Asalamualaikum kepada semua pengunjung blog ini.. semoga blog ini sedikit sebanyak mmberi manfaat kepada anda.. Insyaallah.

Tuesday, August 9, 2011

Ramadhan 9: Ciri Budaya Kerja Ikut Kehendak Islam






Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Sedar tak sedar, masa pantas bergerak, hari ini dah masuk hari kesembilan kita menjalani ibadah puasa. Perkongsian hari ini bertajuk ciri-ciri budaya kerja mengikut kehendak Islam. Semoga ianya bermanfaat untuk kita semua..

Berakhlak baik, disiplin, semangat muafakat mekanisme penting tingkat prestasi organisasi.Memantapkan budaya kerja Islam menyentuh sikap amanah serta pencapaian dalam kerja, sangat relevan untuk pekerja muslim berperanan dalam arus perdana seperti ekonomi negara.Islam sebagai agama yang memandu kehidupan Muslim sudah pasti mengemukakan budaya kerja tersendiri yang menepati falsafah dan nilai etika untuk menyusun masyarakat dan menjalani kerja dalam sebuah masyarakat.

Pertama, membabitkan diri dalam sesuatu pekerjaan adalah wajib bagi setiap orang Islam kerana berkecimpung dalam urusan pekerjaan dianggap sebagai tuntutan keagamaan, kerja itu ibadat. Menepati kehendak agama, pekerja muslim sehar
usnya berusaha meningkatkan prestasi kerja dan ini memerlukan kepada usaha mewujudkan satu budaya mempertingkatkan mutu kerja yang berterusan. Usaha ke arah matlamat itu adalah jihad. Nabi saw bersabda yang bermaksud:-

"Sesungguhnya Allah suka seseorang daripada kamu apabila melakukan sesuatu kerja, maka dia melakukannya dengan penuh ketelitian dan dengan sebaik-baiknya."

Mekanisme dalaman akan meransang pekerja muslim tetapi malangnya, pekerja muslim tidak memahami Islam secara sempurna dan melihat usaha meningkatkan mutu prestasi kerja sebagai sesuatu yang berpisah daripada paksi agama. Ada yang berpendapat ia urusan kebendaan dan melalaikan umat Islam kepada tuntutan akhirat. Fahaman ini perlu diperbetulkan.

Kedua, Islam turut menyarankan pekerja menghayati tuntutan akhlak dalam pekerjaan. Akhlak menuntut pekerja beramanah dan berintegriti dalam menyusun serta melaksana urusan pekerjaan. Menghayati akhlak luhur membolehkan pekerja muslim berprestasi baik.

Islam melihat tuntutan akhlak sebagai sesuatu yang positif dan dinamik. Akhlak membentuk sikap dan daya penggerak positif kepada kemajuan pekerja dari pelbagai segi. Oleh itu agama menuntut umatnya supaya kreatif dan bersikap proaktif. Tanpa budaya akhlak yang tinggi, prestasi kerja akan menghadapi kemelesetan.

.


Ketiga, budaya kerja islam memberi tekanan tinggi kepada amalan disiplin. Umat Islam sepatutnya, melalui penghayatan ibadat-ibadat khusus seperti solat, puasa, zakat, dan haji memiliki disiplin yang tinggi. Masyarakat tanpa disiplin akan mundur. Islam memberi perhatian khusus mengenai pengurusan masa dan sumber pembuatan. Islam melarang sekeras-kerasnya mereka yang tidak menggunakan kuasa dengan berkesan dan tidak menghormati masa.

Keempat, Islam turut mendidik pekerja muslim bekerja secara bermuafakat dan berpasukan. Semangat ini jika dihayati sepenuhnya akan mampu meningkatkan prestasi kerja keseluruhan warga organisasi. Memandangkan kebanyakan kerja dilaksanakan melalui organisasi, budaya kerja berpasukan sangat dituntut oleh setiap organisasi.

Jika sesebuah organisasi itu besar dari segi saiz pekerjanya sudah pasti kemajuan organisasi bergantung kepada kerja bermuafakat. Matlamat ini bukan terhad kepada perhubungan individu pekerja tetapi bagaimana proses sistem kerja dibentuk.

Pembudayaan budaya kerja cemerlang seperti disebut di atas sangat dikehendaki dalam Islam. Ini akan mampu membawa individu dan organisasi Muslim untuk bergerak lebih jauh ke hadapan.



Seja o primeiro a comentar

PMAPIUM ©Template Blogger Green by Dicas Blogger.

TOPO