Salam Lebaran Bulan Kemenangan
Assalamualikum w.b.t,
Salam 10 terakhir Ramadhan kami ucapkan. Sudah pastinya saat ini umat Islam seluruh dunia sibuk menyiapkan persiapan sempena menyambut Hari Lebaran yang bakal menjelang tiba. Bersyukur kita ke hadrat Illahi, kerana kita masih diberi peluang oleh Allah s.w.t untuk bernafas di hari-hari terakhir Ramadhan ini. Di akhiran Ramadhan inilah, muslim yang benar-benar bertaqwa kepada Allah s.w.t bersungguh mencari malam Lailatul Qadar, malam yang paling terbaik di bulan Ramadhan ini. Namun persoalannya, berapa ramaikah di kalangan kita sebagai umat Islam yang benar-benar mencari malam indah yang penuh barakah ini??
Kita lihat fenomena sekarang ini, di akhir Ramadhan inilah kita sibuk keluar ber'shopping' raya hatta hingga ke malam hari. Hari Raya pada mata masyarakat masa kini lebih penting berbanding Ramadhan. Jika di awal Ramadhan barisan soff penuh hatta ke luar masjid namun di akhir Ramadhan ini, tiang masjid itu lebih jelas nampaknya tersusun berbanding dengan soff yang ada. Inilah hakikatnya antara masyarakat dan hari raya.
Bersederhanalah
Dalam kita sibuk menyiapkan segala persiapan Hari Raya, perlulah diingatkan agar kita semua ini bersederhana. Tidak perlulah melakukan pembaziran, kerana ia nyata merupakan tindak tanduk dari syaitan. Berayalah dengan serba sederhana dan tidak perlu untuk kita membazir. Ingatlah pada mereka yang lain yang lebih memerlukan.
Salam Lebaran
Oleh itu di sini, kami PMAPIUM mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin kepada semua amnya dan kepada seluruh warga Universiti Malaya khususnya. Moga-moga di hari lebaran kelak, kita sambuti ia dengan penuh ketaqwaan dan keimanan terhadap Allah swt. InsyaAllah. Berhati-hatilah di jalan raya, dan janganlah pula kita lupa untuk mencari detik-detik istimewa di Ramadhan yang mulia ini untuk bermunajat kepada yang Esa.
Akhir kata, terimalah pantun dari kami:
Dalam gelap menangkap ikan,
Kami menyusun sepuluh jari,
Salah dan silap harap maafkan.
SELAMAT HARI RAYA AIDIFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN
Seja o primeiro a comentar
Post a Comment