Asalamualaikum kepada semua pengunjung blog ini.. semoga blog ini sedikit sebanyak mmberi manfaat kepada anda.. Insyaallah.

Thursday, January 20, 2011

PTPTN, JPA Dijangka Masuk Akhir Januari, Pertengahan Februari


Jan 12, Universiti Malaya : Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) menjangkakan tarikh kemasukan bayaran pinjaman PTPTN dan juga Biasiswa Persekutuan JPA akan mula diperoleh sekitar akhir Januari dan pertengahan Februari nanti. (link)

Menurut kenyataan, bayaran itu (Biasiswa JPA) dibayar lewat akibat berpunca daripada peruntukan wang tahun 2011 untuk bayaran pelajar IPTA dalam dan luar negara belum diterima oleh pihak JPA daripada perbendaharaan.

Manakala kelewatan kemasukan bayaran pinjaman PTPTN adalah disebabkan oleh masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan dan dijangka berlaku pada data pengesahan status pelajar UM.

Bayaran bantuan biasiswa dijangkakan hanya akan diperoleh sekitar pertengahan Februari 2011 untuk semua tahun pengajian dan semua jurusan.

Manakala jangkaan kemasukan bayaran pinjaman PTPTN pula adalah sekitar 25 Januari 2011 bagi sesi kemasukan tahun 2006, 2007, dan 2010.

Sesi kemasukan tahun 2008, 2009, dan juga 2010 pula dijangka memperoleh pinjaman tersebut dalam sekitar 27 Januari 2011. – UMtoday.

Link :
http://umtoday.blog.com/2011/01/12/ptptn-jpa-dijangka-masuk-akhir-januari-pertengahan-februari/

Wednesday, January 19, 2011

Penduduk Yahudi mengotori masjid Yaffa dengan najis yang pada ketika itu di bawah perlindungan polis


Selasa , 18/01/2011 - Penduduk Yahudi menodai sebuah masjid Yaffa pada malam Ahad ketika perbarisan agresif yang tampaknya diaturkan oleh polis.

Penduduk Yahudi itu mengepung dan membaling batu ke arah masjid Nuzha setelah berkeliaran di sekitar jalan-jalan kota yang diduduki secara haram oleh Israel sambil mengibarkan bendera dan berteriak “Matilah Arab”, menurut sumber-sumber dari rakyat Palestin.

Polis Israel tidak bergerak sehingga jemaah di dalam masjid mulai melawan para penyerang, tambah sumber itu. Kehadiran polis sepatutnya adalah untuk mencegah pertengkaran, tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya.

sumber : http://www.palestine-info.co. uk/en/
penterjemah : syuhada


*Insya Allah dibahagian NewS @ PMA, akan di post kan isu semasa berkaitan Palestin (update), Isu Palestin merupakan Isu Ummat, dan wajib ke atas kita untuk mengambil tahunya.

Friday, January 14, 2011

Penjelasan YDP PMAPIUM tentang perpustakaan APIUM


Salam perjuangan teman-teman...


Sejak dua menjak ni keadaan politik di Universiti Malaya mula untuk kembali subur.Bila mana gembar gembur calon bebas di APIUM timbul.Pada saya satu perkembangan yang positif dalam budaya politik kampus.


Sudah sekian lama di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya tidak ada pertandingan pilihan raya.Sering kali kita lihat calon dari Pro Mahasiswa sahaja yang mendominasi sebagai wakil fakulti di APIUM.Sebenarnya dalam politik yang lebih tinggi kita inginkan ialah kesedaran mahasiswa berkaitan politik wujud subur bagi setiap diri mahasiswa.

Sehingga turning point yang kita ingin lihat di akhir gerak kerjasiasi ini ialah ramai mahasiswa yang akan turun mengundi dalam pilihan raya pada kali ini. Siapa yang menang atau kalah itu persoalan kedua dan ketiga.Tapi yang paling penting ialah kesedaran dan kecaknaan mahasiswa tentang isu-isu setempat dan semasa itu wujud.



Berkaitan beberapa perkara yang berkait rapat dengan mahasiswa APIUM iaitu mengenai isu library APIUM.Pertama saya ingin ucapkan terima kasih kepada mahasiswa yang mempersoalkan dan sering bertanya tentang library APIUM.Pada saya itu merupakan petanda baik bahawa mereka sangat cakna tentang isu-isu di APIUM.


Untuk pengetahuan pembaca, isu library telah pun saya selesaikan pada semesta lepas lagi.Setelah beberapa kali ulang alik dan naik turun pejabat APIUM dalam memperjuangan isu kebajikan mahasiswa,akhirnya pentadbiran APIUM terutama Dr. Ruzman telah pun memberikan penjelasan yang baik kepada saya selaku wakil fakulti APIUM berkaitan isu library.

Hatta perkembangan isu library telah pun UM-today paparkan pada semester lepas. link
Untuk pengetahuan anda,sekarang sedang berlaku proses pembaikpulihan lereng bukit di belakang library.Jadi saya harap semua warga APIUM dapat menjaga keselamatan diri dengan sebaik mungkin.

Baik.. Seterusnya setelah keadaan lereng bukit di belakang libraryitu stabil, barulah gerak kerja membaiki bangunan library akan di buat.Kemudian selepas pembaikpulihan bangunan siap, barulah gerak kerja elektrikal dan perabut di kemas kini dan akhir sekali barulah peralihan kitab-kitab di library Za'ba akan di letakkan kembali di library APIUM.

Maka dengan ini jelas menunjukkan gerak kerja ini memang memakan masa yang lama dalam memastikan library APIUM kembali berfungsi seperti sedia kala.Mengikut tempoh masa gerak kerja pembaikpulihan library APIUM ini memakan masa lebih kurang setahun setengah.

Semoga gerak kerja yang di lakukan dan penjelasan isu ini dapat menjawab segala persoalan teman-teman APIUM.Harapannya setelah library APIUM ini siap pembaikpulihnnya nanti, seluruh mahasiswa APIUM dapat manfaatkannya dengan semaksimal mungkin.


Sekian, Wassalam.

Thursday, January 13, 2011

Demokrasi Yang Mati


oleh: Mohd Syahid Mohd Zaini (YDP PMAPIUM 2010/2011)


Amat susah untuk kita memperkatakan mengenai jangkahayat demokrasi di Malaysia ini. Mana tidaknya disuatu pihak (rakyat) amat menyanjung tinggi demokrasi berperlembagaan yang mengikut lunas-lunas yang ditetapkan oleh undang-undang dan perlembangaan namun disuatu pihak lagi (penguasa) nampaknya bersungguh-sungguh bersiap siaga melacurkan demokrasi demi kepentingan tembolok dan kuasa yang ada.

Rakyat Malaysia telah lama dimomokkan dengan isu perbalahan kaum, malah boleh dikatakan senantiasa diperbaharui idea-idea perbalahan kaum itu oleh media-media yang dikuasai oleh pemerintah. Tidak cukup dengan isu perbalahan kaum, malah beberapa akta serta ordinan yang termaktub dalam undang-undang negara digunakan untuk memulas telinga rakyat.

Adanya Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Akta Hasutan, Akta Rahsia Rasmi, Akta Polis dan pelbagai akta-akta lain digunapakai demi untuk menyekat maklumat daripada sampai kepada pengetahuan rakyat marhaen. Ianya diguna demi untuk menyelamatkan pemerintah daripada digulingkan oleh rakyat setelah rakyat mendapati bahawa pemerintah telah menyalahgunakan kuasa.

Bagi rakyat Malaysia, apa yang mampu dilakukan hanyalah membebel diwarung-warung tepi jalan, kedai kopi, kantin pejabat mahupun dialam siber. Tapi didalam keadaan yang mencemaskan ini, telinga-telinga dan mata pemerintah ada dimana-mana. Anda (rakyat Malaysia) boleh saja ditangkap pada bila-bila masa dibawah mana-mana akta yang saya sebutkan diatas. Jika anda berborak (lebih dari lima orang) membincangkan pelbagai penyelewengan yang dilakukan oleh Kerajaan Barisan Nasional, kemungkinan untuk anda diangkut oleh pihak polis adalah tinggi sama ada dibawah Akta Hasutan mahupun Akta Polis.

Jika sekiranya anda meluahkan isi hati anda yang secara langsung mengkritik kerajaan dan barisan pimpinan negara di alam siber (internet), kemungkinan pada bila-bila masa anda boleh di jemput oleh Cawangan Jenayah Siber ataupun Cawangan Khas (SB) dibawah Akta Hasutan, Akta Multimedia malah tidak mustahil anda boleh ditahan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Sesebuah negara akan menjadi makmur dan teratur perjalanannya bilamana kritik yang di buat oleh mana-mana pihak di ambil perhatian dan diperbaiki oleh pihak pemerintah. Namun ini tidak menjadi kenyataan di Malaysia. Jika anda mengkritik dasar-dasar serta tindakan Kerajaan dan barisan pimpinan negara kini yang anda rasa bercanggah dengan kehendak rakyat, anda pastinya bersedia untuk “disenyapkan”.

Setelah lebih 50 tahun Malaysia merdeka, tidak ada walau sekalipun Kerajaan yang memerintah membenarkan rakyat mengkritik dasar-dasar dan tindakan yang di buat secara langsung. Setiap kritik itu pastinya dibalas dengan cara ditangkap di bawah beberapa akta “Draconian” yang bagi sesetengah pihak ianya adalah amat bersesuaian.

Malah yang lebih menyedihkan media perdana hanya menceritakan kebaikan sebelah pihak dan mengkritik serta menghina sebelah pihak yang lain.Inikah yang di panggil keadilan?

Datuk Seri Najib Tun Razak nampaknya telah mengorak langkah cemerlang dalam tempoh kurang 100 hari menjawat jawatan Perdana Menteri Malaysia dengan “mengikat mana-mana mulut” yang celupar mengkritik beliau. Itulah kehebatan seseorang bila berkuasa.

Apa yang ada pada rakyat kini cuma “doa” yang InsyaAllah pastinya akan dikabulkan oleh Allah S.W.T yang akhirnya akan mengembalikan Malaysia ke arah demokrasi yang sebenarnya.



Tuesday, January 4, 2011

Tahun baru, Azam baru….pendekatan baru.




Assalamualaikum, kami dari pihak persatuan mahasiswa Apium, mengucapkan ahlan wasahlan,selamat datang dan hadir semula ke kampus Universiti Malaya untuk semua pelajar dan pendidik bagi Tahun 2011,yang masih baharu menjelma. Selain daripada umur yang sudah meningkat, kita mungkin terkenang apakah kejayaan yang telah kita kecapi sepanjang tahun 2010. Kalau azam 2010 sudah tercapai, Alhamdulillah. Kita bersyukur. Namun jangan hanya bersyukur, perlu juga difikirkan bagaimana kejayaan itu boleh diulangi. Jika ia tidak boleh diulangi, ia akan jadi kejayaan ‘tidak sengaja’. Kejayaan tidak sengaja selalunya tidak kekal dan jarang dapat dinikmati dalam jangka masa yang panjang.

Saya percaya ramai akan berbicara tentang azam tahun baru. Saya juga anda ada azam anda yang tersendiri. Saya cuma ingin luahkan tentang satu perkara sahaja iaitu tentang ‘pendekatan’.

Jika kita mahu makan nasi, ada banyak caranya, Kita boleh masak, kita boleh beli atau kita boleh minta sesiapa berikan. Dalam 3 cara ini pula ada cara-cara lain yang tersendiri pula. Jika kita mahu masak, kita boleh masak pakai dapur kayu, masak pakai periuk elektrik atau pakai periuk kukus. Jika kita mahu masak guna periuk elektrik pula, kadang-kadang kita tidak ada periuk tersebut. Adakah usaha masak nasi akan gagal? Tidak juga. Mungkin boleh pinjam periuk nasi elektrik saudara mara atau jiran sebelah. Pendek kata, bagi setiap pilihan yang kita buat, ada bermacam-macam lagi pilihan lain yang wujud.

baca sepenuhnya, di blog motivasi sang pemuda :
http://www.motivasibelajar.com/motivasi/tahun-baru-azam-barupendekatan-baru.html

PMAPIUM ©Template Blogger Green by Dicas Blogger.

TOPO