Asalamualaikum kepada semua pengunjung blog ini.. semoga blog ini sedikit sebanyak mmberi manfaat kepada anda.. Insyaallah.

Monday, August 9, 2010

Debaran Menanti Kehadiran untuk menyambut Ramadhan…


Saban tahun , umat Islam di seluruh dunia akan menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak tanpa mengira di mana sahaja mereka berada. Pada bulan ini , seluruh umat Islam diwajibkan berpuasa sebagai menunaikan Rukun Islam yang ketiga . Firman Allah S.W.T :

“Bulan Ramadhan adalah (bulan ) yang di dalamnya diturunkan Al-Quran , sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza (antara yang benar dan yang batil ). Kerana itu ,barang siapa di antara kamu ada di bulan itu , maka berpuasalah . Dan barang siapa sakit atau dalam perjalanan (dia tidak berpuasa) maka (wajib menggantinya ) , sebanyak hari yang ditinggalkannya itu , pada hari-hari yang lain . Allah mengkehendaki kemudahan bagimu , dan tidak mengkehendaki kesukaran bagimu . Hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan mengagungkan Allah atas petunjukNya yang diberikan kepadamu, agar kamu bersyukur .”
(AL-BAQARAH AYAT 185)

Berpuasa di bulan Ramadhan adalah merupakan peluang keemasan bagi setiap umat Islam untuk meningkatkan ketakwaaan diri , menambah rasa kesyukuran atas setiap nikmat yang dikurniakan oleh Allah dan peluang untuk mendapat keampunan daripadaNya.

Firman Allah S.W.T :

Sesungguhnya lelaki dan perempuan yang muslim, lelaki dan perempuan yang mukmin, lelaki dan perempuan yang tetap dalam ketaatannya, lelaki dan perempuan yang benar, lelaki dan perempuan yang sabar, lelaki dan perempuan yang khusyuk, lelaki dan perempuan yang bersedekah, lelaki dan perempuan yang berpuasa, lelaki dan perempuan yang memelihara kehormatannya, lelaki dan perempuan yang banyak menyebut (nama) Allah, Allah telah menyediakan untuk mereka ampunan dan pahala yang besar.”
(AL-AHZAB AYAT 35)

Daripada Abu Hurairah R.A, Rasulullah S.A.W telah bersabda :” Sesiapa yang mendirikan (menghidupkan ) malam Lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan pengharapan maka akan diampunkan segala dosa-dosanya terdahulu, dan sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan pengharapan maka akan diampunkan segala dosanya yang terdahulu “ (muttaqun alaih)

Subhanallah, hebatnya janji Allah dan di sahkan Oleh Rasulullah, beruntung andai kita berlumba-lumba dalam merebut peluang ini...
Selain dapat meningkatkan keimanan serta memperbaiki kualiti diri , pada bulan Ramadhan yang mulia ini juga kita dapat mengeratkan hubungan silaturrahim sesama muslim , lebih-lebih lagi dalam konteks Mahasiswa, Hubungan persaudaraan sesama sahabat handai dan tenaga pengajar,perlulah diraikan bersama seperti pelaksanaan majlis berbuka puasa(Iftar). Selain itu , solat terawih berjemaah juga menjadi satu wadah meningkatkan spiritual Ruhi, dan begitu juga dengan membudayakan pembacaan tadarus Al-Quran secara halaqoh, dan meletakkan target sepanjang “Madrasah Tarbiyah” ini, bagaimana “Keep Performance Indicator” bagi menjayakan Amalan fardhi dan Jamai’ ikhlas semata-mata untuk beribadah kepada Allah.

Umat Islam sangat beruntung kerana diberi kesempatan serta peluang keemasan untuk menjalani ibadat puasa di bulan Ramadhan ini dan hendaklah peluang ini tidak dipersia-siakan.Persediaan utama adalah untuk melengkapkan diri dengan kekuatan rohani serta jasmani bagi merebut segala fadilat atau kelebihan yang terdapat dalam bulan yang mulia ini .Matlamatnya adalah untuk menjadi hamba Allah yang terbaik di sisiNya serta sentiasa mendapat keredaanNya di dunia serta lebih-lebih lagi diakhirat yang lebih utama. InsyaALLAH........

Seja o primeiro a comentar

PMAPIUM ©Template Blogger Green by Dicas Blogger.

TOPO