tahun hijrah dan masihi yang akan disambut selang beberapa hari. Umat manusia menggaru kepala memikirkan kenapa begitu cepat masa berlalu sedangkan baru beberapa kerja dilakukan, baru beberapa agenda dilaksanakan dan kenapa masa berputar sebegitu pantas.

Anak-anak di Palestin terus menghitung hari bila agaknya mereka merdeka kerana setiap hari mereka senantiasa mendengar dentuman bom dan nyanyian peluru yang tidak bermata oleh Yahudi dan Amerika. Anak-anak muda Malaysia menghitung waktu bila tahun baru masihi akan disambut untuk melihat konsert-konsert, berpesta minuman keras, berhibur sehingga melalaikan dan yang menjadi simbol tahun baru bermula dengan percikan bunga api di langit-langit bandaraya metropolitan di Negara Malaysia .
Tahun 1430 hijrah akan tiba dengan membawa seribu erti kepada umat Islam yang mengerti erti sebuah kehidupan yang diredhai oleh Allah s.w.t. Peristiwa hijrah yang disambut saban tahun mengajak seluruh umat Islam untuk bermuhasabah dan mengkoreksi diri selama setahun apa yang telah dilakukan dan tidak terhenti sekadar itu sahaja, tetapi hijrah perlakuan apa yang dilakukan untuk mendapat redha Allah s.w.t. Allah s.w.t berfirman dalam surah Al-Ahsr yang bermaksud:

“Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati dengan kesabaran.”
Dalam ayat ini membawa kita meneliti setiap perincian detik waktu yang kita lalui sama ada diisi dengan perkara sia-sia atau dengan jalan yang diredhai oleh Allah s.w.t. Apabila melihat situasi di Malaysia pengkoreksian dan muhasabah sering diabaikan terutamanya kepada anak muda apabila tibanya tahun baru apatah lagi tahun baru hijrah.

Jika ditanya kepada anak muda dan remaja kini “ apa yang anda faham erti hijrah?”. Semestinya ramai yang menggeleng kepala dan bertanya kembali sambil menggaru kepala tanda meminta kepastian “hijrah?”. Bermain di minda masyarakat kenapa anak muda sedemikian jadinya tidak mengerti langsung erti hijrah.

Hijrah yang harus difahami adalah peristiwa perpindahan Nabi Muhammad s.a.w dan Umat Islam Mekah ke bumi Madinah untuk menyebarluaskan agama Islam setelah 13 tahun berdakwah kepada penduduk Mekah dengan hasil yang sedikit. Bertitik tolak peristiwa hijrah inilah Islam berkembang pesat sehingga seantero dunia mengenali Islam sehingga ke hari ini. Bersempena dengan penghijrahan inilah perhitungan tahun hijrah dimulakan apabila Saidina Umar Al-Khattab khalifah Islam yang kedua memanggil sahabat-sahabatnya untuk berbincang perkiraan tahun Islam setelah banyak peristiwa yang bersejarah dilalui mereka dengan pelbagai perbezaan pendapat tentang tarikh-tarikh peristiwa tersebut. Saidina Umar Al-Khattab telah memutuskan bahawa 1 Muharram merupakan hari pertama tahun Islam sementara Hijrah sebagai tahun bersempena perpindahan Nabi Muhammad s.a.w ke bumi Madinah yang pada ketika itu yang dinamakan Yathrib. Sebenarnya 1 Muharram bukanlah tarikh tepat perpindahan Rasulullah s.a.w ke Madinah. Rasulullah s.a.w telah berpindah dari Mekah al-Mukarramah pada 1 Rabiul awwal dan sampai ke Madinah pada 12 Rabiul awwal selepas 13 tahun menjadi Rasul. Saidina Umar r.a telah berijtihad dan memperawalkan 2 bulan untuk menjadikan 1 Muharram tarikh memperingati peristiwa besar perpindahan Rasulullah s.a.w.

Abu Mazaya Al-Hafiz dalam karangannya Sirah Dan Riwayat Hidup Nabi Muhammad S.A.W telah menceritakan bagaimana perit jerih Rasulullah s.a.w dalam perjalanan ke Madinah kerana musyrikin Mekah memburu Rasulullah. Bukan sekadar itu sahaja Saidina Ali sanggup mempertaruhkan nyawanya menggantikan tempat tidur Nabi s.a.w ketika malam penghijrahan berlaku. Seharusnya selaku umat Islam kita perlu mengerti bahawa hijrah bukanlah hanya soal perpindahan dari Mekah ke Madinah tetapi lebih dari itu seperti pembebasan dari belenggu penyiksaaan musyrikin Mekah terhadap muslimin Mekah. Penghijrahan ini jugalah bermulanya pembentukan Negara Islam yang unggul sehingga dikagumi oleh semua bangsa dan negara pada ketika itu kerana mempunyai sistem pentadbiran yang teratur dan tersendiri berteraskan Al-Quran dan Al-Sunnah. Rasulullah juga mempereratkan dengan mempersaudarakan golongan Muhajirin dan Ansar dalam memperkukuhkan Islam. Allah s.w.t merakamkan peristiwa persaudaraan ini dalam surah Al-hasyr yang bermaksud:

“Dan orang-orang yang telah menempati kota Madinah dan telah beriman (Ansar) sebelum kedatangan mereka (Muhajirin), mereka (Ansar) mencintai orang yang berhijrah kepada mereka (Muhajirin), dan mereka (Ansar) tiada menaruh keinginan dalam hati mereka terhadap apa-apa yang diberikan kepada mereka (Muhajirin) dan mereka mengutamakan (orang-orang Muhajirin) atas diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam kesusahan dan siapa yang dipelihara dari kebakhilan dirinya, mereka Itulah orang orang yang beruntung”

Dalam ayat ini Allah menceritakan bahawa bagaimana golongan Ansar membantu golongan Muhajirin Mekah dengan segala yang ada atas nama kecintaan persaudaraan Islam sehingga sanggup berkongsi apa sahaja dan sanggup memberikan separuh dari harta golongan Ansar kepada muhajirin.

Dengan peristiwa hijrah yang telah dilalui 1430 tahun ini seharusnya umat Islam mengerti erti sebenar hijrah agar dapat diimplimentasikan dalam kehidupan. Langkah NGO Teras Penggupayaan Melayu (TERAS) membesarkan tarikh hijrah ini amatlah dihargai kerana TERAS telah mengambil tarikh 1 Muharram sebagai tarikh muktamar justeru pengkoreksian gerak kerja yang dilakukan selama satu tahun. Presiden TERAS Tuan Haji Mohd Azmi Abdul Hamid menyatakan bahawa tarikh 1 muharram ini dijadikan asas permulaan setahun kerana umat Islam sudah melupakan erti hijrah apatah lagi kesedaran terhadap Islam kian dipinggirkan maka sambutan 1 muharram haruslah diagungkan agar Islam dipandang tinggi.

Bagi Umat Islam tahun Hijrah ini adalah detik memuhasabahkan diri dengan perlakuan terdahulu. Pengkoreksian diri memungkinkan umat Islam mengerti erti keperibadian yang cemerlang berlandaskan Al-Quran dan Al-Sunnah. 1 Muharram juga Umat Islam digalakkan memohon ampun kepada kepada Allah s.w.t atas dosa-dosa lampau agar Allah membuka pintu taubat-Nya kepada hamba-Nya yang soleh. Ibadah-ibadah juga perlu diperbanyakkan menjelangnya tahun baru hijrah ini kerana Insan yang unggul adalah Insan yang lebih baik peribadi dan ibadahnya dari yang masa lepas. Nilai-nilai ibadah perlu dipertingkatkan supaya rohani jasmani senantiasa hampir dengan Allah s.w.t.

Kebanyakan di Malaysia 1 Muharram disambut dengan bacaan Yasin dan solat hajat secara berjemaah di peringkat surau, madrasah dan juga masjid. Dengan cara inilah umat Islam berkumpul mengkoreksi diri dan secara tidak langsung dengan pertemuan sebegini mengeratkan ukhuwah dan bertepatan dengan peristiwa hijrah iaitu merperkukuhkan persaudaraan. Dengan persitiwa tahun baru juga digalakkan umat Islam memaafkan kesalahan sahabat handainya untuk merapatkan silaturrahim justeru meninggkan martabat Islam.

Selang beberapa hari perpindahan tahun hijrah kepada 1430 hijrah, menjelang pula perpindahan tahun masihi dari tahun 2008 kepada 2009. 31 Disember menjadi penantian sebilangan anak muda terutamanya di kota untuk menyembut perayaan sambutan tahun baru dengan riang gembira dan diserikan lagi kononnya dengan aktiviti yang berfaedah seperti hiburan konsert oleh artis-artis terkemuka, hidangan minuman keras, pesta seks, pesta buih, merempit dan sebagainya.

Dataran Merdeka, Bukit Bintang, Bangsar dan Kuala Lumpur City Center KLCC menjadi tempat bertandang anak muda untuk mencari erti tahun baru. Apabila ditanya kepada anak muda “ apa erti sebuah tahun baru dan di manakah tahun baru wajar disambut?” pasti ramai yang menjawab erti sebuah tahun baru adalah kemerdekaan jiwa anak muda dengan berorientasikan hiburan dan di tempat-tempat hiburanlah harus disambut tahun baru. Kemeriahan tahun baru bukanlah hanya dirasai di Malaysia bahkan satu dunia menyambut kedatangan tahun baru ini dan sambutannya seakan-akan sama setiap negara seperti percikan bunga api dan juga konsert-konsert oleh artis-artis terkenal.

Selaku rakyat Malaysia yang prihatin saling bertanya sesama sendiri adakah dengan hiburan sebegini anak muda terutamanya berubah menjadi baik atau semakin teruk ditelan hiburan yang melalaikan.

Setiap tahun kita melihat di tempat-tempat yang menjadi tumpuan anak muda kelihatan sebuah masyarakat yang hancur ditelan kemodenan seperti selari dengan pembangunan yang dikecapi. Berbondong-bondong anak muda dengan pakaian ala barat yang diagungkan, anak-anak Melayu seperti hilang kemalayuannya dengan cara penampilan yang sangat asing dengan budaya tempatan seperti kembali ke zaman nomad yang tidak berbaju terutamanya perempuan, rambut-rambut yang diwarnakan dan segala macam jenis sifat yang sukar digambarkan di akal kita berada di bumi Malaysia yang telah merdeka 50 tahun. Persoalannya adakah kemerdekaan yang dikecapi selama 50 tahun hanyalah dari segi kemerdekaan penjajahan kolonial dan tidak merdeka dari segi minda.

Sambutan tahun baru di Malaysia yang disambut satu malam untuk menyembut kehadiran erti setahun yang akan datang seakan-akan tidak bererti apabila masalah sosial semakin menjadi-jadi. Tanpa segan silu apabila percikan bunga api di udara mengagumkan penonton ada sebilangan anak muda Melayu yang berciuman seolah-olah kelihatan pesta sambutan tahun baru ini seperti di negara-negra barat bahkan lebih dari itu. Sambutan ini juga mencerminkan hilangnya nilai-nilai ketimuran yang didewakan oleh sesetengah pemimpin yang tidak turun melihat gelagat anak muda dewasa ini.

Tepat detik 12.00 malam tempat-tempat yang dikunjungi anak muda sudah tidak terkawal apabila lelaki dan perempuan berpelukan, menari bersama, berciuman, bahkan ada tempat yang menjadikan sambutan tahun baru sebuah pesta seks percuma. Selepas daripada detik percikan bunga api anak muda ada yang memperjudikan nyawa dengan merempit dan ada yang lebih dasyat lagi menunggu tarikh 1 Januari 2009 untuk berkelahi dan bergaduh sesama sendiri dan yang lebih menyedihkan bangsa Melayu sendiri yang melakukan perkara sedemikian. Jika kita masih meragui perkara ini, boleh sahaja kita melihat gelagat-gelagat ini terpampang di dada-dada akhbar dan paparan televisyen pada keesokan harinya.

Seharusnya semua pihak haruslah berganding bahu memikirkan masalah sosial yang menyelubingi anak muda Malaysia supaya mereka sedar erti sebuah tahun baru atau penghijrahan. Sememangnya anak muda yang berdarah panas kononnya mahukan hiburan, bekas Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Datuk Haji Md. Hashim Haji Yahaya menyatakan bahawa program hiburan dan seumpamanya yang boleh diadakan bagi menyerikan kedatangan tahun baru seperti dendangan nasyid serta puisi Islami yang dapat membangkitkan kesedaran terhadap tangggungjawab serta perasaan cinta akan negara. Langkah ini telah diambil oleh Masjid Syakirin KLCC dengan mengadakan nasyid dan juga puisi-puisi Islami dalam menyambut sambutan tahun baru tetapi kehadiran pengunjung yang datang tidak sehebat konsert-konsert hiburan yang melalaikan oleh artis-artis terkenal. Kita bukalah menuduh bahawa konsert sebegitu tidak bagus tetapi konsert-konsert sebegitu haruslah berorientasikan Islam agar kesedaran cinta akan tanah air, agama tersemai kukuh berlandaskan cara Islam dan bukannya bertuhan cara barat yang songsang.

Program-program kesyukuran sambutan tahun baru perlulah diperbanyakkan agar masyarakat dapat menginsafi diri dan juga mengkoreksi diri supaya menjadi insan dan masyarakat yang benar-benar bertamadun. Pihak kerajaan perlulah memainkan peranan dalam soal ini di bawah pengelolaan menteri berwajib supaya hiburan rantaian hidonosme dapat dijauhi dan majlis kesyukuran sambutan tahun baru diperhebatkan.

Bantuan-bantuan NGO juga perlu diperkuatkan, langkah PEKIDA dan PERKID amatlah dihargai dengan membuat program-program untuk meleraikan masalah sosial anak muda Islam, tetapi tidak cukup dengan hanya dua NGO yang bertanggungjawab dalam hal ini tanpa dibantu oleh NGO lain dan yang penting bantuan pihak berwajib seperti Jabatan Agama Islam Negeri.

Peranan yang terpenting perlu dimainkan adalah peranan ibu bapa. Ini kerana ramai yang hadir ke tempat-tempat sedemikian adalah remaja di bawah 18 tahun yang berada di bawah jagaan ibu bapa. Maka ibu bapa harus mengewasi tingkah laku anak supaya tidak tergelincir ke arah yang buruk.

Kehidupan yang dilalui perlulah bermatlamat jelas, semua pihak harus berganding bahu bersama-sama memperkukuhkan sambutan tahun baru ini dengan program dan majlis-majlis yang berfaedah yang bukannya berpaksikan hiburan semata-mata. Muhasabah diri perlulah menjadi teras program dan majlis yang disambut agar masyarakat mengerti sebuah kehidupan yang bermakna. Seluruh rakyat Malaysia haruslah menyemai nilai-nilai moral dan modal insan yang tinggi agar seluruh dunia memandang bahawa rakyat di Negara Malaysia adalah bertamadun tinggi dan perlu diteladani.

Zulzaidi
Exco Akademik Dan Intelektual,
Persatuan Mahasiswa Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya

PMAPIUM ©Template Blogger Green by Dicas Blogger.

TOPO