Asalamualaikum kepada semua pengunjung blog ini.. semoga blog ini sedikit sebanyak mmberi manfaat kepada anda.. Insyaallah.

Sunday, August 7, 2011

7 Ramadhan : Menjaga 6 anggota yang Penting di Bulan Ramadhan

Orang yang berpuasa bukan sahaja menahan diri dari lapar dan dahaga semata-mata malah semua anggota badan kita dari segi zahir dan batin.


وعنه ، قَالَ : قَالَ النبيُّ - صلى الله عليه وسلم - : (( مَنْ لَمْ يَدَعْ قَوْلَ الزُّورِ وَالعَمَلَ بِهِ فَلَيْسَ للهِ حَاجَةٌ في أنْ يَدَعَ طَعَامَهُ وَشَرَابَهُ )) رواه البخاري .


Dari Abi Hurairah ra juga ; Rasululullah saw bersabda : “ Sesiapa yang tidak boleh tinggalkan percakapan bohong atau melakukan perlakuan batil, sebenarnya Allah swt tidak mempunyai sebarang kepentingan untuk dia meninggalkan makan dan minumnya. Riwayat al Bukhari.



Al Muhallab menyebut : Hadith ini menjadi bukti bahwa menjadi hukum kepada orang yang berpuasa untuk menahan diri dari perkataan kotor dan bohong sebagaimana dia menahan diri dari makan dan minum. Mereka yang tidak dapat menahan diri dari perlakuan ini, maka sebenarnya puasanya telah berkurang, dia terdedah kepada kemurkaan tuhan dan boleh menjauhkan penerimaan puasanya di sisi Allah swt.



Dalam mengawal anggota darikerja-kerja dosa,maka tahap kesempurnaannya dicapai melalui 6 perkara;



Pertama : Menunduk pandangan dan menahannya dari terlalu bebas melihat perkara dikutuk dan dibenci syara’. Begitu juga melihat perkara yang boleh mengganggu tumpuan hati atau melalikan dari mengingati Allah.



Kedua : Menjaga lidah dari kata-kata kosong, mengumpat, mengadu domba, perkataan keji, kekasaran, perbalahan dan perdebatan yang tidak berfaedah. Sebaliknya hendaklah dia mendidik lidahnya agar lebih banyak berdiam. memperbanyakan sebutan (zikir) Allah dan membaca al Quran. Inilah puasa lidah.



Ketiga : Mencegah telinga dari menumpukan pendengaran kepada perkara yang dibenci syara’. Kerana kaedahnya ialah semua perkara yang haram mempertuturkannya, maka haram jugalah mendengarnya.



Keempat : Mencegah anggota-anggota lain dari pelakuan dosa dan makruh, terutamanya tangan dan kaki. Perut pula hendaklah dicegah dari perkara syubhat waktu berbuka. Tiada makna jika berpuasa dengan menahan diri dari makanan yang halal kemudian berbuka dengan makanan yang haram. Perumpaan perbuataan ini seperti seorang yang membina satu istana namun kemudiannya meruntuhkan satu kota.



Rasulullah saw pernah bersabda:

كَمْ مِنْ صَائِمٍ لَيْسَ لَهُ مِنْ صِيَامِهِ إِلَّا الْجُوعُ


Maksudnya : “ Berapa ramai mereka yang berpuasa sedangkan tiada faedah dari puasanya selain lapar.[1]

Ada yang berpendapat bahwa yang dimaksudkan ialah seseorang yang berbuka dengan perkara haram. Ada pula pendapat yang dimaksudkan ialah yang menahan diri dari perkara halal tetapi berbuka dengan memakan daging manusia dengan mengumpat sedangkan ianya haram. Ada yang berpendapat bahawa yang dimaksudkan ialah yang tidak menjaga anggotanya dari perkara haram.



Kelima : Janganlah seseorang yang berpuasa itu memperbanyakkan pengambilan makanan halal ketika berbuka sehingga penuh perut. Bagaimana boleh diperolehi faedah berpuasa untuk menundukkan musuh Allah swt dan memecahkan syahwat jika seseorang yang berpuasa itu cuba untuk menuntut semula apa yang dia terlepas di siang hari.



Apatah kadang-kadang ditambah lagi dengan kepelbagaian sajian sehingga menjadi perangai mengumpulkan semua jenis makanan sebagai juadah berbuka puasa Ramadhan. Banyak makanan yag tidak dapat dinikmati di bulan lain, tiba-tiba dinikmati di bulan Ramadhan. Menjadi hidangan dalam sebulan Ramadhan dalam kuantiti yang boleh dimakan untuk beberapa bulan yang lain. Sedangkan semua maklum tujuan puasa adalah pengosongan perut bagi memecahkan hawa nafsu supaya jiwa menjadi kuat mengisi sifat ketaqwaan.



Keenam : Bahawa hatinya selepas berbuka menjadi gementar serba salah antara takut dan harap. Ini kerana kita tidak tahu adakah puasa diterima puasanya untuk digolongkan dalam golongan yang hamper dengan Allah atau ditolak maka dimasukkan di dalam golongan yang dimurkai. Demikianlah yang sepatutnya berlaku di penghujung setiap ibadah yang yang seseorang itu menyelesaikannya.



Marilah kita bersama-sama menyambut bulan yang barokah ini dengan penuh ketaqwaan dan meninggalkan segala kemungkaran dengan menjaga anggota badan kita daripada merosakkan pahala puasa kita.

Seja o primeiro a comentar

PMAPIUM ©Template Blogger Green by Dicas Blogger.

TOPO