Asalamualaikum kepada semua pengunjung blog ini.. semoga blog ini sedikit sebanyak mmberi manfaat kepada anda.. Insyaallah.

Friday, August 5, 2011

Ramadhan 6 : Amalan Membazir


Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...

Begitu cepat masa berlalu dan hari ini masuk ramadhan yang ke-6 umat Islam berpuasa.Dalam kita menjalani ibadah puasa ini pelbagai ujian yang datang bagi menguji kesabaran dan keteguhan iman kita bagi melaksanakan segala perintah Allah di atas muka bumi ini. Islam mengajar agar kita lebih memanfaatkan sebaik-baik masa yang ada ini dengan amalan-amalan yang berguna untuk bekalan di akhirat kelak.Antara salah satunya ialah amalan pembaziran.

Firman Allah :
إِن
َّ الْمُبَذِّرِينَ كَانُوا إِخْوَانَ الشَّيَاطِينِ وَكَانَ الشَّيْطَانُ لِرَبِّهِ كَفُورًا

Maksudnya:"Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya." (Surah al-Israa : 27)

Dalam ayat tersebut amalan membazir itu amat hina sehinggakan Allah mempersaudarakan orang yang membazir itu dengan syaitan.Disini kita dapat lihat seseorang yang membazir itu ada perasaan takabbur dan riak.Seseorang itu tidak akan membazir melainkan dia merasakan dirinya mempunyai kelebihan dan sifat takabur juga ada pada syaitan laknatullah.


"Tidak akan masuk syurga seseorang yang dalam hatinya ada sebesar zarah rasa takabbur"

[Sahih Muslim : Book of Faith, 166]

Ibnu al-Qayum al-Jauziah mengatakan terdapat 9 bentuk pembaziran yang sering dilakukan manusia antaranya:

1. Pembaziran ilmu pengetahuan - iaitu membazir jika tidak diamalkan pada jalan kebaikan.

2. Pembaziran amalan - iaitu membazir jika tidak dilakukan dengan hati yang ikhlas

3. Pembaziran kekayaan - iaitu membazir jika dibelanjakan pada perkara yang tidak bermanfaat dan tidak diredai Allah s.w.t.

4. Pembaziran hati - iaitu membazir jika kosong daripada kasih kepada Allah s.w.t.

5. Pembaziran tubuh badan - iaitu membazir jika tidak digunakan untuk beribadah kepada Allah s.w.t.

6. Pembaziran cinta - iaitu membazir jika dicurahkan kepada selain Allah atau melebihi cinta kepada-Nya.

7. Pembaziran masa - iaitu membazir jika tidak diurus dengan sebaiknya.

8. Pembaziran akal - iaitu membazir jika tidak memikirkan sesuatu yang bermakna kepada Agama.

9. Pembaziran zikir - iaitu membazir jika tidak memberi kesan kepada hati.


oleh itu alagkah baiknya jika kita membanteras amalan pembaziran yang keji itu dengan menggalakkan amalan kebajikan seperti bersedekah kepada orang yang miskin.sedikit bantuan atau sumbangan yang kita hulurkan kepada golongan yang tidak berada, ada ganjaran pahala disediakan di sisi Allah.InsyaAllah =) Wallahua'alam.




Seja o primeiro a comentar

PMAPIUM ©Template Blogger Green by Dicas Blogger.

TOPO