Asalamualaikum kepada semua pengunjung blog ini.. semoga blog ini sedikit sebanyak mmberi manfaat kepada anda.. Insyaallah.

Monday, May 19, 2008

Universiti Malaya cemerlang

Menurut satu berita yang terpampang di dada-dada akhbar baru-baru ini, Universiti Malaya yang amat kita cintai ini muncul satu-satunya universiti yang berjaya memperoleh skor cemerlang daripada 17 universiti yang dinilai menerusi Sistem Penarafan Institusi Pengajian Tinggi Awam (Setara) bagi tahun 2007.


Yang mana, UM yang dinilai dalam kategori universiti yang berintensifkan penyelidikan mendapat skor cemerlang. Manakala UPM dan UKM mendapat skor sangat baik manakala USM mendapat skor baik.
Skor terbabit adalah mengikut turutan iaitu terbilang, cemerlang, sangat baik, baik, memuaskan dan lemah berdasarkan enam domain utama merangkumi reputasi staf akademik, kepilihan pelajar, penyelidikan, program akademik, sumber dan pengurusan.
Menurut Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, semua universiti awam yang dinilai itu dibahagikan kepada tiga kategori iaitu universiti berintensifkan penyelidikan, universiti umum dan universiti khusus.
Untuk kategori universiti umum pula,UIAM dan UiTM mendapat skor sangat baik sementara Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) memperoleh skor baik.
Sementara daripada sembilan universiti yang dinilai bagi kategori khusus, hanya UTM memperoleh skor baik manakala lapan universiti lain hanya mendapat skor memuaskan.
Cemerlang! Satu-satunya universiti.
Maka, mari kita koreksi diri kita selaku warga UM amnya dan API khususnya, adakah kita tetap mendapat skor yang sama jika kritiria yang bersandarkan ayat al-Quran di bawah digunapakai.
"Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma'ruf, dan mencegah dari yang munkar, "
Mari kita rujuk pula hadis ini untuk melihat sejauh mana pencapaian kita. Yang mana mafhumnya, “Jika kamu melihat kemungkaran, maka cegahlah dengan tanganmu, jika kamu tidak mampu maka cegahlah dengan lidahmu, jika kamu tidak mampu maka cegahlah dengan hati kamu. Itulah selemah-lemah iman.”
Masih cemerlang? Atau sekadar lulus-lulus sahaja?

Seja o primeiro a comentar

PMAPIUM ©Template Blogger Green by Dicas Blogger.

TOPO