Asalamualaikum kepada semua pengunjung blog ini.. semoga blog ini sedikit sebanyak mmberi manfaat kepada anda.. Insyaallah.

Sunday, May 25, 2008

Pulau Batu Putih Kita Putih Mata

"Inilah hasil kemerdekaan kita satu demi satu bumi kita dirampas. Dijajah secara senyap & terang. Bagaikan kita kini jadi Rakyat Palestin yang mana bila rumah mereka kosong, bila mereka bercuti balik kampung; Balik ke rumahsendiri tenguk orang Yahudi telah duduk di rumah mereka.

"Pulau batu putih itu kosong tiada penghuni maka itu kami majukan & mestilah milik kami..." Lebih kurang begitulah kot antara hujah pelik yang dilafazkan orang seberang Pantai Lido lantaran mahukan bumi milik kita.

Apalah Daulatnya Sultan Johor dari segi sejarah kini?. Kaum yang jadi jiran kita cina, india mau pun benggali manalah arif tentang Kedaulatan Sultan kita. Memang sering kita terbaca di akhbar kaum ini asyik menyinggung Sultan kita. Semua masih ingat parti UMNO sendiri sering mempertikai Kedaulatan Sultan kita. Apakah kaum jiran kita belajar dari puak UMNO ini.

Jika Mat Salleh nak buat rumah api di Pulau Batu Putih minta kebenaran Sultan Johor; itu pun sudah jelas amat pulau itu memang milik Johor. Bingung apa bendanya Mat Salleh tu nak minta izin kepada bukan tuan empunya pulau. Jika si Apek yang punya pulau ... apakah jadah mengadap Sultan.

Penghakiman telah pun dibuat. Yang kita pun satu boleh berhujah & berhakim di negara Belanda. (Biar pun bukan semua hakim dari Belanda.) Bidalan kita kan sering berkata Seperti Belanda meminta tanah. Mana pernah cukupnya. Belum tahu keputusan Peluit macam yakin sangat kita akan hilang Pulau Batu Putih.

Sebut Singapura semua tahu asalnya memang salah sebuah negeri di Semenanjung Tanah Melayu. Sejarah tak pernah boleh ditipu. Sejak kita sekolah rendah lagi dah belajar sejarah negara kita. Demokrasi & cina telah membuatkan kita kehilangan Singapura.

Dari peristiwa Pulau Batu Putih ini seharusnya kaum Melayu sedar. Jaminan kita terhadap kedaulatan Tanah Air sendiri memang tiada apa-apa jaminan. Dengan jaminan perundangan dunia sekalipun mana lagi adanya kedaulatan kaum Melayu lagi. Dari sudut nama & bahasa pun sudah amat jelas. Pulau Batu Putih. Itu bahasa Melayu atau bahasa cina?.

Hakim luar negara manalah tahu Pulau Batu Putih itu bahasa Melayu. Manalah mereka baca sejarah bagaimana Singapura itu sebenarnya Temasek/Tumasik. Mana mereka tahu siapa Parameswara.

Rata-rata rakyat Malaysia jika ditanya pasti kecewa dengan keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ). Tapi terpaksa menerimanya & kerajaan kita berharap rakyat menerimanya dengan tenang. Dalam hati rakyat hiba terlampau. Rasa tidak selamat lagi tinggal di negara sendiri. Takut nanti Pulau Pinang juga akan hilang. Sekarang pun ramai dah panggil Pulau Pinang itu Penang. Penang bukan bunyi atau nama kepulauan Tanah Melayu.

Satu pengajaran yang baik buat kita agar lebih berjaga-jaga. Bak kata orang tua-tua kita .. Buat baik berpada-pada. Kita terlalu baik dengan kaum lain, sampai bumi kita terus tergadai. Agar jangan lagi ada pulau yang tiada penghuni akan diusahakan orang luar. Kemudian ICJ akan arahkan kita yang tak jaga harta kita... Berikan kepada penceroboh itu!!!.

Peluit: Harapan dari dalam jiwa Peluit... agar Singapura tukar sahaja nama Pulau Batu Putih itu. Kerana itu mirip nama kepulauan Tanah Melayu. Rasa tergugah martabat orang Melayu bilamana pulau yang namanya dalam bahasa Melayu milik kaum lain. Tukarkan saja kepada nama pulau itu ke bahasa cina, supaya anak cucu Peluit tidak tertanya-tanya nanti.

Artiket oleh: rangbulan.blogspot.com

Seja o primeiro a comentar

PMAPIUM ©Template Blogger Green by Dicas Blogger.

TOPO