Asalamualaikum kepada semua pengunjung blog ini.. semoga blog ini sedikit sebanyak mmberi manfaat kepada anda.. Insyaallah.

Friday, June 17, 2011

BICARA MAYA SEMPENA HARI BAPA




Ibu-bapa mempunyai kedudukan di sisi Allah swt sehingga Allah swt memerintahkan kita supaya berbuat baik kepada mereka selepas perintah mengabdikan diri kepada-Nya.




Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:



"dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya Engkau tidak menyembah melainkan kepadanya semata-mata, dan hendaklah Engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua Dalam jagaan dan peliharaanMu, maka janganlah Engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "ah", dan janganlah Engkau membentak keduanya, tetapi Katakanlah kepada keduanya perkataan yang baik."



(Al-Isra 23)



Pengorbanan lelaki bergelar ayah tidak boleh dinilai dengan wang atau harta benda. Segala kesusahan ketika membesarkan kita dari kecil hinggalah saat amatlah besar pengorbanannya. Pandanglah pengorbanan seseorang ayah dengan mata hati , pasti kita dapat melihat apa yang tersirat melalui yang tersirat. Tidak dilupakan, sebagai seorang anak kita juga dituntut supaya mengenang akan jasa dan pengorbanan ibu kita. Firman Allah S.W.T yang bermaksud:

"dan Kami perintahkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya Dengan menanggung kelemahan Demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah Dalam masa dua tahun; (dengan Yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan)."



(Luqman 14)



Alangkah sedihnya melihat masyarakat hari ini apabila ada anak yang sanggup mendera,membiarkan malah sanggup mencederakan ibu mereka apabila kehendak hati mereka tidak dipenuhi. Anak yang menderhaka juga adalah disebabkan hilangnya nilai keimanan dalam diri seseorang(tidak usaha di atas iman mereka) dan jiwa mereka di kuasai nafsu.T ekanan hidup hari ini juga menjadikan hubungan kekeluargaan kian jauh dan intitusi kekeluargaan makin rapuh.



Sahabat-sahabat yang di rahmati Allah,



Bagi anak-anak jasa dan pengorbanan ibu bapa sangat besar nilainya. Mereka dengan penuh rasa tanggungjawab membesar, mendidik dan memelihara anaknya hingga menjadi manusia yang berguna kepada masyarakat dan negara. Seorang anak yang diasuh dan dididik dengan nilai agama, hendaklah memberi penghormatan dan kasih sayang sewajarnya kepada mereka.



Kita hendaklah menunjukkan rasa terima kasih dengan sentiasa berbuat baik dan tidak melanggar segala perintahnya, menjaga perasaannya jangan sampai terluka serta menjaganya ketika mereka dalam tua atau uzur.



Marilah sama-sama berdoa:



"Ya Allah, ya Tuhanku, ampunkanlah dosa-dosaku, dosa kedua ibu bapaku, rahmatilah mereka dan kasihilah mereka seperti mana mereka mengasihiku dan memeliharaku sejak dari kecil hingga dewasa."



Buat ayahanda tercinta, salam mesra terindah kukirimkan, salam mujahidah sesuci telaga kauthar , salam sayang yang harumnya bak kasturi, salam penghormatan, kasih dan cinta yang tidak pernah pudar dalam setiap musim dan masa.



Terima kasih ayah atas segala-galanya, doa ibu membawa ke syurga, kasih ayah jalan ke syurga



Ingatlah wahai sahabat-sahabat,


Sabda Nabi S.A.W yang bermaksud:



"Keredhaan Allah daripada keredhaan ibu-bapa dan kemurkaan Allah daripada kemurkaan ibu-bapa"



(Riwayat Tirmizi)



Penulis:


Nurul Ain bt Hashim


Timb. Exco Sukan & Rekreasi


PMAPIUM


Sesi 2011/2012




Wednesday, June 15, 2011

GELARAN SEORANG ANAK


Mad Ingat lagi cerita ini, ketika itu Mad menjadi guru ganti seketika di sekolah Menengah Islam Hidayah, perjalanan Mad dari rumah ke sekolah mengambil masa 45 Minit, Tarikh yang dirindui bagi semua Ibu adalah “Hari Ibu”....,

pagi sebelum Mad pegri kerja, umi tegur, “Mad....Mad balik rumah tak hari ini, lewat ke awal?”

“Insya Allah umi, Mad balik...., bila kerja siap, Mad akan cepat-cepat balik, Mad kan anak umi~”,

Mad terlupa yang hari itu adalah “Hari Ibu”...


5.00 p.m


Ketika dalam perjalanan pulang ke rumah,

Mad mendengar Radio IKIM dot FM pilihan Utama anda~

kebetulan, slot tentang ucapan untuk hari Ibu...

Ibu... Umi~ “Oh......., patutlah umi Tanya pagi tadi... Ya Allah”

Nah...sepanjang perjalanan diceritakan oleh anak-anak yang menelefon semua tentang pengorbanan seorang Ibu, antara yang Mad betul-betul tersentuh kisah anak dan penjual karipap...

Anak ini mengelarkan dirinya Embok, kerana kini umur menjangkau 55 Tahun,

Embok mempunyai ramai adik-beradik kerana ayah nya berkahwin empat,

Kali terakhir Embok dapat merasai kasih sayang dari seorang Ibu ketika berumur 12 tahun,

Embok suka dengan masakan Ibu, sepanjang persekolahan, Embok tidak pernah makan makanan di kantin sekolah melainkan makanan yang dibekalkan oleh Ibu, Ibu pesan, “jangan membazir, guna apa yang ada sahaja, kalau bekal tidak habis, bawa balik rumah..., banyak lagi makhluk Allah yang kelaparan” (dengan wajah senyum, Embok hanya terfikir waktu itu, mungkin Ibu maksudkan ciptaan Allah yang lapar tersebut, haiwan-haiwan peliharaan)

Embok ingat lagi, satu peristiwa yang masa itu, Ibu tidak sempat sediakan bekal untuk Embok, ketika di tahun empat Sekolah Rendah, Ibu kata...., tamat sesi persekolahan, kalau lapar terus balik rumah....

Hujan turun renyai – renyai dan semakin lebat..

Embok terus meredah hujan,... kerana asyik terbayang masakan yang dimasak Ibu...

Lapar.... lapar sangat~

walaupun masakan Ibu sederhana, tapi sedap sangat...

Ketika berlari....,tidak jauh dari situ...

mata Embok melayang melihat seseorang perempuan yang sedang berteduh dibawah pokok besar sambil memegang raga berisi makanan, mungkin bekas yang berisi makanan tersebut untuk dijual....

Embok bermonolog, “kesian mak cik tu,hujan-hajan ni pun masih menjual lagi, mesti susah hidup mak cik ni”

laluan yang Embok redah ini, akan melalui depan pokok besar tersebut...semakin dekat langkah ku menghampiri pokok tersebut, semakin jelas wajah perempuan tersebut....

.........

....


Astaghfirullah, rupanya susuk tubuh yang sedang berteduh di bawah pokok tersebut, merupakan seorang Ibu yang setiap hari Embok mencium pipinya sebelum pergi dan selepas pulang dari sekolah....

Itulah Mak Embok....

Sejak itulah Embok mengerti...Rupanya selama ini, setelah Embok tinggalkan rumah untuk ke sekolah, bermulalah rutin harian Ibu menjual karipap....

Dan Ibu kata... Ibu akan pastikan, Ibu pulang ke rumah dahulu sebelum Embok tamat sesi persekolahan, mengaharapkan rezeki dari jualan tersebutlah, ibu membelanjakan untuk menyediakan juadah tengah hari Embok.....

Dan.....

Ibu selalu nasihatkan, berhenti makanan sebelum kenyang....

Bila Embok tidak habis, Ibu lah yang menghabiskan nya

rupanya.....,selama ni, sisa baki dari makanan Embok tersebut lah, merupakan makanan tengah hari Ibu....

“kenapa selama ni Ibu rahsiakan dari Embok”,

Ibu sentiasa senyum bila bercakap dengan Embok.... Ibu kata..

“Inilah yang Ibu mampu beri, biarlah ibu yang merasa susah untuk anak-anak Ibu...., tapi kemudian hari, anak-anak ibulah yang mengembirakan Ibu”...

Semenjak hari itulah, Embok akan selalu menemani Ibu ke kebun untuk menoreh getah seawal subuh, walaupun hanya mampu teman...., tapi itulah kegembiraan dapat meluangkan masa Embok bersama Ibu sehingga Ibu meninggal ketika Embok di tahun enam....

Embok bersyukur, semenjak peristiwa itulah yang banyak menyedarkan Embok.....

......

....

Mad memandu laju kereta kancil JHY melalui jalan lebuh raya..

Tepat sampai di depan pintu rumah,... Mad bersuara pada Abid (adik Mad) yang ketika itu kebetulan berada di pintu...

“Abid!! Mana Umi...”

Abid terkejut ketika itu, siapa yang tidak terkejut!!, tiba – tiba bersuara seakan teriak...

Adik ku, Abid seakan bermonolog, “kenapa abang ku sorang ni... tak pernah sebelum ni macam ni”

“Abid!!... kat mana Umi”, Mad bersuara untuk kali ke dua...

“Ada kat sana...ruang tamu kecil”, sambil menuding jari...

Mad melihat umi dari jauh.....

Itulah Umi....

Tekun menanda kertas anak murid sekolahnya...

Dahulu Umi tidak berkaca mata...., hari ini... Umi menanda kertas dengan bantuan cermin mata...

Umi semakin berusia... tapi itu dan selamanya, tetap Umi Mad..

Mad melangkah laju ke arah Umi dan mendakap erat...

Seorang Ibu...., pasti menanti dakapan dari anaknya, andai ketika saat kita masih kecil dahulu, Ibu kita lah selalu menenangkan kita, memujuk tangisan kita dengan dakapan kasih sayang..., pada ketika itu jugalah, Ibu kita membayangkan, “adakah anak ku masih sanggup mendakap erat Ibu ketika saat engkau sudah dewasa”.

Kata-kata ku pada Umi, “Umi, maafkan Mad Umi..., Mad sedar yang Mad ini anak Umi, Mad berterima kasih sangat kerana Umi dan Abi sanggup menjaga Mad sehinggalah saat ini tanpa meminta sebarang bayaran, Umi dan Abi tabah dalam mendidik Mad, hatta ketika zaman nakal mad pun, Umi dan Abi tetap bertahan dan mererima sikap Mad....” (Umi hanya mampu tersenyum)...

Aku menyambung kata-kata : “Umi... Mad yang hari ini, hadiah untuk Umi”, pada saat ku melafazkan perkataan ini, mengalir air mata dari seorang Ibu mengenai pipi ku... pelbagai peristiwa flashback bermain di minda ku, “beza aku yang dulu dan kini”... akhirnya, aku kalah dengan emosi, berlinang air mata ku juga apabila Umi menyebut, “mad.... Umi rasa ringan hari ni, dapat lihat Mad berjaya dan menjadi lebih daripada yang Umi inginkan”




ARTIKEL INI ADALAH KARANGAN:


MUHAMAD TALHAH B AJMAIN


TIMB. BENDAHARI PMAPIUM


SESI 2011/12

Sunday, June 12, 2011

KEMBALILAH KEPADA ALLAH…

Mungkin ramai yang sudah mengetahui mengenai bencana baru yang melanda benua Eropah dan juga United States iaitu bencana serangan bakteria E. Coli yang terdapat pada sayur-sayuran dan salad. Kini, laporan tentang kematian akibat bencana ini semakin meningkat dan beribu-ribu dimasukkan ke hospital. Ekonomi Sepanyol dan Jerman dikatakan jatuh secara mendadak akibat bencana E. Coli ini. Anggaran,24% nilai dagangan eksport mereka telah disekat.


Mungkin ramai juga tertanya-tanya, apa sebenarnya bakteria E. Coli tu? Bagaimana bahayanya kepada kita?


E. coli merupakan singkatan daripada perkataan Escherichia coli . E. coli adalah sejenis basilus gram negatif merupakan bakteria yang pada kebiasaannya mendiami perut dan usus manusia.



Bakteria E. coli ditemui dalam usus manusia oleh seorang pakar bakteria Jerman, Theodor Escherich pada 1885. Beliau berjaya membuktikan bahawa terdapat beberapa jenis bakteria yang bertanggungjawab menyebabkan cirit-birit pada kanak-kanak. Bakteria ini juga dipercayai menyebabkan radang pada perut dan usus atau juga dikenali sebagai gastroenteritis.

Jangan kita tidak tahu,tokoh Islam juga berperanan dalam memberi sumbangan dalam penemuan bakteria. Seperti apa yang ditulis dalam sebuah kitab Maadatul Hayat oleh Syeikh Aq Syamsuddin yang merupakan ulama yang berperanan besar dalam kejayaan pembukaan Konstantinople pada 1453 Masihi.

Bakteria ini juga membantu mencerna makanan yang dimakan oleh manusia. Bakteria ini mampu hidup dalam persekitaran mempunyai udara atau ta
npa udara. E. coli tersebar melalui gigitan lalat ataupun serangga yang lain ataupun melalui makanan, minuman yang terbiar dan terdedah. Ini boleh
mengakibatkan penyakit keracunan makanan.

Mungkin tidak ramai yang menyedari bahawa interaksi bakteria dengan lain-lain hidupan mampu menghasilkan sesuatu yang bermanfaat. Tetapi, tidak dinafikan juga ada kalanya interaksi bakteria ini jika tidak `kena pada tempatnya
' boleh memudaratkan, sekali gus menyebabkan jangkitan
penyakit.

Lebih daripada 700 'serotype' E. coli telah dikenal pasti. Jenis E. coli ini dibezakan berdasarkan antigen "O" dan "H" pada badan dan flagelanya. Serotype E. coli yang bertanggungjawab kepada kebanyakan laporan mengenai keracunan makanan atau minuman ialah E. coli yang menghasilkan toksin Shiga (Stx). Toksin ini didapati hamp
ir sama dengan toksin yang dihasilkan oleh bakteria lain yang dikenali sebagai Shigella dysentria jenis 1. Bakteria ini turut menyebabkan penyakit cirit-birit berdarah dan sindrom uremik haemolytik (HUS) yang wujud di negara Bangladesh.

Mengikut laporan daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), wabak penyakit daripada pembawa bakteria E.Coli ini yang boleh meragut nyawa adalah wabak penyakit "sindrom uremik haemolytik" (HUS) yang berpunca daripada pencemaran bakteria "Enterohaemorrhagic Escherichia Coli" (EHEC).Wabak penyakit ini adalah satu sindrom yang bercirikan darah merah pecah dan boleh menyebabkan anemia (kurang jumlah pigmen hemoglobin yang membawa oksigen dalam darah), kegagalan ginjal akut dan kekurangan sel darah pembeku (platlet).

Malah Penyelidikan awal genetic menunjukkan bakteria berkenaan adalah mutan daripada dua jenis E-Coli berbeza.Kedua-dua bakteria itu, menurut WHO, mempunyai gen berbahaya, yang menjadi penyebab mengapa wabak E-Coli yang merebak di Eropah adalah meluas dan mengancam nyawa. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyifatkan ia merupakan bakteria E. coli yang baharu. Bakteria E. coli normal yang menjadi punca kepada masalah keracunan makanan sebenarnya tidak terlalu berbahaya.

Namun, bakteria jenis E. coli yang menyerang di Eropah mempunyai kemampuan untuk kekal pada dinding usus manusia dan mengeluarkan toksin yang dikenali sebagai Shiga (STEC), seperti apa yang telah disebutkan di atas. Ia kemudian akan mengakibatkan cirit-birit berdarah yang teruk, komplikasi lain seperti kerosakan ginjal dan boleh membawa maut.



Bacteria E.coli ini sekarang ini berbahaya di Eropah

Langkah Pencegahan

  1. Amalkan gaya hidup yang bersih.
  2. Jangan benarkan anak anda berkongsi air mandian bersama-sama mereka yang mempunyai tanda-tanda cirit-birit.
  3. Jangan benarkan ahli keluarga anda memegang binatang ternakan.
  4. Pakai sarung tangan semasa menukar lampin bayi yang mengalami cirit-birit.
  5. Jangan minum minuman yang tidak mempunyai klorin


Satu doa yang boleh di amalkan supaya kita dijauhkan daripada bala dan bencana.

“ Ya Allah, kurniakanlah keselamatan ke atas kami daripada bencana di dunia dan azab di akhirat, semoga Allah mengampuni kami dan kamu, Ya Karim,dengan rahmatMu, Ya Allah wahai yang paling mengasihi daripada segala yang mengasihi.


Sebagai iktibar dan muhasabah kepada semua umat manusia,terdapat Tiga peringkat bencana yang Allah turunkan:

  1. Kepada orang-orang yang beriman: bertujuan mereka lebih dekat dengan Allah Taala.
  2. Kepada orang fasik(banyak melakukan dosa): sebagai kifarah dosa-dosanya yang lalu.
  3. Kepada orang kafir: merupakan bala kerana keangkuhan mereka tidak menyembah Allah yang Esa.


From: PMAPIUM 2011/2012



PMAPIUM ©Template Blogger Green by Dicas Blogger.

TOPO