Friday, January 14, 2011
Salam perjuangan teman-teman...
Sejak dua menjak ni keadaan politik di Universiti Malaya mula untuk kembali subur.Bila mana gembar gembur calon bebas di APIUM timbul.Pada saya satu perkembangan yang positif dalam budaya politik kampus.
Sudah sekian lama di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya tidak ada pertandingan pilihan raya.Sering kali kita lihat calon dari Pro Mahasiswa sahaja yang mendominasi sebagai wakil fakulti di APIUM.Sebenarnya dalam politik yang lebih tinggi kita inginkan ialah kesedaran mahasiswa berkaitan politik wujud subur bagi setiap diri mahasiswa.
Sehingga turning point yang kita ingin lihat di akhir gerak kerjasiasi ini ialah ramai mahasiswa yang akan turun mengundi dalam pilihan raya pada kali ini. Siapa yang menang atau kalah itu persoalan kedua dan ketiga.Tapi yang paling penting ialah kesedaran dan kecaknaan mahasiswa tentang isu-isu setempat dan semasa itu wujud.
Berkaitan beberapa perkara yang berkait rapat dengan mahasiswa APIUM iaitu mengenai isu library APIUM.Pertama saya ingin ucapkan terima kasih kepada mahasiswa yang mempersoalkan dan sering bertanya tentang library APIUM.Pada saya itu merupakan petanda baik bahawa mereka sangat cakna tentang isu-isu di APIUM.
Untuk pengetahuan pembaca, isu library telah pun saya selesaikan pada semesta lepas lagi.Setelah beberapa kali ulang alik dan naik turun pejabat APIUM dalam memperjuangan isu kebajikan mahasiswa,akhirnya pentadbiran APIUM terutama Dr. Ruzman telah pun memberikan penjelasan yang baik kepada saya selaku wakil fakulti APIUM berkaitan isu library.
Hatta perkembangan isu library telah pun UM-today paparkan pada semester lepas. link
Untuk pengetahuan anda,sekarang sedang berlaku proses pembaikpulihan lereng bukit di belakang library.Jadi saya harap semua warga APIUM dapat menjaga keselamatan diri dengan sebaik mungkin.
Baik.. Seterusnya setelah keadaan lereng bukit di belakang libraryitu stabil, barulah gerak kerja membaiki bangunan library akan di buat.Kemudian selepas pembaikpulihan bangunan siap, barulah gerak kerja elektrikal dan perabut di kemas kini dan akhir sekali barulah peralihan kitab-kitab di library Za'ba akan di letakkan kembali di library APIUM.
Maka dengan ini jelas menunjukkan gerak kerja ini memang memakan masa yang lama dalam memastikan library APIUM kembali berfungsi seperti sedia kala.Mengikut tempoh masa gerak kerja pembaikpulihan library APIUM ini memakan masa lebih kurang setahun setengah.
Semoga gerak kerja yang di lakukan dan penjelasan isu ini dapat menjawab segala persoalan teman-teman APIUM.Harapannya setelah library APIUM ini siap pembaikpulihnnya nanti, seluruh mahasiswa APIUM dapat manfaatkannya dengan semaksimal mungkin.
Sekian, Wassalam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Seja o primeiro a comentar
Post a Comment