Asalamualaikum kepada semua pengunjung blog ini.. semoga blog ini sedikit sebanyak mmberi manfaat kepada anda.. Insyaallah.

Saturday, July 26, 2008

Interaksi PMAPIUM (i-pmapium)

Alhamdulillah... Lebih kurang jam 4 tadi berakhir sudah interaksi Persatuan Mahasiswa Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (i-PMAPIUM).

PMAPIUM sesi 2008/2009 mengorak langkah ke era baru yang lebih mencabar setelah 26 tahun penubuhannya. PMAPIUM yang juga merupakan pertubuhan yang dipertanggungjawabkan memartabatkan Islam di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya ini berasa bertanggungjawab dalam memastikan generasi baru yang akan menjadi pewaris khazanah ilmu di Akademi Pengajian Islam ini benar-benar bersedia untuk menempuhi kehidupan sebagai mahasiswa yang berjaya di dunia dan akhirat.






Objektif program ini diadakan adalah untuk memperkenalkan PMAPIUM sebagai sebuah badan yang menaungi seluruh mahasiswa APIUM sama. Selain itu, ianya juga diadakan untuk melancarkan GENIUS GROUP sesi 08/09 untuk tahun pertama secara rasmi dengan sokongan pentadbiran. Dengan pelancaran GENIUS GROUP 08/09 ianya dapat memberi ruang dan peluang kepada mahasiswa baru APIUM mengenali PMAPIUM dan G-G 08/09 dengan lebih dekat lagi. Selain itu, dengan cara ini ia diharapkan mampu dijadikan sebagai salah satu wadah alternatif untuk memulakan G-G 08/09 dan mengembalikan pembudayaan ilmu di kalangan mahasiswa. Selain itu ianya bertujuan merapatkan jurang antara junior dan senior melalui perkongsian pintar, pengalaman dan idea. Melalui G-G 08/09 juga ianya dapat merapatkan jurang ini melalui ukhuwah yang dibina. Selain itu program-program yang diadakan juga meruakan platfom kearah ini.


Dalam menjayakan Hari Interaksi Mahasiswa Baru sesi 2008/ 2009 dan Pelancaran GENIUS GROUP 08/09 (G-G 08/09), PMAPIUM berharap agar program ini dapat mencapai objektif yang telah ditetapkan dan dihayati oleh semua peserta. PMAPIUM juga amat berharap agar program ini dapat berjalan dengan lancar serta mendapat keredhaan Allah S.W.T. Semoga ia dapat memberikan impak yang maksimum kepada mahasiswa baru APIUM dalam memastikan mereka benar-benar bersedia untuk menempuh kehidupan sebagai mahasiswa dan akan menamatkan pengajian mereka kelak dengan cemerlang, InsyaAllah. Kami memohon kepada Allah S.W.T agar memberikan taufiq dan hidayah serta pertolongan kepada semua pihak yang telah menjayakan program ini

Sekian.

Posted by Ahmad Zulfadhli Bin Bashiron
Exco Kesenian Dan Kreativiti
Persatuan Mahasiswa Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya

Seja o primeiro a comentar

PMAPIUM ©Template Blogger Green by Dicas Blogger.

TOPO