Perutusan YDP PMAPIUM 2010/2011
Assalamualaikum W.B.T dan salam sejahtera…..
Terlebih dahulu saya memanjatkan setinggi kesyukuran kerana dengan limpah kurnia dan izinNya, akhirnya garapan ini mampu disiapkan dengan menjadikannya sebagai salah satu wasilah penyebaran maklumat. Belum terlambat rasanya untuk saya mengucapkan Ahlan Wasahlan,Syabas dan tahniah kepada warga intelektual yang baru sahaja menjejakkan kaki ke kampus Universiti Malaya ini, gilaplah potensi diri di alam Universiti Perdana ini. Begitu juga buat sahabat-sahabat seperjuangan yang telah melangkah lebih awal ke medan Universiti Malaya ini, bersama-samalah kita menjadi qudwah dan mengorak langkah untuk terus melakar kegemilangan di kampus tersayang ini seiring dengan Misi dan Visi Universiti Malaya.
Sahabat – sahabat yang dikasihi,
“Ilmu itu pelita hidup”, andai pepatah ini diselami,ianya menjadi batu loncatan kepada kita untuk menjadi mahasiswa/wi yang bermanfaat kepada agama dan masyarakat khususnya,seterusnya menjadi ejen perubah bagi meyebarkan ilmu yang sohih, kerana dengan ilmulah menyebabkan kita tahu dan sedar untuk membezakan yang hak dan batil, seharusnya dalam diri setiap Muslim itu perlu berusaha sebaiknya bagi merelisasikan cita-cita yang besar selari dengan niat lillah hita’la, ikhlaskanlah niat di mana medan ilmu sekalipun kita berada, mudah-mudahan setiap perbuatan kita dicatat sebagai Ibadah dan menjadi orang yang bertaqwa disisi Allah,
“Sesungguh orang paling mulia antara kamu disisi Allah adalah orang yang paling berTaqwa”(49 : 13)
Justeru manfaatkanlah ruang Pengajian ilmu sepanjang berada di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya(APIUM) dengan cara bermua’yashah dengan para pengajar,hadir pada majlis ilmu dan mengikuti program yang di anjurkan oleh APIUM sekaligus mengaplikasikannya. Ingatlah, “Ilmu tanpa Amal, Ibarat pokok tanpa buah”.Setiap daripada kita diberi peluang dan pilihan untuk mencuba sesuatu,yang barangkali sesuatu yang baru dalam hidup kita, maka gunakanlah setiap ruang dan peluang sepanjang berada di APIUM untuk manfaat yang lebih besar, berbekalkan niat yang ikhlas dalam menimba ilmu dan mencongkel pengalaman baru,ianya mampu menjadi extra kecemerlangan dalam hidup kita didunia dan pastinya, amalan tersebut dinilai di akhirat kelak. Rebutlah peluang yang hadir dihadapan kita,dan jemputlah mengikuti segala program anjuran APIUM.
Sahabat – sahabat yang dihormati,
Akhir kalam, hayatilah ayat Allah yang Maha Hebat ini :
“Demi masa!! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali orang – orang Yang Beriman dan Beramal Soleh, dan mereka pula berpesan – pesan Dengan kebenaran serta berpesan – pesan Dengan Sabar” (103 : 1-3)
Cukup teruja!! Ayat ini dimulakan dengan menyeru kepada kita agar berjaga – jaga dengan masa, uruslah masa 24 jam sehari kita sebaiknya, imbangilah amalan kita antara Dunia dan Akhirat. Kemudian, member satu gambaran kenyataan, individu tersebut akan rugi andai masa tidak dimanfaatkan, tetapi Allah itu cukup cantik dalam mengatur ayatNya. Pada akhirnya, orang yang beriman dan beramal soleh(mulia), tidak akan berada diposisi insane yang digelar rugi tersebut dengan syarat tambahan, berpesan – pesanlah kepada Kebenaran dan sentiasa Sabar.
Wallah hua’lam
Seja o primeiro a comentar
Post a Comment