Asalamualaikum kepada semua pengunjung blog ini.. semoga blog ini sedikit sebanyak mmberi manfaat kepada anda.. Insyaallah.

Tuesday, July 22, 2008

Simpang Siur Kehidupan


"Hidup ini umpama satu rangkaian teka teki, jika kita berjaya mendapatkan jawapan yang betul maka kita akan berpeluang menjawab teka teki yang seterusnya"

Kita seringkali berdepan dengan berbagai pilihan yang memerlukan keputusan segera. Setiap pilihan yang kita lakukan akan menetukan nasib kita dikemudian hari. Kadangkala kita tersalah membuat pilihan menjadikan kehidupan kita bermuarakan kesedihan, kekecewaan dan penyesalan. Kadangkala kita membuat pilihan yang bijak dan betul namun itu bukanlah satu-satunya pilihan yang perlu kita lakukan. Hidup ini umpama satu rangkaian teka teki, jika kita berjaya mendapatkan jawapan yang betul maka kita akan berpeluang menjawab teka teki yang seterusnya.

Inilah simpang siur kehidupan. Persoalannya "Adakah kita telah memilih jalan yang betul?". Kesilapan dan kecuaian ada padahnya. Setiap pilihan yang kita lakukan memerlukan keseriusan, kepekaan jiwa dan kesungguhan untuk melakukan pilihan yang terbaik. Kelemahan jiwa kadang-kadang menyebabkan kita memandang mudah dan remeh perkara utama dalam kehidupan kita hingga kita terperangkap dengan akibat kecuaian dan kebodohan kita dalam memilih jalan yang betul.

Setiap pilihan itu ada harganya. Setiap kesilapan mengundang kekecewaan dan penyesalan. Namun keimanan menjadikan jiwa kita kuat dan penuh harapan. Asalkan kita berusaha yang terbaik dan sentiasa membaiki diri dan kesilapan kita maka Allah akan membentangkan tikar harapannya yang ditaburi bunga-bungaan keampunan lalu kesilapan dan kecuaian itu menjadi medan mengenal diri dan mempelajari erti kehidupan dan keimanan. Asalkan kita menuju padaNya dengan JALAN KEHAMBAAN maka kita akan sampai kepadaNya dengan selamat.

Kita adalah Hamba yang serba lemah, kadangkala kita tersilap dan tersungkur namun kita menyakini RahmatNya lalu kita bangun dengan penuh harapan, kita sandarkan diri pada pengampunanNya. Kita berpaut pada dahan tawakal dan kepasrahan serta memulakan langkah baru dengan bertongkatkan taqwa kepadaNya......Inilah jalan kehambaan. Kita tidak akan menemui Allah melalui jalan-jalan yang lain. Allah SWT menjadikan kita lemah supaya kita dapat mengintai kebesaran dan keagungan Allah, Allah menjadikan kita serba kekurangan agar kita takjub dengan kesempurnaan dan kehebtan Allah SWT.

Kita tidak mungkin menemukan Allah selagi masih ada keegoan dan tinggi diri, tidak juga dengan keangkuhan dan merasakan diri sudah sempurna.
Seorang yang telah membunuh 99 orang datang menemui seorang 'Alim lalu bertanya adakah Allah masih akan mengampunkan dosa-dosanya. Lalu si Alim tadi menggelengkan kepalanya "Dosa kamu terlalu besar, tak mungkin Allah akan ampunkan dosa kamu" Ketika itu si pembunuh itu terlalu marah lalu dibunuh seorang lagi hingga genap 100 orang yang dibunuhnya. lalu dia pergi menemui orang lain, lalu bertanya lagi adakah Allah akan ampunkan dosanya yang telah membunuh 100 orang. lalu jawab lelaki yang ditanya tadi "Boleh, asalkan kamu benar-benar bertaubat dan berhijrah ke tempat baru" Lalu pembunuh tadipun bertaubat dengan sesungguhnya dan berhijrah ke tempat baru. Malangnya dalam perjalanan ia jatuh lalu meninggal dunia. Lalu Allah mengutuskan malaikat untuk melihat keadaannya lalu didapati dia sedang menuju kepada jalan kebaikan maka dicatatkan ia sebagai ahli syurga.

"Mungkin dosa-dosa kita besar tetapi yakinilah bahawa pengampunan Allah SWT itu jauh lebih besar"
.
Exco Kesenian Dan Kreativiti
Persatuan Mahasiswa Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya

Seja o primeiro a comentar

PMAPIUM ©Template Blogger Green by Dicas Blogger.

TOPO