Asalamualaikum kepada semua pengunjung blog ini.. semoga blog ini sedikit sebanyak mmberi manfaat kepada anda.. Insyaallah.

Sunday, June 12, 2011

KEMBALILAH KEPADA ALLAH…

Mungkin ramai yang sudah mengetahui mengenai bencana baru yang melanda benua Eropah dan juga United States iaitu bencana serangan bakteria E. Coli yang terdapat pada sayur-sayuran dan salad. Kini, laporan tentang kematian akibat bencana ini semakin meningkat dan beribu-ribu dimasukkan ke hospital. Ekonomi Sepanyol dan Jerman dikatakan jatuh secara mendadak akibat bencana E. Coli ini. Anggaran,24% nilai dagangan eksport mereka telah disekat.


Mungkin ramai juga tertanya-tanya, apa sebenarnya bakteria E. Coli tu? Bagaimana bahayanya kepada kita?


E. coli merupakan singkatan daripada perkataan Escherichia coli . E. coli adalah sejenis basilus gram negatif merupakan bakteria yang pada kebiasaannya mendiami perut dan usus manusia.



Bakteria E. coli ditemui dalam usus manusia oleh seorang pakar bakteria Jerman, Theodor Escherich pada 1885. Beliau berjaya membuktikan bahawa terdapat beberapa jenis bakteria yang bertanggungjawab menyebabkan cirit-birit pada kanak-kanak. Bakteria ini juga dipercayai menyebabkan radang pada perut dan usus atau juga dikenali sebagai gastroenteritis.

Jangan kita tidak tahu,tokoh Islam juga berperanan dalam memberi sumbangan dalam penemuan bakteria. Seperti apa yang ditulis dalam sebuah kitab Maadatul Hayat oleh Syeikh Aq Syamsuddin yang merupakan ulama yang berperanan besar dalam kejayaan pembukaan Konstantinople pada 1453 Masihi.

Bakteria ini juga membantu mencerna makanan yang dimakan oleh manusia. Bakteria ini mampu hidup dalam persekitaran mempunyai udara atau ta
npa udara. E. coli tersebar melalui gigitan lalat ataupun serangga yang lain ataupun melalui makanan, minuman yang terbiar dan terdedah. Ini boleh
mengakibatkan penyakit keracunan makanan.

Mungkin tidak ramai yang menyedari bahawa interaksi bakteria dengan lain-lain hidupan mampu menghasilkan sesuatu yang bermanfaat. Tetapi, tidak dinafikan juga ada kalanya interaksi bakteria ini jika tidak `kena pada tempatnya
' boleh memudaratkan, sekali gus menyebabkan jangkitan
penyakit.

Lebih daripada 700 'serotype' E. coli telah dikenal pasti. Jenis E. coli ini dibezakan berdasarkan antigen "O" dan "H" pada badan dan flagelanya. Serotype E. coli yang bertanggungjawab kepada kebanyakan laporan mengenai keracunan makanan atau minuman ialah E. coli yang menghasilkan toksin Shiga (Stx). Toksin ini didapati hamp
ir sama dengan toksin yang dihasilkan oleh bakteria lain yang dikenali sebagai Shigella dysentria jenis 1. Bakteria ini turut menyebabkan penyakit cirit-birit berdarah dan sindrom uremik haemolytik (HUS) yang wujud di negara Bangladesh.

Mengikut laporan daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), wabak penyakit daripada pembawa bakteria E.Coli ini yang boleh meragut nyawa adalah wabak penyakit "sindrom uremik haemolytik" (HUS) yang berpunca daripada pencemaran bakteria "Enterohaemorrhagic Escherichia Coli" (EHEC).Wabak penyakit ini adalah satu sindrom yang bercirikan darah merah pecah dan boleh menyebabkan anemia (kurang jumlah pigmen hemoglobin yang membawa oksigen dalam darah), kegagalan ginjal akut dan kekurangan sel darah pembeku (platlet).

Malah Penyelidikan awal genetic menunjukkan bakteria berkenaan adalah mutan daripada dua jenis E-Coli berbeza.Kedua-dua bakteria itu, menurut WHO, mempunyai gen berbahaya, yang menjadi penyebab mengapa wabak E-Coli yang merebak di Eropah adalah meluas dan mengancam nyawa. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyifatkan ia merupakan bakteria E. coli yang baharu. Bakteria E. coli normal yang menjadi punca kepada masalah keracunan makanan sebenarnya tidak terlalu berbahaya.

Namun, bakteria jenis E. coli yang menyerang di Eropah mempunyai kemampuan untuk kekal pada dinding usus manusia dan mengeluarkan toksin yang dikenali sebagai Shiga (STEC), seperti apa yang telah disebutkan di atas. Ia kemudian akan mengakibatkan cirit-birit berdarah yang teruk, komplikasi lain seperti kerosakan ginjal dan boleh membawa maut.



Bacteria E.coli ini sekarang ini berbahaya di Eropah

Langkah Pencegahan

  1. Amalkan gaya hidup yang bersih.
  2. Jangan benarkan anak anda berkongsi air mandian bersama-sama mereka yang mempunyai tanda-tanda cirit-birit.
  3. Jangan benarkan ahli keluarga anda memegang binatang ternakan.
  4. Pakai sarung tangan semasa menukar lampin bayi yang mengalami cirit-birit.
  5. Jangan minum minuman yang tidak mempunyai klorin


Satu doa yang boleh di amalkan supaya kita dijauhkan daripada bala dan bencana.

“ Ya Allah, kurniakanlah keselamatan ke atas kami daripada bencana di dunia dan azab di akhirat, semoga Allah mengampuni kami dan kamu, Ya Karim,dengan rahmatMu, Ya Allah wahai yang paling mengasihi daripada segala yang mengasihi.


Sebagai iktibar dan muhasabah kepada semua umat manusia,terdapat Tiga peringkat bencana yang Allah turunkan:

  1. Kepada orang-orang yang beriman: bertujuan mereka lebih dekat dengan Allah Taala.
  2. Kepada orang fasik(banyak melakukan dosa): sebagai kifarah dosa-dosanya yang lalu.
  3. Kepada orang kafir: merupakan bala kerana keangkuhan mereka tidak menyembah Allah yang Esa.


From: PMAPIUM 2011/2012



Seja o primeiro a comentar

PMAPIUM ©Template Blogger Green by Dicas Blogger.

TOPO